Pages

Showing posts with label Life and Love.. Show all posts
Showing posts with label Life and Love.. Show all posts

10 December 2012

. PERMAINAN .

.
Tahu.
Hati aku tengah sakit.
Aku nampak kebenaran. Cuma diri macam nak menafikan.
Macam-macam benda bermain dalam fikiran.

Satu-persatu kebenaran ditunjukkan.
Harus aku kekal bertahan?
.
  

28 November 2012

. TANPA TAJUK .

.
Seminggu lebih menyibukkan diri.
Mengelakkan dari terus memikirkan dia yang tak mengerti.

Sakit hati?
Ya.
Tapi biarlah.
Kata orang, kalau dia mengetahui. Nanti kembalilah.

Terus.
Cari kebahagiaan sendiri.
.

   

20 November 2012

. KESEMPATAN .

.
Dah berhari aku cuba yakinkan diri.
Jangan fikirkan dia lagi.

Ya.
Sumpah aku terasa hati.
Aku tak kisah lain-lain. Tapi dia?
Sanggup sangat.

Kenapa dia begitu susah untuk dilupai?
Mungkin benar.
Makin ada kaitan antara aku dan dia.
Makin sukar untuk dia aku jauhi.

Haruskah aku pergi?
Tinggalkan segala yang dah aku miliki?
Biarkan apa yang dah aku nanti?

Sedangkan semuanya menyakitkan hati.
.

  

08 November 2012

. BICARA HATI #50 .

.
Ada seseorang.
Yang aku kenali, buat aku tersenyum.
Biarpun tiada getaran seperti dari abang.
Tapi aku masih tersenyum.

Bukan nak kata aku dah melupakan.
Dan menemukan seseorang.
Cuma aku nak teruskan perjalanan,
tanpa memegang sebarang pengharapan.

Aku tahu, yang ditemukan bukan yang diharapkan.
Sekurangnya, dia muncul menamatkan penantian.

Biar aku menghargai, setelah dihargai.
.

   

05 November 2012

. BICARA HATI #49 .

.
Semalam tidur aku tidak senyenyak selalunya.

*****

Aku bermimpi.
Dia berhadapan tok kadi.
Melafaz kata menikahi gadis pilihan hati.

Dan aku cuma termangu di sisi.
Membiarkan air mata mengalir membasahi pipi.

Tanda termeterai ikatan hati dua sejoli.

*****

Sesungguhnya sukar aku nak gambarkan isi hati.
Mencari.
Apa makna mimpi.
Dan seharian kerja aku terhenti.
Sebab mimpi.

.
   

27 October 2012

. BICARA HATI #45 .


.
I was wrong when i thought everything gonna be okay if i leave him.
But the truth is i lied to myself.
Everyday, i've to fight with my own feelings.
Everyday, i've told myself .. No matter what, just keep smilin' .
Everyday, i've to convince myself .. I can live without.

But.
Every second..minutes..hours..
I look at our pictures.
I cried alone.
I miss our good times togeher.
I miss our conversation.
I miss you.

Dear you,
I hope you doing fine there. And i know you will.
No matter what, i'll always love you.

.
   

25 October 2012

. . BICARA HATI #44 .

.
Untuk kesekian kalinya.
Aku cuba nak buat semuanya kembali normal. And i tried to cheat myself. My own feelings
Korang tahu itu semua tak semudah.
Tak semudah yang korang selalu kata dan bayangkan.
Yes i know. Because i'm the one who face it.
Dah berjuta kali. Aku bangun pagi dan yakinkan diri.
Semuanya akan baik-baik saja. Jangan risau. Jangan fikir apa-apa. Jangan ingat apa-apa.
Stay positive.
Ya. hampir berjalan lancar. Tapi dalam kekuatan yang aku cuba cari tu.
Sebenarnya aku menangis sendiri.

Kau tahu? Pernah nampak? Ada rasa?

Tak.

Sebab aku tak tunjuk.
Hatta kepada sesiapa pun. Cuma DIA. Dari DIA aku tak berjaya sembunyi.
Hakikat yang di setiap penghujung solat. Aku sebut nama dia dengan air mata yang menitis.
Allah. Aku rindu dia.
Kenapa harus semuanya jadi susah begini.
Bukan aku tak belajar menerima kenyataan.
Tapi kenyataan seolah tak membenarkan aku melupakan.

Pada siapa harus aku luahkan? Sebab tak sesiapa memahami keadaan.
Mungkin mereka boleh nasihatkan, dan biarkan bebanan ini berkurangan.
Tapi sampai bila aku kena bertahan?
.
 

   

03 October 2012

. LESU .

.
.
Minggu yang agak lesu.
Entah kenapa. Tak jumpa di mana semangat itu.

:(
.
.

01 October 2012

. BICARA HATI #41 .

.
.
Hati aku luka.
Dengan cara paling halus.
Kau tak tunjukkan. Tapi benar. Hati aku terluka.

Kau menguji. Bila tak peduli.
Aku diam. Bersabar dengan penuh merintih.
Bila sebenarnya aku bersedih.

Sungguh.
Aku dah puas berpesan.
Jangan berharap pada tak sudi.
Jangan menanti pada yang tak pasti.
Tapi hati sebenarnya tak pernah mengerti.
Selalu abaikan tiap titis air mata.

Biar apa jua kata mereka.
Hakikatnya. Hati lebih tahu.
Bahagia aku, dengan dia.
Mungkin. Masanya akan menjengah jua dengan izinNYA.
.
.
     

27 September 2012

. BICARA HATI #39 .

.
.
Jauh jarak ku tempuh untuk cinta ku
Walaupun seluruh resah di diri
Ku benci namun ku rindu dalam lamun ku
Selalu ada wajahmu menghiasi dinding hati

Kau dalam hati ku
Hanya engkau walau bukanlah kau yang pertama
Yang pernah singgah di hati ku
Namun ku mau

Dan kau bila hati mu
Sepertinya sama dengan hati ku
Paling tidak bisakah berdua
Selamanya kau dan aku
.
.
Dalam hening hati ku tertegun dengan lamun ku
Menikmati semua rasa hati bertabur rindu
Di kehidupan ada cinta yang terus berkembang
Sepertinya dunia penuh warna

Dalam rentan jiwa ku telusuri arti cinta
Melintas nama mu dalam rindu ku takut sepi
Seperti ku tidur dalam jerami tak terurus
Lenyapkan semua tanda tanya

Begitu ku rasa berbeda setelah cinta ini kau sentuh
Dunia yang dulu sepi kini telah berubah
Bersama mu sangat berarti, tak ingin kubuang rasa ini
Ku turuti semua kehendak di hati ku
.
.
Sesungguhnya aku katakan
Apa yang di fikir ku
Mengapa aku sangat risau
Bila kau masih dengannya

Takkah kau rasakan sesuatu
Yang lain dari biasa
Janggalnya senyum ku terpaksa
Kerna tak inginkan ini

Mengertilah aku resah
Mungkinkah aku cemburu
Tolonglah tenangkan aku
Putuskan dia bercintalah dengan ku
.
.

   

21 September 2012

. WORDLESS FRIDAY #8 .

.
.
Header blog, 
mulanya saya minta kawan lukis untuk hadiahkan pada dia.
Tapi macam takut pulak.
So, gunakan untuk diri sendiri pun boleh jugak.

Siapa dia?
Biar rahsia.
Yang tahu, baguslah.
Yang tak tahu, abaikanlah. :)

Semoga kita semua happy-happy, sentiasa.
InsyaAllah.
.
.

    

19 September 2012

. BICARA HATI #38 .

.
.
Ada yang berkata melepaskan adalah hal terbaik.
Bila hati tak pernah mengerti dan masih menyayangi.

Hakikatnya.
Melepaskan, mahu pun terus menanti.
Keduanya, menyeksa hati.
Kan?

Hampir 5 tahun.
Memanglah bukan mudah.
Tapi semuanya dah dilalui. 
Kalau nak melepaskan, awal lagi dah dilakukan.
Kalau terus menanti, mungkin punya kebaikan.

Kita tak tahu dan takkan pernah tahu.
TakdirNYA. 
Semua dah ditulis DIA.
Berdoalah. 
Andai benar dia jodoh, maka permudahkanlah.
Andai kehadiran dia cuma menguji perasaan hati, maka kuatkanlah.
InsyaAllah. DIA dah tetapkan yang terbaik untuk semua hambaNYA.
Maka yakinlah.

Dan aku? 
Ada sebabnya jika aku terus menanti.
Walau sakit sekali. Mungkin aku sedang di uji.
Sebelum dipertemukan dengan jodoh yang menanti.

.
.

 

14 August 2012

. BICARA HATI #32 .

.
.
Rasa dah puas pesan pada hati.

Berhenti. Untuk mengharap lagi.
Nanti kau kecewa. Berulang kali.

Tapi.

Tak pernah sekali. Hati nak melupai.

Kau kena akui.
Dia juga yang kau cari.
.
.

     

10 August 2012

. BICARA HATI #30 .

.
.
When i can't sleep, 

i re-read SMS of yours.

Enough with ' ^__^ ' reply.

I take the smiles into my dream.



.
.

      

08 August 2012

07 August 2012

. BICARA HATI #29 .

.
.
3 Ogos 2012, jam 12.00 malam.

Menghantar SMS kepada dia.
 
'The only people worthy to be in your life are the ones that help you through hard times and laugh with you after the hard times pass'.

Dia membalas, setelah beberapa minggu menyepi.

' :) '.

Ya. itu  sahaja. Icon smiley. Takpe. Aku dah cukup gembira. Dan aku membalas lagi. Ada sesuatu untuknya yang sempat ku belikan dari Penang. Dan berharap dapat beri kepada dia sebelum pulang ke sini semula.

Tiada balasan. Tetap terus menanti. Mata pun tak nak terpejam lagi.

Kecewa. Masih tiada balasan sehingga ke pagi.

Sedih.


5 Ogos 2012, jam 11.30 malam.

Aku tipu.
Aku terpaksa menipu. Diri aku sendiri.
Sebab aku tak nak meletak harapan tinggi.

Tapi siapa tahu.

Hakikatnya.
DIA Maha Mengetahui. Akan apa yang terjadi.

Dan apa yang aku rasai.

Semakin cuba dia aku jauhi, semakin berharap rasa hati ini.

Terima kasih, ALLAH.
AturanMU pasti punya kebaikannya untuk diriku.
InsyaAllah, akan tiba masanya.

InsyaAllah.

Bersabarlah selagi itu, Aidila.
.
.
 


Nota Hati : Kadang diri sendiri pun tak mengerti perasaan sendiri. Unik.
.
.
   

31 July 2012

. BICARA HATI #27 .

.
.
I just feel like sharing this with followers.

*smile*.

Tender memories that I cherish.
Till this very moment.

But you don’t have to read it if you don’t want to, of course.
.
.
"Sesuatu yang terlalu sukar ketika kamu harus tersenyum, sebenarnya kerana kamu tak ingin menjelaskan pada orang lain hakikatnya kamu sedang bersedih."
.
.


 


  

25 July 2012

. BICARA HATI #26 .

.
.
Andai mampu isi hati ini aku luahkan.

Mungkin tak perlu terus bersedih begini.
Atau mungkin, aku dah mula menerima hakikat bukan dia yang perlu dinanti.

Dia bercerita.
Cinta bukan keutamaan dia kini.
Tapi pasangannya? Sentiasa bersilih ganti.

Kenapa?

Hati ini meluah rasa.
Sekadar mampu berbicara dalam lubuk jiwa.
Cinta ini. Pernahkah kau rasai?
Walau sekali?

Kadang. 
Diri membina angan dan mimpi sendiri.
Bahagia denganmu melalui fantasi.

Hakikatnya,
Kau tak pernah mengerti dalam realiti.


Nota Hati : Sesuatu yang tak terluah pada sesiapa. Cuma dapat berkongsi di ruang ini sahaja. :(



     

20 July 2012

. BICARA HATI #22 .

.
.
Dipendam cinta.

Tak sanggup di kecewa. 

Andai dia menolak luahan rasa.

Mungkin itu sebaiknya.
.
.

   

12 July 2012

. BICARA HATI #20 .

.
.
Angin berlalu..menyentuh hati sayu.

Deru ombak berlagu..seiring jiwa merayu.

Cinta dipendam dahulu..tidak pernah jemu.

Walau kaku berhadapan..lidah terus kelu.

Tapi hati masih tetap ada kamu.
.
.
 
.
.

Nota Hati : Bicara rasa sebelum melelapkan mata. :)



    
 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik