Pages

15 August 2012

. DIARI RAMADHAN 1433H .

.
.
Sayu bila mana Ramadhan kian meninggalkan kita.

Sekejap je masa indah berlalu kan?
Dan alhamdulillah.
Pengisian Ramadhan kali ni, terasa bererti.

Bila silaturrahim dengan teman-teman lama, erat kembali. :)

Sekadar perkongsian, mengenai diari Ramadhan saya kali ini.

Masih seperti tahun-tahun lepas, saya masih berkesempatan berbahagi masa berbuka puasa bersama keluarga. Hari pertama Ramadhan dah berkumpul sama-sama. Cuma abang dan kakak ipar dari KL sahaja yang tak dapat pulang atas kekangan masa.

Ramadhan kali ni terasa kelainannya bila, sebelum ni saya memang jarang bersahur. Apatah lagi bangun masak masa sahur. Sejak pindah tinggal dengan Mahfuzah. Macam-macam di 'request' nya untuk makan. Kalau dulu, sambal tumis itu, sambal tumis ini. Sekarang, gulai dah boleh, sayur pucuk dah boleh, laksa kelantan dah boleh, masak lemak udang dah boleh. Tak pandai masak pun, kena masak jugak. Hehehe :)

Tanggal 4 Ogos 2012 juga memberi kesempatan untuk saya berbuka bersama abang dan kakak ipar saya di KL. Sempat juga la bermanja dengan satu-satunya anak saudara tercinta, Adam Izzaqwan. :). Esok harinya pula, beriftar bersama-sama keluarga terdekat SOFAZR OFFICIAL SUPPORTERS CLUB. Walaupun, mulanya saya tak pasti dapat sertai mereka atau tidak. Tapi alhamdulillah. dengan izin DIA. Dapat juga kami berjumpa. Terima kasih pada Kak Ween dan Abang Fairuz sebab sudi tumpangkan Diela dan terima kasih juga untuk Abang Aremeer sebab sudi hantarkan Diela balik dan cari tiket bas balik Perak walaupun dah mengantuk tahap tak tau nak citer. :)

Dan baru-baru ini juga, saya berpeluang berjumpa kawan-kawan sekolah yang dah lama tak jumpa sebab jarak dan masa. Sebenarnya, majlis buka puasa bersama-sama ini saya tak rancang pun. Cuma ingat mulanya hanya saya dan Jue sahaja akan join. Tapi, macam tak meriah pulak kalau berdua je. Jadi kami ajaklah mana yang sempat dan mana yang memang no handphone nya tesimpan dalam senarai kami. Plan-punya-plan, last-last yang confirm join hanya saya, Jue, pakwe Jue, Wanie, Su, Ija, Hafis, Sahir dan Cu'e. Tak ramai pun, tapi ok la. Bukan selalu dapat berkumpul camtu. InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi. :)

Ini ada 2 - 3 gambar semasa sesi berbuka puasa dengan kawan-kawan sekolah. Gambar hasil ihsan, FB Sahir. :)




Nota Hati : Ramadhan, semoga kita bertemu di tahun mendatang. InsyaAllah.



     

2 comments:

Sue PeLik said...

huhuhuhu bestlaaaa nant boleh buat lagi kannn huhuhuhu

~M.i.z.D.i.e.L.a~ said...

Yeap. Nanti pas raya ke kita buat makan2 pun best jugak! hehehe :D

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik