Pages

17 July 2012

. SOSC FAMILY DAY .

.
.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera semua. :)

Saya senyum.
Sebab dia berjaya buat saya tersenyum.


Ok Stop.
Saya nak bercerita tentang SOSC Family Day baru-baru ini. 
Jangan risau. Tak cerita banyak pun. 
Cuma nak share gambar-gambar je banyak.
Nampak tak? Nampak tak motifnya? Hehehe :)
Ni sedikit maklumat tentang SOSC Family Day hari tu. 

Tarikh    : 14 & 15 Julai 2012
Tempat  : Camar Laut Chalet, Bagan Lalang, Sepang

Alhamdulillah. Walaupun penyertaan tak seperti yang kita orang jangkakan, tapi perjalanan program tetap meriah sebab yang ada join ni cukup sporting. Rugilah korang yang tak join tu. :)

And suppose saya sampai awal di Camar Laut tu dan konvoi bersama-sama dengan 5 buah kereta lain. Tapi disebabkan 'si pemandu' sampai lambat. Maka, lambat jugaklah kita orang sampai sana. Dan saya jugak lah yang paling last tiba. Eh jap. Ada lagi dua buah kereta yang lambat. Hihihi :p

Perjalanan yang sepatutnya bermula jam 11 pagi tapi tergendalan sehingga jam 2 petang. 2 petang baru bertolak. Ahai. Dah la tengah lapar yang amat time tu. Nasib la, 'si pemandu' prihatin. Hihihi. Siap cakap, lapar cakap tau. Time tu jugak abang akan terus berhenti. Oh terharu sangat. Sampai nak marah dia sebab lambat pun tak jadi. Lalalala :p

Ok. Kita layan pic sikit. Then saya sambung cerita lagi. :)



Pic ini aku gelarkan 'gaya manja gedik tak menjadi' . Hahaha.
Kononnya tak nak buat gaya senyum la. Ni idea si Aremeer tu la.
I follow. hihihi :D

 


Ini pic bersama Datin besar. 
Tengah menikmati ais krim 1.50 tepi laut.
Oh satu perasan yang sangat best! :)




Pic semasa kita orang ditinggalkan. Hehehe.
Kononnya tak mandi masa mula-mula sampai. Tapi hampeh.


Ok. Sambung cerita.
Sepanjang perjalanan pergi Camar Laut. Memang tak dapat nak lelapkan mata langsung.
Sebab 'si pemandu' ada je cerita dia. So, layankan je la.
Kang dia buat jantung saya gugur kang. Naya. Naya. Hehehe :)

Dan akhirnya. Kitaorang sampai di Camar Laut hampir jam 5.00 petang.
So excited nak naik bilik la sebab letih. 
Tapi apakan daya. Orang yang pegang kunci bilik kitaorang semuanya dah pergi amek angin tepi laut.
Maka, terpaksa la kita orang ke laut jugak.

Aktiviti sebenar bermula jam 8 malam.
Tapi sebab kita orang terlalu excited dapat berkumpul ramai-ramai.
Maka petang tu dalam jam 6.30 petang sejurus pulang dari laut.
Beramai-ramai kita orang main bola sepak. Dan ianya sangat-sangat-sangat-sangat menyeronokkan.
Macam-macam aksi dapat dilihat tau. (video ada, tapi belum diedit. Nanti akan cuba di upload.)

Malam tu pulak.
Ada aktiviti treasure hunt yang sangat memenatkan sebab kena berlari ke sana sini.
Pandai ko adeq ea. Ko buat game ni. Kitaorang yang kena berlari. hihihi 
Pastu ada sesi karaoke sambil selingan beri hadiah.
Kitaorang berkaraoke ramai-ramai dan saya sempat la berduet dua buah lagu dengan 'si pemandu'. hehe
'Senja Nan Merah' dan 'Keliru'.
Sumpah saya malu giler. Tapi terpaksa tebalkan muka jugak sebab itu atas permintaan Kak Ween dan 'si pemandu' tu.
Sumbang? Jangan cerita la. Ada aku kesah. Janji saya dapat menyanyi dengan dia. Hihihi *hati berbunga-bunga* 
Dan malam itu...Aku tidur lena dengan senyum lebar sehingga ke telinga. Amek kau penangannya. Hahaha

Ok. Layan gambar lagi jom! :) 




Ini budak namanya Adi. Bodyguard kecil saya. :)
Comel macam ibu dan ayahnya jugak. Hihihi





Ini budak. Eh silap. Bukan budak lagi. Walaupun dia selalu cakap dia budak2 lagi :p
Ini Aremeer. Dia bodyguard besar saya. Hihihi
Dia dah berisi sedikit sekarang. Dan saya HAPPY. :)




Pose gedik saya dan Ieka. Hahaha. Tak sedar ni kamera pinjam dari 'si pemandu'.
Takpe. Takpe. Dia cakap guna je.
So, memang saya guna habis-habisan la. Ye tak abang?
Confirm geleng kepala dia tengok gambar-gambar dalam kamera dia tu nanti. Hihihi 




Ini pic time nak karaoke. Hihihi.
Jumi, Me and Ieka. :)


Ok. Sambung cerita lagi. Hehehe
Dah hari akhir. Balik-balik la kita orang menuju ke destinasi masing-masing.
Tapi dalam perjalanan sempat jugak 'si pemandu' bawak kita orang g umah neneknya.
Happy dapat buat neneknya happy. 
Untuk abang - 'Baliklah kampung selalu, jenguk-jenguk nenek. Tak jauh mana pun. :)'

Sedih. Time nak balik dari rumah nenek.
5 minit pertama 'si pemandu' diam dalam perjalanan. Mungkin tengah merasa sebak.
Kemudian dia baru bukak cerita dan start ceria.
Sepanjang perjalanan kita orang ketawa. Ada je aksi dia nak kenakan kita orang.
Sungguh. Bahagia betul time tu. :)
Dan ada ayat dia yang buat saya rasa sedih sangat.
Kalau boleh saya nak masa terhenti di situ.

"Masa indah dan happy memang cepat berlalu"


Diam saya.

Mari layan gambar. Sebelum saya menangis.







Tak mampu berkata apa. :)




Di rumah nenek Aremeer. :)




Sekadar berkongsi.
Ini adalah logo terkini SOFAZR OFFICIAL SUPPORTERS CLUB.


 


Saya mencari hati saya yang tertinggal. :)

Nota Hati : Benar andai ku punya jarum masa. Sanggup ku hentikan semuanya saat kita bersama. Agar bahagia itu dapat aku rasai selamanya. :(


 

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik