Pages

02 January 2013

. CORETAN 2012 DI TAHUN 2013 .

.
Sedikit kisah dalam tahun yang dah 2 hari berlalu.
2012.

Terlalu-lalu-lalu-lalu banyak perkara yang masih belum dapat saya huraikan.

Setiap kali, masih soalan dan persoalan sama muncul di sisi.
Bukan saya tak berminat mencari pengganti.
Ya, sedar. Usia pun dah menginjak kini.
Hati yang terluka dulu, susah nak mempercayai lelaki kembali.
Biarpun ada seseorang yang dah lama bertakhta di hati.
Hakikatnya,
Saya tak pasti.
Saya bersendiri sebab luka lama masih belum sembuh lagi.
Atau, menanti dia yang tak pasti?

Itu salah satu persoalan yang jawapannya masih di cari.

Bebanan kerja yang 'overload', membuatkan saya 2 hari terlantar di wad.
Dimarah oleh doktor.
Dalam keadaan sakit, masih tetap nak datang kerja.
Bukan. Bukan saya pentingkan kerja.
Tapi saya anggap itu dah sememangnya tanggungjawab dan tugas saya.
Macam mana saya nak berehat sedangkan kerja saya terbengkalai?
Tak tenang hati nanti.
Dan percubaan minta kebenaran dari bos, untuk bertukar tempat kerja.
Jawapan masih sama lagi.
'U stay sini la Diela. I dah keluar dari sini nanti, u pun minta tukar la'
Saya tak mampu berkata apa lagi.
Cuma berharap keajaiban terjadi. Mungkin saya ditukar nanti.

Itu pun mungkin. Belum punya jawapan pasti.

Orang datang dan pergi.
Saya dah belajar itu.
Bagaimana orang yang benar-benar rapat dengan kita.
Sekelip mata je berubah hati.
Kuasa DIA, tak siapa mengerti.
Saya kehilangan mereka. Tapi itu bukan penghujungnya.
Dari situ saya lebih belajar menilai ERTI PERSAHABATAN sebenarnya.
Dan pada saya, tiada istilah 'BFF'. Mengarut.
Teman sejati. Saya tak nak letakkan pada sesiapa.
Biarlah cuma saya dan DIA sahaja tahu siapa yang benar-benar dihargai dan menghargai.

Buat masa kini, kekal menjadi rahsia hati. InsyaAllah.

Keluarga terpenting sekali.
Susah, senang, suka dan duka saya.
Mereka yang sentiasa di sisi.
Terima kasih ALLAH atas anugerah terindah ini.

Semoga ianya terus berkekalan hingga akhirat nanti.

Tentang diri sendiri?
Tak tahu apa yang nak ditulis lagi.
Tiap apa yang terjadi, pasti punya hikmah tersendiri.
Dan saya cuma hambaNYA yang kerdil, cuma mampu mengucapkan rasa syukur kerna masih bernafas sehingga kini.
Terima kasih ALLAH atas segalanya. 
.

  

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik