Pages

10 February 2011

. BILA HATI TAK DIMILIKI .

Assalamualaikum WBT.

Bila mencintai, janganlah menganggap kita sudah memiliki.
Bila menyayangi, usah fikir dia itu cinta hati.

Saya ada menyayangi, saya juga ada mencintai.
Tapi itu bukan alasan untuk dia, saya miliki.
Saya menyayangi dia, dengan harapan dia akan sentiasa tersenyum melalui hari-harinya.
Saya mencintai dia, dengan selalu mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan di hatinya.

Dengan itu,
walaupun hati saya sakit.
Tapi saya masih akan tetap bersyukur bila melihat kebahagiaan dia.

Dengan mencintai dan menyayangi dia juga,
tak perlulah saya hebahkan pada dunia bahawa saya sudah 'tersuka' pada dia.
Bukan kerana takut memikirkan tindak balasnya nanti.
Tetapi biarlah semuanya berjalan mengikut aturanNya ^_^

Untuk melihatnya bersama seseorang yang lain.
Sudah pastilah saya tidak mahu, tetapi saya akur saat senyuman terukir di wajahnya itu.
Cemburu? Tidak perlu.
Hadapi dengan senyuman.
InsyaAllah.
Semuanya akan menjadi lebih baik saat semuanya tersenyum.

DIA mengetahui apa yang terbaik untuk saya.
Biar segalanya tak dirancang, tapi itu ketentuan DIA.
Kita fikir kita dah merancang dengan baik semuanya, tapi sebaik-baik aturan adalah dari DIA (kata-kata Kak Yana)

Belajarlah hidup dengan cuba memberikan yang terbaik dalam segala hal.
Usah mengharapkan balasan atau penghargaan (tapi jangan pula mengeji ye :p )
Terus berlari, meniti hari.
Jika terjatuh, kembali mencari langkah seterusnya.
Jangan pernah mengalah atau mengeluh.

'PEACE NO WAR'


Si Rama-rama dihati :)

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik