Pages

25 March 2011

. KISAH SAYA DAN KAMU .

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera semua :)

Solat istikharah.
Saya lakukannya, berulang.
Saya mohon petunjuk, saya mohon kekuatan.
Saya bimbang salah haluan, dalam membuat keputusan.

Solat istikharah.
Jelas nyatakannya, berulang.
Tapi saya masih belum punya kekuatan untuk berhadapan.
Saya juga risau memikirkan tentang perhubungan.

Apa yang saya rasa?
Apa yang saya fikir?
Apa yang saya mahu?

Saya rasa suka bila dia muncul.
Saya fikir dia selalu.
Saya mahu dia tahu.

Tapi betulkah itu yang saya hendakkan selama ini?
Memang itu ke kemahuan saya?

Saya andaikan saya akan sentiasa tersenyum, jika dia.
Tapi sanggupkah saya untuk menghilangkan banyak senyuman lain jika saya hanya memikirkan kehendak hati saya.
Saya andaikan juga saya akan berasa bahagia, dengan dia.
Tapi relakah saya untuk turutkan kemahuan hati saya tanpa memikirkan perasaan mereka yang berada disekeliling dia.

Namun,
yakinkah saya bahawa dia juga merasa yang sama.
yakinkah saya bahawa dia juga memikirkan yang sama.
dan yakinkah saya bahawa dia juga mahukan yang sama.

Sanggupkah saya untuk memikirkan seandainya apa yang saya dan dia rasa adalah berlainan, berlawanan sama sekali.
Sanggup untuk kecewa semula?
Kenapa saya sendiri merasakan seperti saya tidak kuat untuk berhadapan semua itu, and that's the reasons why better to be single. Saya tak sekuat mana untuk menghadapi kekecewaan, sebab saya dah lelah.

Jika saya menjadi, berubah melawan garis yang tertulis. Bukannya DIA tidak mendengar doa saya, cuma DIA tahu apa yang terbaik untuk saya.

Namun saya masih bingung.

*kisah si rama-rama*

Inginku bukan hanya jadi temanmu,
atau sekadar sahabatmu yang rajin dengar ceritamu.
Tak perlu hanya kau lihat ketulusan yang sebenarnya tak kusangkal, kadang ku hilang kesabaran.

Mungkinkah akan segera mengerti,
seiring jalannya hari.
Sungguh ku tergila padamu.
Yang ada, bila tak juga kau sedari, akan ku tempuh banyak cara agar engkau tahu semua, mahuku.

Biarkan aku untuk jadi kasihmu,
kerana tak percaya ungkapan, cinta tak harus memiliki.
Terlambat jika aku harus berubah, ku terlanjur ingini semua yang ada di dalam dirimu.

Dan berulang mencuba, untuk merebut hati dan cintamu.
Sedarkah dirimu, sering kau kesalkan aku, bila masih saja kau menyebut namanya.
p/s :
Entri terpaksa ditamatkan sebab ada gangguan dari Nenek tua a.k.a Along blur. hahaha

2 comments:

Azaie said...

padan muka ader gangguan hahhahahha.....bluerkkkk...ayat jiwangg x tahan sehhhh

~M.i.z.D.i.e.L.a~ said...

eeee. along blur. wekkkkkkkkkk!

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik