Pages

10 March 2011

. TERENGGANU .

Assalamualaikum WBT.

Trip to TERENGGANU!
Teruja! Excited!

Hai korang! Hehe.
Lama sudah tak update blog. Asyik busy dengan kerja ke. Banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan dalam awal tahun ini. Oh ya, dalam sibuk-sibuk pun, saya masih sempat pegi bercuti ke Terengganu bersama kawan-kawan saya, Q dan Kak Ween. Sebenarnya kan, plan nak k Terengganu ni dah lama sangat, so tak kisahlah busy camne pun. Cuti tetap dah apply and dah lulus. Since my bos kata, ok. But make sure all ur work is done. Yea! Ok boss :)

So, dengan excitednya. Kemas-kemas baju dengan tak berapa kemas sangat la. Haha. Bas yang aku naik ke KL sepatutnya pukul 5.30 petang, tapi delay sampai pukul 6.30 petang (serius , bosan menunggu!). Ok, dipendekkan cerita, dalam pukul 11.00 malam baru saya sampai Hentian Duta. Terus call Q, ok! Tunggu ditempat biasa. Sampai je Q, kitaorang terus menuju ke Downtown Cheras sebab nak gie makan (padahal tujuan asal nak beli kasut dan jam tangan. haha). Selesai makan dan shopping, terus kitaorang balik. Sampai rumah Q, kalu tak salah saya kan, dalam pukul 1 - 2 pagi camtulah. Sempatlah dok berbalas SMS dengan Kak Ween masa tu. Sampai-sampai je umah Q, bukan kitaorang terus tido, tapi asyik berborak sampailah dekat pukul 4 pagi. Kesian Q, dahlah dia kena keja hari khamis tu.

Ok. Khamis! The day! Kemas-kemas balik baju. Asing-asing kan baju mana yang nak dipakai sambil tunggu Q balik dari kerja (janjinya nak balik tengahari, then terus bertolak amek Kak Ween di umahnya terus lunch then bertolak ke Terengganu). Alih-alih, dari hujan lebat sampai dah renyai la, tak jugak Q pulang. haha. Pukul 4 baru la Q balik. Adei, then ikut plan. Jalan kat KL pulak jem! Dugaan sungguh. Hahaha. Waktu lunch kitaorang pada jam 7.00 malam, dekat MCD Petronas mana tah. saya kurang pasti. Maaf! :p .

Korang nak tahu tak? Ini first time perjalanan jauh yang aku langsung tak lelapkan mata. haha. Sebab nak temankan si Q yang tengah drive tu. Paling tak tahan tu, Kak Ween duduk dekat belakang. time nak lalu kat satu jalan gelap ni. Q dah buat ayat suspen and seram dia tu. Kak Ween dah gelabah. haha. Aku control la jugak sikit-sikit :p . Tapikan, alhamdulillah la takde apa-apa yang berlaku. Kitaorang selamat sampai Terengganu pukul 1 - 2 pagi camtu lah, terus g makan kat kedai makan depan umah Q. hehe. Pastu baru masuk umah Q, buat apa yang patut. Then bobom! Esok pasti hari yang memenatkan dan mengujakan :p

Ye! Siap-siap, cari makan! Menuju ke tempat-tempat best di Terengganu. Merata Q bawak kitaorang jalan-jalan. Best sangat lah! Hehe. Then, kitaorang terus g ke Dataran Shahbandar. Parking kat kawasan perumahan apa tah, then menapak sikit ke situ. Cuacanya, memang panas teriklah. Tapi still ok, sbb aku tak rasa kulit aku terbakar spt KJH sebelum-sebelum ini. huhu. Ok, back to the story. Kitaorang terus ke stage besar KJH sebab tujuan asal kitaorang ke Terengganu adalah berada di situ :p . Kitaorang cari port baik punya, then dari jauh perhatikan dorang tengah sound check sambil menikmati keropok losong (makan 2 je :p). Ok. dorang abes sound check, tegur-tegur. borak kejap. Terus plak ke booth Hotlink, tunggu punya tunggu, takde pun dorang perform. Penat je. Pegi stage besar, amik barang abang Fairuz. Amik keta. Then kitaorang g makan kat Pantai apa la namanya ea? Lupa lak! Adui. Ya Allah! Terus terang! Sedap giler makanan kat situ. Ikan goreng tepung, sotong goreng tepung, tomyam! Memang superb la. Serius! Kalu pegi situ lagi kan, saya akan suruh bawak saya pegi makan kat situ jugak. hehe. Selesai makan! Kitaorang g lepak kat Pantai Batu Burok! Saya paling suka yang ini. Best sangat dapat kena tengok ombak malam-malam. hehe.

Ok! Dah letih! Balik tido. Hahaha. Aku la yang lena awal. sampai-sampai terus bobom. Kak ween dan Q rancak je mengonlinekan diri di facebook. Tapi kan, tido aku terganggu lepas dapat call dari someone, Perghh! Terus celik bijik mata aku ni, suara pun cover-cover je kan sebab takut dia tahu suara aku baru bangun tido. haha. Yg tak tahan kan? Lepas je dia call, terus hilang rasa mengantuk dan letih aku ni. haha. Penangan panggilan someone tu la. Ish ish! Haha. Terus join Kak Ween dan Q mengumpat kat facebook. Sengal sangat aku masa tu. haha. Sempat jugak mesej dia, nak nasi dagang tak sebab esok kitaorang akan bersarapan dengan nasi dagang. 'Nak. nak! Nak banyak taw' haha. banyak cikadak plak dia :p . Bobom! Sambung tido sambil tersenyum (konon bahagia la sangat kn? :p).

Pagi! Siap-siap. Pegi bersarapan dengan Q, Kak Ween dan Ummi (ibu Q) . Selesai sarapan, beli bungkus untuk abang Fairuz dan Ameer. Astaga! masuk bilik, dia dok tido lagi :p . Takpe, kitaorang amik kesempatan tngok pemandangan dari balkoni bilik dorang. Best! Nampak laut! hehe . Dah bangun, terus sarapan. Kitaorang lepak-lepak jap sambil layan kartun. Then, kitaorang minta izin nak balik (minta izin? praktis la konon? :p) . Dalam dok perjalanan nak turun hotel tu, kitaorang sempat plak plan nak mandi pool! haha. terus singgah Pasarayaku, beli apa yang patut. Balik rumah Q, sambung tido. Pastu siap-siap, bawak baju salin dan baju mandi. Yg tak tahan kan? Saya, Q dan Kak Ween mandi di pool untuk kanak-kanak. Hahah! Memandangkan ketinggian kitaorang bertiga ini tidak bersesuaian mandi di kolam dewasa, jadi. Kolam kanak-kanak pun jadi le. hahaha :p . Pukul 6 lebih camtu, kita orang siap-siap salin baju, Hantar keta parking kat umah, makan, terus gerak gi tapak KJH. Dah risau! Sebab manusia punya ramai! Memang teramai la. huhu.

Kita orang terus g stage besar, amik pas. Lepak sambil tunggu dorang perform. Borak-borak, then dorang perform, snap pic! Habis. Tunggu selesai semua. Kitaorang pun blah. Pegi makan (mahal punya tempat) . huhu. Balik rumah, amik order nasi dagang (sbb ada orang tu kempunan nak makan nasi dagang lagi :p), tido! Esoknya, gi beli nasi dagang lagi, tapi kali ni kitaorang tapau and sarapan sekali dorang, sebelum saya, Q, Kak Ween dan Abg Fairuz bertolak balik ke KL. Tp sempat jugak menyinggah pasar payang utk beli key chain. Oh Ya! Thanks pada Q sebab belikan i the cute pink turtle ea? Syg sangat-sangat :p . Terus balik KL. Sampai rumah Q dalam pukul 9 malam, rehat kejap sebab saya kena naik bas untuk balik Penang pukul 12.30 malam. Letih jangan cerita lah. Memang mengantuk snagat-sangat. Huhu. Tapi trip ini memang terbaik pada saya. Kak ween dan Q tahu kenapa :) . Hehe.

Saya selamat sampai umah di Penang pada jam 5 pagi. Rehat kejap. Then pukul 11.00 pagi masuk kerja. Huhu. Maka tamatlah kisah trip ke Terengganu ini. Terima kasih pada yang sudi membaca (rasanya ini entri terpanjang? ). Nite all! Dah mengantuk. Saya sayang semua kawan-kawan saya :)

Wasalam

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik