Pages

Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

02 January 2013

. CORETAN 2012 DI TAHUN 2013 .

.
Sedikit kisah dalam tahun yang dah 2 hari berlalu.
2012.

Terlalu-lalu-lalu-lalu banyak perkara yang masih belum dapat saya huraikan.

Setiap kali, masih soalan dan persoalan sama muncul di sisi.
Bukan saya tak berminat mencari pengganti.
Ya, sedar. Usia pun dah menginjak kini.
Hati yang terluka dulu, susah nak mempercayai lelaki kembali.
Biarpun ada seseorang yang dah lama bertakhta di hati.
Hakikatnya,
Saya tak pasti.
Saya bersendiri sebab luka lama masih belum sembuh lagi.
Atau, menanti dia yang tak pasti?

Itu salah satu persoalan yang jawapannya masih di cari.

Bebanan kerja yang 'overload', membuatkan saya 2 hari terlantar di wad.
Dimarah oleh doktor.
Dalam keadaan sakit, masih tetap nak datang kerja.
Bukan. Bukan saya pentingkan kerja.
Tapi saya anggap itu dah sememangnya tanggungjawab dan tugas saya.
Macam mana saya nak berehat sedangkan kerja saya terbengkalai?
Tak tenang hati nanti.
Dan percubaan minta kebenaran dari bos, untuk bertukar tempat kerja.
Jawapan masih sama lagi.
'U stay sini la Diela. I dah keluar dari sini nanti, u pun minta tukar la'
Saya tak mampu berkata apa lagi.
Cuma berharap keajaiban terjadi. Mungkin saya ditukar nanti.

Itu pun mungkin. Belum punya jawapan pasti.

Orang datang dan pergi.
Saya dah belajar itu.
Bagaimana orang yang benar-benar rapat dengan kita.
Sekelip mata je berubah hati.
Kuasa DIA, tak siapa mengerti.
Saya kehilangan mereka. Tapi itu bukan penghujungnya.
Dari situ saya lebih belajar menilai ERTI PERSAHABATAN sebenarnya.
Dan pada saya, tiada istilah 'BFF'. Mengarut.
Teman sejati. Saya tak nak letakkan pada sesiapa.
Biarlah cuma saya dan DIA sahaja tahu siapa yang benar-benar dihargai dan menghargai.

Buat masa kini, kekal menjadi rahsia hati. InsyaAllah.

Keluarga terpenting sekali.
Susah, senang, suka dan duka saya.
Mereka yang sentiasa di sisi.
Terima kasih ALLAH atas anugerah terindah ini.

Semoga ianya terus berkekalan hingga akhirat nanti.

Tentang diri sendiri?
Tak tahu apa yang nak ditulis lagi.
Tiap apa yang terjadi, pasti punya hikmah tersendiri.
Dan saya cuma hambaNYA yang kerdil, cuma mampu mengucapkan rasa syukur kerna masih bernafas sehingga kini.
Terima kasih ALLAH atas segalanya. 
.

  

21 November 2012

. YA MUNGKIN .

.

Mr Neo,

Ada sesuatu yang istimewa tentangnya.
Tak tahu apa. Tapi dia punya caranya.

Macam makin rapat dengan dia.
Mungkin dah tiba masa.
Hati ini dibuka untuk orang lain pula.

Ya. Mungkin.

Kita tak tahu aturanNYA.
Kita tak tahu perjalanan di masa mendatang.
Tapi kita boleh mendoakan. Biarlah semuanya yang terbaik.

Aku tak tahu.
Mungkin, jodohku mungkin 'Mr. Neo. Ataupun orang lain.
Atau mungkin dia adalah orang yang sama dah aku tunggu selama 4 tahun.

Ya. Mungkin.

Kata teman,
Cinta aku rumit. Sebab aku tak pernah melepaskan.
Lalu aku kata. Bukan aku tak pernah melepaskan, cuma aku tak pernah memilikinya pun.
Sebab itu aku tak melepaskan apa-apa.
Dan aku cuma mampu tersenyum yang penuh makna.

Teman,
Andai kau tahu apa isi hati. Apa yang dah aku lalui.
Pasti kau memahami.
Sebenarnya, sayang aku pada dia tak pernah berganti.
Biar kenyataannya kami tak pernah saling memiliki.
Ya. Selalunya aku tak pernah mengerti.
Yang aku tahu. Sememangnya dia aku sayangi.
Dan andai dia tak aku miliki. Aku faham.
Jodoh, ajal, maut.
Itu semua dari DIA.
Begitu juga perasaan ini. DIA hadirkan bersebab.
Aku sendiri tak pinta sebab aku tahu.
Aku dan dia bagai langit dan bumi.
Jauh terpisah dalam realiti.

Dan atas sebab itu juga, aku belajar menjauhi.
Menerima segala apa yang terjadi.
Aku harap dengan itu aku tak tersakiti...Lagi.

Kini.
Rasa itu masih ada.
Tapi aku belajar menerima suratanNYA.

Mr Neo bukan pengganti dia.
Orang lain juga bukan pengganti dia.
Kerna hakikatnya DIA tahu betapa dia terpenting dihati.
Tapi tak pernah termiliki.
Hadir insan lain, buat pengisi hati..Melengkapi diri ini.
Yang tak mampu dia penuhi.

Ya. Mungkin.
.
   

13 September 2012

. KAWAN-KAWAN YANG KITA SUKA #1 .


.
Hye! Just nak share about this person.
Which is, saya rasa dia tersangatlah adorable dan very humble.

That guy, is Dazrin Kamarudin.
Kenal? Kenal? Tak kenal dia? Oh tersangatlah rugi.
Saya start kenal dia dari filem SERU, dia pegang watak bernama BUDI.
Masa first time saya tengok dia, saya terus teringat pada seorang pelakon filipina yang memang saya minat sangat-sangat-sangat iaitu, Diether Ocampo.
Haaaa! Apa lagi kan? 
Teruslah dengan muka terujanya. Saya meng'online'kan diri dan dengan bantuan Mr Google, misi berjaya!

Dazrin Kamarudin rupanya empunya nama.
Segala jenis laman sosial saya geledah, twitter, facebook, skype, blog, dan lain-lain lah.
Follow dan add dia dalam segala jenis laman sosial yang ada nama dia.
Tapi saya tengok dia paling aktif di twitter.
So, apa lagi kan. Saje lah nak menyemakkan diri di timeline dia jugak.
Dia online, saya tegur. Dia online, saya tweet.
Sampai lah sekarang.

And the best part is, dia tak sombong.
Serius. Memang humble yang amat lah.
Sweet je kan? Hehe. Oh ya, dia ni lahir dalam bulan Mei jugak, sama macam saya.
Eh? Macam dah janji-janji je kan? Hehehe
Dia 10 MEI 1988 dan saya 16 MEI 1988.

Baru-baru ni, saje lah sebab teringat kat dia kan. 
Tegur dia dengan nama Budi, sebab saya mula kenal dia melalui Budi.

Korang tengoklah tweet-tweet antara saya dan dia.
Boleh pengsan bila dia cakap 'THAT IS SOO SWEET OF U'.
Hehehehe. :)



1st tweet yang saya tegur dia, cakap rindukan Budi, 
then tengoklah apa yang dia reply dan seterusnya. :)

 








Dan, sekarang saya tengah tunggu dia muncul dalam Drama Adam dan Hawa di astro HD 134 sebagai watak Johan. Sangatlah tak sabar!! :)



   

17 August 2012

. UNTUK SEMUA .

.
.
Ramadhan yang dikasihi bakal berlalu pergi.
Semoga jiwa kita tak lesu mengabdikan diri untukNya..selamanya..




Salam aidilfitiri buat semua. :).
.

    

16 August 2012

. LEPAS TANGAN .

.
.
Korang pernah?
Buat kerja separuh jalan, lepas tangan?
Macam takde kesedaran dan tanggungjawab kan?

Sekurangnya, maklumkan.

Ini tidak. Diam sambil buat muka tak bersalah.

Aku memang cukup angin dengan orang macam ni.
Kena pulak kat diri aku sendiri. Lagi bertambah angin bengang aku.

Bila aku ingatkan.
Dia kata la aku ni menyibuk bagai. Dan dia tahulah nak buat kerja sendiri.
Dah aku pulak kena 'sound' sedas.

Susah. susah.
Aku malas nak ambil kisah, dah.
Pandai kau lah.
.
.
     

15 August 2012

. DIARI RAMADHAN 1433H .

.
.
Sayu bila mana Ramadhan kian meninggalkan kita.

Sekejap je masa indah berlalu kan?
Dan alhamdulillah.
Pengisian Ramadhan kali ni, terasa bererti.

Bila silaturrahim dengan teman-teman lama, erat kembali. :)

Sekadar perkongsian, mengenai diari Ramadhan saya kali ini.

Masih seperti tahun-tahun lepas, saya masih berkesempatan berbahagi masa berbuka puasa bersama keluarga. Hari pertama Ramadhan dah berkumpul sama-sama. Cuma abang dan kakak ipar dari KL sahaja yang tak dapat pulang atas kekangan masa.

Ramadhan kali ni terasa kelainannya bila, sebelum ni saya memang jarang bersahur. Apatah lagi bangun masak masa sahur. Sejak pindah tinggal dengan Mahfuzah. Macam-macam di 'request' nya untuk makan. Kalau dulu, sambal tumis itu, sambal tumis ini. Sekarang, gulai dah boleh, sayur pucuk dah boleh, laksa kelantan dah boleh, masak lemak udang dah boleh. Tak pandai masak pun, kena masak jugak. Hehehe :)

Tanggal 4 Ogos 2012 juga memberi kesempatan untuk saya berbuka bersama abang dan kakak ipar saya di KL. Sempat juga la bermanja dengan satu-satunya anak saudara tercinta, Adam Izzaqwan. :). Esok harinya pula, beriftar bersama-sama keluarga terdekat SOFAZR OFFICIAL SUPPORTERS CLUB. Walaupun, mulanya saya tak pasti dapat sertai mereka atau tidak. Tapi alhamdulillah. dengan izin DIA. Dapat juga kami berjumpa. Terima kasih pada Kak Ween dan Abang Fairuz sebab sudi tumpangkan Diela dan terima kasih juga untuk Abang Aremeer sebab sudi hantarkan Diela balik dan cari tiket bas balik Perak walaupun dah mengantuk tahap tak tau nak citer. :)

Dan baru-baru ini juga, saya berpeluang berjumpa kawan-kawan sekolah yang dah lama tak jumpa sebab jarak dan masa. Sebenarnya, majlis buka puasa bersama-sama ini saya tak rancang pun. Cuma ingat mulanya hanya saya dan Jue sahaja akan join. Tapi, macam tak meriah pulak kalau berdua je. Jadi kami ajaklah mana yang sempat dan mana yang memang no handphone nya tesimpan dalam senarai kami. Plan-punya-plan, last-last yang confirm join hanya saya, Jue, pakwe Jue, Wanie, Su, Ija, Hafis, Sahir dan Cu'e. Tak ramai pun, tapi ok la. Bukan selalu dapat berkumpul camtu. InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi. :)

Ini ada 2 - 3 gambar semasa sesi berbuka puasa dengan kawan-kawan sekolah. Gambar hasil ihsan, FB Sahir. :)




Nota Hati : Ramadhan, semoga kita bertemu di tahun mendatang. InsyaAllah.



     

01 August 2012

. BICARA HATI #28 .

.
.
No one actually hurt me.
I'm the only one hurting myself.

I thought this feeling will never ever come again.
But i'm totally wrong.

Again, i'm nobody to him.

Perhaps is the best way to life right now.

I'm away.
.
.


    

17 July 2012

. SOSC FAMILY DAY .

.
.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera semua. :)

Saya senyum.
Sebab dia berjaya buat saya tersenyum.


Ok Stop.
Saya nak bercerita tentang SOSC Family Day baru-baru ini. 
Jangan risau. Tak cerita banyak pun. 
Cuma nak share gambar-gambar je banyak.
Nampak tak? Nampak tak motifnya? Hehehe :)
Ni sedikit maklumat tentang SOSC Family Day hari tu. 

Tarikh    : 14 & 15 Julai 2012
Tempat  : Camar Laut Chalet, Bagan Lalang, Sepang

Alhamdulillah. Walaupun penyertaan tak seperti yang kita orang jangkakan, tapi perjalanan program tetap meriah sebab yang ada join ni cukup sporting. Rugilah korang yang tak join tu. :)

And suppose saya sampai awal di Camar Laut tu dan konvoi bersama-sama dengan 5 buah kereta lain. Tapi disebabkan 'si pemandu' sampai lambat. Maka, lambat jugaklah kita orang sampai sana. Dan saya jugak lah yang paling last tiba. Eh jap. Ada lagi dua buah kereta yang lambat. Hihihi :p

Perjalanan yang sepatutnya bermula jam 11 pagi tapi tergendalan sehingga jam 2 petang. 2 petang baru bertolak. Ahai. Dah la tengah lapar yang amat time tu. Nasib la, 'si pemandu' prihatin. Hihihi. Siap cakap, lapar cakap tau. Time tu jugak abang akan terus berhenti. Oh terharu sangat. Sampai nak marah dia sebab lambat pun tak jadi. Lalalala :p

Ok. Kita layan pic sikit. Then saya sambung cerita lagi. :)



Pic ini aku gelarkan 'gaya manja gedik tak menjadi' . Hahaha.
Kononnya tak nak buat gaya senyum la. Ni idea si Aremeer tu la.
I follow. hihihi :D

 


Ini pic bersama Datin besar. 
Tengah menikmati ais krim 1.50 tepi laut.
Oh satu perasan yang sangat best! :)




Pic semasa kita orang ditinggalkan. Hehehe.
Kononnya tak mandi masa mula-mula sampai. Tapi hampeh.


Ok. Sambung cerita.
Sepanjang perjalanan pergi Camar Laut. Memang tak dapat nak lelapkan mata langsung.
Sebab 'si pemandu' ada je cerita dia. So, layankan je la.
Kang dia buat jantung saya gugur kang. Naya. Naya. Hehehe :)

Dan akhirnya. Kitaorang sampai di Camar Laut hampir jam 5.00 petang.
So excited nak naik bilik la sebab letih. 
Tapi apakan daya. Orang yang pegang kunci bilik kitaorang semuanya dah pergi amek angin tepi laut.
Maka, terpaksa la kita orang ke laut jugak.

Aktiviti sebenar bermula jam 8 malam.
Tapi sebab kita orang terlalu excited dapat berkumpul ramai-ramai.
Maka petang tu dalam jam 6.30 petang sejurus pulang dari laut.
Beramai-ramai kita orang main bola sepak. Dan ianya sangat-sangat-sangat-sangat menyeronokkan.
Macam-macam aksi dapat dilihat tau. (video ada, tapi belum diedit. Nanti akan cuba di upload.)

Malam tu pulak.
Ada aktiviti treasure hunt yang sangat memenatkan sebab kena berlari ke sana sini.
Pandai ko adeq ea. Ko buat game ni. Kitaorang yang kena berlari. hihihi 
Pastu ada sesi karaoke sambil selingan beri hadiah.
Kitaorang berkaraoke ramai-ramai dan saya sempat la berduet dua buah lagu dengan 'si pemandu'. hehe
'Senja Nan Merah' dan 'Keliru'.
Sumpah saya malu giler. Tapi terpaksa tebalkan muka jugak sebab itu atas permintaan Kak Ween dan 'si pemandu' tu.
Sumbang? Jangan cerita la. Ada aku kesah. Janji saya dapat menyanyi dengan dia. Hihihi *hati berbunga-bunga* 
Dan malam itu...Aku tidur lena dengan senyum lebar sehingga ke telinga. Amek kau penangannya. Hahaha

Ok. Layan gambar lagi jom! :) 




Ini budak namanya Adi. Bodyguard kecil saya. :)
Comel macam ibu dan ayahnya jugak. Hihihi





Ini budak. Eh silap. Bukan budak lagi. Walaupun dia selalu cakap dia budak2 lagi :p
Ini Aremeer. Dia bodyguard besar saya. Hihihi
Dia dah berisi sedikit sekarang. Dan saya HAPPY. :)




Pose gedik saya dan Ieka. Hahaha. Tak sedar ni kamera pinjam dari 'si pemandu'.
Takpe. Takpe. Dia cakap guna je.
So, memang saya guna habis-habisan la. Ye tak abang?
Confirm geleng kepala dia tengok gambar-gambar dalam kamera dia tu nanti. Hihihi 




Ini pic time nak karaoke. Hihihi.
Jumi, Me and Ieka. :)


Ok. Sambung cerita lagi. Hehehe
Dah hari akhir. Balik-balik la kita orang menuju ke destinasi masing-masing.
Tapi dalam perjalanan sempat jugak 'si pemandu' bawak kita orang g umah neneknya.
Happy dapat buat neneknya happy. 
Untuk abang - 'Baliklah kampung selalu, jenguk-jenguk nenek. Tak jauh mana pun. :)'

Sedih. Time nak balik dari rumah nenek.
5 minit pertama 'si pemandu' diam dalam perjalanan. Mungkin tengah merasa sebak.
Kemudian dia baru bukak cerita dan start ceria.
Sepanjang perjalanan kita orang ketawa. Ada je aksi dia nak kenakan kita orang.
Sungguh. Bahagia betul time tu. :)
Dan ada ayat dia yang buat saya rasa sedih sangat.
Kalau boleh saya nak masa terhenti di situ.

"Masa indah dan happy memang cepat berlalu"


Diam saya.

Mari layan gambar. Sebelum saya menangis.







Tak mampu berkata apa. :)




Di rumah nenek Aremeer. :)




Sekadar berkongsi.
Ini adalah logo terkini SOFAZR OFFICIAL SUPPORTERS CLUB.


 


Saya mencari hati saya yang tertinggal. :)

Nota Hati : Benar andai ku punya jarum masa. Sanggup ku hentikan semuanya saat kita bersama. Agar bahagia itu dapat aku rasai selamanya. :(


 

10 April 2012

. KOSONG .

.
.
Satu jam depan laptop.
Satu ayat baru muncul.
Aku....

Entah apa aku nak kata,
Entah apa yang aku rasa.

Semuanya serabut segala.
.
.

     

23 March 2012

. UJI .

.
.
Uji kesabaranku, semahumu.
Kerna DIA pasti lebih tahu atas segala aturan yang berlaku.
.
.

    

14 March 2012

. TAHU .

.
.
Kau tak tahu.


Tak pernah ambil tahu.


Dan takkan pernah tahu.


Apa yang dalam hatiku.



        

12 March 2012

. LESU .

Lesu memandang pada dia yang semakin kaku.


Lesu mengharapkan dia berkata tanpa bisu.


Semuanya menyakitkan hatiku!



           

08 March 2012

. TIPU .

Tipu bila mulut ni melafaz benci.

Hakikatnya dalam hati tetap menyayangi.


Tipu bila bibir melafaz kata dah melupai.
Hakikatnya minda ni dia sering memunculkan diri.

Semuanya tipu.

Tipu untuk menyedapkan hati.
Tipu untuk menggembirakan diri.

Kenyataannya.
Kau tak mampu nak begitu.



Sampai bila kau nak menipu?



      

29 February 2012

. TAHU .




Aku tak mahu tahu.

Sebab..
Aku memang benar-benar dah tak nak tahu.

Jadi..
Biarkanlah aku tak tahu.

Kerna sememangnya aku yang tidak mahu ambil tahu.






Nota Kaki : Suka hati aku lah.

     

26 February 2012

. TAKDE TAJUK, BOLEH TAK? .

Hujung minggu yang tinggal sendiri.

Bangun pagi.

Dah pergi on 'lappy'.

Padahal satu apa pun tak buat lagi.

Semata-mata nak layan VC lagu-lagu yang ada AG.


Bukan sekali. Tapi dah berkali-kali.

'Dok' layan tanpa henti.

Dah kenapa dengan aku ni?

Nota kaki : Buat sesiapa yang tertanya sape tu AG. Teruskanlah tertanya ye. Pada yang tahu, diam-diam sudah. Kang jangan sampai AG yang muncul disini. Malu aku -_-


23 February 2012

. KASUT .

 
Tak semua kasut cantik, sedap dipakai.

Kadang.
Kasut itu nampak cantik sekali.
Bagai macam mahu benar memilikinya.
Tanpa kita fikir panjang. Terus sahaja  membelinya.

Tapi apa rasanya setelah memakainya?
 Selesakah?
Mahu digunakan ke mana-mana.

Begitu juga dengan kehidupan.
Kadang kita tengok sesuatu benda atau perkara itu.
Kita jadi suka. Dan nak sangat memilikinya.
Tanpa kita tahu. Hakikat masa depan, rencanaNYA.

Belajar.
Belajarlah menghargai segala apa yang ada.
Jangan.
Janganlah hanya melihat indah luarannya saja.
Menilailah dengan mata hati kurniaanNYA.


09 February 2012

. BARU .

Baru.

Suasana. Persekitaran. Kawasan. Teman.
Semuanya baru.
Rindukan perkara lama, tapi masih suka yang baru.

:)



    

04 February 2012

. LETIH .

Letih.

Tapi tak suka mengeluh.

Cuma bila letih. Aku lebih banyak mendiamkan diri dari berbicara dengan petah.

Jadi jangan buat aku letih.

Sebab aku sendiri tak suka bersedih.

Apa kaitan? Jangan banyak tanya. Sebab aku tengah letih.






     

17 October 2011

. TODAY my life BEGINS .

Dear you,

I know it's gonna be hard. But I won't let you to make my tears drop down AGAIN.
If I have to keep wondering where I stand with you, perhaps it's time to stop standing and start walking.
Its just you make me not worth to waiting for. So, TODAY MY LIFE BEGINS.







I've been working hard so long
Seems like pain has been my only friend
My fragile heart's been done so wrong
I wondered if I'd ever heal again

Ohh just like all the seasons never stay the same
All around me I can feel a change (ohh)

I will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting, it's mine for the taking
I know I can make it, today my life begins

Yesterday has come and gone
And I've learn how to leave it where it is
And I see that I was wrong
For ever doubting I could win

Ohh just like all the seasons never stay the same
All around me i can feel a change (ohh)

I will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting, it's mine for the taking
I know I can make it, today my life begins

Life's to short to have regrets
So I'm learning now to leave it in the past and try to forget
We only have one life to live
So you better make the best of it

I will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting, it's mine for the taking
I know I can make it, today my life begins

I will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting, it's mine for the taking
I know I can make it, today my life begins...






p/s : YaAllah, pls give me the strength.
And i don't want to know to know about that girl. Pls just make her to stay away from me.
My dearie Maslina dan Que, thanks for ur advice :)




Aja-aja fighting!!


     

24 August 2011

. WORDLESS WEDNESDAY #2 .







Kata Hati Si rama- rama . . .
Semenjak.
Dua menjak. Tiga menjak. Empat menjak. Lima menjak.
Bermenjak-menjak.
Makin teruk pulak sakit dalam perut saya ini.
YaAllah, mohon berikan kekuatan dan kesembuhan untuk sakitku ini.
Ameen :)


         
 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik