Pages

25 May 2011

. KISAH SAYA DAN KAMU 8 .

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang ...

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera ♥ ♥ ♥

Dah lamanya rasa, saya meninggalkan teratak ini bersawang tanpa dikemas.
Bukan tak berminat.
Tapi hati ini meronta-ronta sangat untuk mengemaskini teratak ini, cuma jari saja yang malas mahu menaip.
Ditambah pula dengan hati yang tidak tenang. Bimbang terlalu banyak yang saya merepek. Hehehe :)

Entri saya kali ini ringkas sahaja.
Cuma gambar-gambar menjadi luahannya, terpulang pada anda semua untuk mentafsirkannya :)




Pada awan biru ku melakar kata-kata. Pada langit cerah ku panah semua cerita. Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi. Bertebangan jiwa merentasi pelangi.


Cintaku kepada DIA kerana aku adalah ciptaanNya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang diciptaNya



Biarlah aku mencintai dan merinduinya dalam diam. Biarlah aku memendam kerinduan dan cintaku terhadapnya sehingga sampai waktunya. Jodoh itu ditangan Allah. Aku tidak akan berputus asa. Aku akan berdoa semoga dia adalah untukku, InsyaAllah.





:: R to the I to the N to the D to the U ::

♥ RINDU ♥


"Seandainya telah Engkau catatkan dia tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku, Ya Allah. Tetapi ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku, luputkanlah ia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan.."

Dengan siapa? Biarlah hanya DIA, saya dan 'seseorang' itu yang tahu :)

..Wassalam..

 

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik