Pages

25 December 2010

. BUKAN SALAH CINTA .

Assalamualaikum WBT :)

“Maafkan silapku kawan andai kau terbeban,
berat perasaan yang memburumu hadir tanpa undangan.
Aku juga insan biasa,
yang pasti ada rasa cinta,
kau boleh palingkanku tapi demi cinta…” - Bukan Salah Cinta (FeelHoney)

Siapa pernah dengar lagu Bukan Salah Cinta nyanyian FeelHoney (demo version).


Lagu itu best sangat, kalau korang nak dengar, korang boleh klik pada link itu.
Aku jatuh hati bila buat pertama kali aku dengar lagu itu.
Semakin menyentuh hati aku, bila tiap bait-bait liriknya aku hayati.
Entahlah.
Aku hanya mampu mendoakan.

“Ya Allah…Seandainya telah Engkau catatkan…Dia milikku tercipta buatku…Satukanlah hatinya dengan hatiku…Titipkanlah kebahagiaan antara kami…Agar kemesraan itu abadi…Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku…Bawalah dia jauh daripada pandanganku…Luputkanlah dia dari ingatanku…Dan periharalah aku dari kekecewaan…”


Sekadar gambar hiasan.

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu.. Maka, cintailah aku dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa~

Aku teringat ayat seorang teman pada aku.

"Jangan terbang terlalu tinggi, bimbang bila terjatuh nanti kita yang akan rasa sakitnya"

Kini aku faham sebabnya mengapa.
Tapi inilah pilihan aku. Aku tak tahu mengapa.
Tapi aku masih mahu memilih keadaan itu. Semoga saja aku terus tabah menghadapinya.

InsyaAllah.

Terima kasih pada yang sentiasa memahami isi hati aku dengan terus membuat aku sentiasa tersenyum. Aku menghargai korang kerana koranglah teman aku dikala suka dan duka.

Wassalam :)

2 comments:

aQmam JaFFar said...

tabahkan hati..insyaAllah...

~M.i.z.D.i.e.L.a~ said...

aqmam,
insyaAllah. i'm trying to do that :)

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik