Pages

12 January 2011

. 2010 dan 2011 .

Assalamualaikum WBT...

First entri dalam tahun 2011.

Dah lama aku nak update blog aku ni.
Tapi seakan malas saja. Hehe. Bukan apa, sejak salah seorang kakak senior tempat aku dah pencen. Kebanyakan kerja-kerja beliau, aku yang perlu ambil alih. Dan korang tahu. Sememangnya aku semakin tertekan dengan kerja-kerja aku sekarang. Lebih-lebih lagi bila melibatkan kewangan. Seriously, aku memang tak boleh terima bab tu. Aku dah terus terang dengan bos aku tentang itu, tapi since dia kata aku boleh buat. So, nak tak nak, aku kena terima jugak. Hakikatnya, aku tahu. Hal kewangan bukanlah suatu yang aku gemari. Ada orang kata, kalau kita boleh dapat apa yang kita suka. Cuba belajar terima apa yang kita dapat. Kalau la, semudah itu. Dan sehingga kini. Jiwa aku buat kerja itu dengan tidak ikhlas (terpulanglah apa pendapat korang). Btw, aku rindu kakak yang dah pencen itu! :(


2010
Sesungguhnya tahun ini terlalu banyak menguji aku mengenai 'hubungan'. Impian yang aku sematkan dalam hati, terpaksa aku cari button erase untuk aku lupakan tentang semuanya. Dan korang tahu apa, sangat susah untuk klik kan button itu. Berulang kali aku berfikir. Inikah jalan terbaik? Betulkah tindakan aku? Semuanya akan selesai ke kalau aku buat begitu? Takpe. Aku terus berdoa semoga aku diberi ketetapan hati. Keputusan yang aku ambil itu, bukanlah semata-mata demi masa depan aku.Semuanya untuk kebaikan. InsyaAllah, Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Dia dah tetapkan hubungan itu berakhir begitu. So, aku redha. Sekarang? Yeap! I'm totally single and i think i'm happy with that. Tak perlu fikirkan "Oh! Di mana hp aku? ", "Alamak, mesej tak balas lagi" ,and the most important thing . tiada lagi rasa 'itu'. Korang jangan risau. Bukan selamanya aku nak single, cuma aku dah tetapkan. biarlah aku simpan rasa 'itu' untuk seseorang yang lebih layak menerimanya. Maybe one day ^_^

Kesedihan aku kerana berakhirnya hubungan itu taklah dirasai sangat! Korang nak tahu, aku tak berseorangan. Aku ada teman aku. Q! thanx Q, kerana sangat-sangat memahami hati ini. Mahfuzah, thanx byk2 atask kata2 mu :), Aku ada family aku, my luvly mum!, my gorgeous siblings . kak ina, mil n adik and also my bro! Cousin-cousin, sememangnya aku beruntung kerana ada korang dalam keluarga CUCU CICIT HAJAH ZAINAB HAJI TAHIR :). Thanx a lot untuk masa yg dah korang bazirkan bersama-sama dengan aku.

Tahun 2010 jugak menyaksikan betapa angan-angan aku jadi kenyataan. Bermula dari mengejar mereka di Berjaya Times Square, BB. Sesungguhnya aku amat-amat meminati mereka. hehe. SOFAZR! Birthday song yang korang nyanyikan, takkan aku lupakan. Oh! Sungguh terharu :p . Aku akan terus meminati dan menyokong mereka. InsyaAllah. KAK WEEN, thanx sbb banyak membantu diela. Hanya Dia mampu membalas segala pertolongan akak :)

Done it! Selamat tinggal 2010. Terima kasih atas segala kenangan itu :)


2011
Welcome 23 years old!
Oh Memang Giler! Aku dah 23 tahun??!
Cepatnya masa berlalu, cepat jugak la umur aku meningkat. Huhu.

Aku tak minta apa-apa untuk tahun ini. Cuma cukuplah semoga tahun ini menjadi lebih baik dari sebelumnya. Aku cuma harap segalanya dipermudahkan.

Target aku untuk tahun 2011 ini?

1) Nak kurus! Sebelum May 2011, aku nak berat aku menjadi 45 kg! Mampukah? Just wait and see :p

2) Nak bertukar tempat kerja. Spt permintaan ibu aku, aku akan mohon pertukaran ke Kampus Kejuruteraan.

3) Nak potong rambut! Sekarang? Rimas! Huhu

4) Last but not least, harapnya tak nak la bergelar single sehingga akhir tahun ni. Parah lah! huhu. Doakan aku jumpa Mr Right aku ye. Anyone out there?? :p


p/s : Buat yang bertanya apa yang aku minta dari adik aku, aku tak minta apa-apa. Cukuplah dengan adik aku menemukan kebahagiaan dia. Semoga selepas bergelar tunang orang nanti, dia menjadi lebih matang. Ingat! Ikatan tunang tu bukan lesen untuk selalu dating. Tapi ikatan tunang adalah proses untuk kenal hati budi pasangan dengan lebih dekat. Masa couple lain, bila bertunang ni lain. Percayalah cakap kakak kau ini. Aku dah lalui, aku tahu apa yg indahnya dan apa yg pahitnya. Kalau tak kuat, memang karam lah. Apa-apa pun, aku mendoakan yang terbaik utk adik aku dan pasangannya . Selamat bertunang! ^_^

Wassalam...

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik