Pages

14 February 2011

. TAG DARI KL KE PENANG .

Assalamualaikum WBT.

Hyep! Dalam keadaan kebizian yg sedang saya alami sekarang, tag dari Kak Yana ini tetap saya selesaikan jugak. Hehe. Malas nak bertangguh. Actually tajuk entri tag dr Kak Yana ni "Dari KL ke KL". Tapi saya nak letak tajuk entri tag ni, "Dari KL ke Penang" sebab pada waktu dan ketika entri ini di taip, saya berada di tempat kerja tercinta. hehe. Apa-apa pun, sebelum saya memulakan entri ini. Saya nak ucapkan thanx utk Kak Yana kerana sudi kasi tag pada saya ini. hehe :p

Ok. Cukup-cukuplah dengan ucapan saya dan kemerepekian saya itu. Meh kita mula menjawab tag dari Kak Yana ini. hehe

1. Adakah anda rasa anda hot?

Hot la jugak kan. Sebab sekarang ini tengah mengalami musim kebizian yang tahap tapir nak korek telinga pun tak sempat. Adei. Semuanya nak selesaikan sekali gus, macam la kita ni dilahirkan dengan 10 tangan dan 10 kaki. Adei. Bukan tak bersyukur, tapi bila kuantiti yg dipentingkan berbanding dgn kualiti. Takpe, saya tiada hak nak bersuara. So, no komen. Lalala :p


2. Upload wallpaper yang anda guna sekarang.



3. Cerita pasal gambar ni.

Ok! Ni wallpaper yang saya guna pada pc ofis saya ni. Pic ni saya amek dari Mr Google jek. Hehe. Pastu saya tambahkan sedikit sentuhan ayat jiwang saya tu. So, jadilah apa yg tertera di atas tu. Saya, Ms Rama-rama? Hehe. Suka je tengok rama-rama, cantik kan? :)

4. Kali terakhir makan pizza.

Pizza Hut : Dinner malam sabtu hari tu. House mate saya yg belanja sbb kebetulan saya kena bekerja weekend hari tu, balik-balik je, dia cakap tak payah cari makanan utk dinner, dia dah ada Pizza.

Domino's Pizza : Last week jugak, tp tak ingat hari apa. Huhu.

5. Lagu terakhir yang anda dengar?

Lagu terakhir? Wah! Macam semacam plak kan. Hehe. Saya sekarang sedang mendengar lagu Inteam, tajuknya Segenggam Tabah. Sekarang ni mood sangat-sangat perlukan lagu tersebut. Pembakar semangat katanya :p

6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?

Haha. sambil buat tag ni, sambil buat laporan aktiviti Unit Kerjaya untuk KPT. Sangat pening. Itu yang saja release tension jap dengan merepek-merepek di blog saya ni. Ahaks!

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?

-> Kakak (Kebanyakan yang panggil saya kakak adalah yg usia muda dr saya, kecuali sepupu sy yg tak sedar diri dia tu sebaya saya. haha :p)
-> Muzfirah Marha (Nama angan-angan yang paling saya suka. Kenapa? Adalah :p)
-> Diela ( Nama yang paling saya dikenali :) )

8. Tag 5 orang.

-> Cik Aina
-> En. Loqman Hakim
-> Nad
-> Cik GKSB
-> En. Kucing Hitam

9. Siapa orang nombor 1 dengan anda?

Seorang sahabat di alam maya, saya pernah berjumpa dengan dia masa KJH di Kuantan. Sangat respect dengan dia, pada saya, dia seorang sahabat yg sangat-sangat baik :)

10. Katakan sesuatu kepada nombor 5.

Masih baru menjadi follower di blog dia. Terkejut sebab dia lelaki, tetapi ada blog yang sangat cantik, ok? hehe. Semoga kita sentiasa jadi kawan ^_*

11. Nombor 3 ada hubungan dengan siapa?

Hahaha! Aiyok! Kenapa soalan ini ada? Hubungan apakah maksud soalan ni? Ekeke :p

12. Bagaimana pula dengan nombor dua?

Teman blogger. Sama seperti dengan nombor 5 cuma saya dah lama menjadi follower di blog dia. hehe. Semoga ukhwah ini jugak berkekalan dgn izinNya :)

13. Kata-kata cinta kepada nombor 4.

Haha. Punah! Kata-kata cinta? Kita orang ni sama gugurl la. Saya baru perasan, rupanya dia ni student USM. Kenapa tak pernah jumpa? Aiseh!

14. Berikan fakta tentang orang yang kamu tag.

Cik Aina : Saya sangat menghargai dia sebagai sahabat, teman dan kakak saya :)
En. Loqman Hakim : Salam ukhwah fillah en. Loqman ^_*
Nad : Dia ni sangat-sangat nak jadi Pilot, saya mendoakan semoga impian dia tercapai! Go Nad!! U can do it!! InsyaAllah ^_^
Cik GKSB : Semoga diberi kesempatan untuk kita bertemu ya. hehe :)
En. Kucing Hitam : Salam ukhwah fillah jugak En. Nice Blogger :p

Hakikatnya,
Saya menaip semua ini dengan apa ayat pertama terlintas di kepala. Haha.
Almaklumlah, memori terlalu full saat ini. Apa-apa pun, maaf ye kepada yg di tag secara tiba-tiba. hehe
Semoga apa yang saya dah buat ini, mengeratkan lagi silaturrahim anatara kita semua.
InsyaAllah.
Ameen



No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik