Pages

15 May 2013

. MAK .

.
"Nothing is worthit, if you're not happy."

I just feel so blessed today.

Mak,
selamat hari ibu.

Maaf sebab tiada apa yang istimewa dapat kami rancangkan tahun ni.
Kekangan masa dan wang.
Mungkin juga kerana faktor arwah mak jang dah tak bersama kita.
Maka sambutan itu nanti juga tiada maknanya.

Mak,
Tak kira apa.
Mak adalah anugerah dan perkara terindah dalam hidup kami.

Perit dan jerih mak membesarkan kami empat beradik sebagai ibu tunggal.
Hinaan orang dan cacian orang pada kita.
Mak abaikan.
Mak buktikan.
Orang tak tahu kesusahan yang kita lalui mak.
Tapi kami tahu.
Membesarkan kami berempat bukan mudah.
Bahkan. Hingga kini.
Terkadang kami menyakiti hati mak.
Allah.
Luluh hati mak.
Kami tahu.

Mak.
Sedarkah mak. Dua kali kakak buat keputusan besar dengan membelakangkan nasihat mak.
Kesudahannya. kedua-dua perkara tersebut tak menjadi.
Dan kedua-kedua perkara menjadi kesilapan terbesar dalam hidup kakak.

InsyaAllah Mak,
Janji kakak pada mak.
Kakak takkan ulang dah.

Orang tak faham kita, Mak.
Tak apa.
Allah ada. Allah sentiasa ada untuk kita.

Pernah sekali.
Memang ketika itu, kakak sedih sangat.
Tapi Mak faham.
Saat kakak berdiam diri. Tak bercakap dengan sesiapa.
Dan lebih kepada seperti berada dalam dunia kakak sendiri.
Mak tampil bertanya.
Mak menangis depan kakak.
Sepanjang perjalanan kakak pulang ke Penang.
Wajah Mak menitiskan air mata terbayang di minda kakak.
Kakak rasa bersalah Mak.
Kakak buat Mak menangis.
Kakak minta maaf Mak.

Mak,
Kakak tak tahu apa akan jadi di masa akan datang.
Kakak cuma berharap dan berdoa.
Jangan pernah sekali kakak akan sakiti hati Mak lagi.

Terima kasih Mak.
Sebab menjadi penjaga dan pelindung kami selama ini.

Kakak sayang mak.

.

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik