Pages

07 August 2012

. BICARA HATI #29 .

.
.
3 Ogos 2012, jam 12.00 malam.

Menghantar SMS kepada dia.
 
'The only people worthy to be in your life are the ones that help you through hard times and laugh with you after the hard times pass'.

Dia membalas, setelah beberapa minggu menyepi.

' :) '.

Ya. itu  sahaja. Icon smiley. Takpe. Aku dah cukup gembira. Dan aku membalas lagi. Ada sesuatu untuknya yang sempat ku belikan dari Penang. Dan berharap dapat beri kepada dia sebelum pulang ke sini semula.

Tiada balasan. Tetap terus menanti. Mata pun tak nak terpejam lagi.

Kecewa. Masih tiada balasan sehingga ke pagi.

Sedih.


5 Ogos 2012, jam 11.30 malam.

Aku tipu.
Aku terpaksa menipu. Diri aku sendiri.
Sebab aku tak nak meletak harapan tinggi.

Tapi siapa tahu.

Hakikatnya.
DIA Maha Mengetahui. Akan apa yang terjadi.

Dan apa yang aku rasai.

Semakin cuba dia aku jauhi, semakin berharap rasa hati ini.

Terima kasih, ALLAH.
AturanMU pasti punya kebaikannya untuk diriku.
InsyaAllah, akan tiba masanya.

InsyaAllah.

Bersabarlah selagi itu, Aidila.
.
.
 


Nota Hati : Kadang diri sendiri pun tak mengerti perasaan sendiri. Unik.
.
.
   

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik