Pages

17 July 2011

. CINTA DONGENG SI RAMA-RAMA .

Assalamualaikum WBT...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang..

Terkadang, berat sangat rasanya menyayangi seseorang tanpa disayangi kembali.
Berkali minda ini berkata untuk melupakan, mengabaikan, menghilangkan RASA itu dalam diri.
Namun, hati ini berat melepaskan dan membuang RASA itu.
Sungguh, sudah berkali.
Sampai kadang-kadang, luka ini dah terasa lali.

Namun, sehingga bila hati ini nak menanti?
Sampai bila hati mahu terus bertahan dilukai?

Cukup-cukuplah hati.
Lepaskanlah perasaan itu pergi.
Mungkin bebanan yang dirasai akan berlalu pergi jika cinta itu ditolak ke tepi.

Sudah-sudahlah wahai diri.
Berhentilah dari terus mengharap menanti.
Terlalu lama diri berdiri, berharap dia mengerti serta membalas rasa di hati.
Dia terlalu BUTA dalam melihat kau.
Dia terlalu NAIF dalam mengenali kau.
Dia terlalu memandang KESEMPURNAAN yang tiada pada kau.

Tatkala dia BERBAHAGIA dengan orang lain.
Kau bodoh dengan berharap dia MEMAHAMI dan MEMBALAS perasaan CINTA kau itu.
Tatkala dia mencari PENGGANTI baru.
Kau bodoh dengan berharap dia MEMILIH dan MELUAHKAN perasaan CINTANYA pada kau.

Sudahlah hati.
Jangan biarkan luka itu terus dilukai.
Jangan biarkan rasa itu terus bersemi.

Nota hati si rama-rama... 
Salahkah aku yang coba tuk bersama..
Salahkah aku yang coba tuk merasa...cinta

"..Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja.."
-Petikan lagu Stacy - Kisah Dongeng-

Wassalam..

2 comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik