Pages

20 November 2010

.::Antara Dua Darjat::.

...Assalamualaikum WBT...

Hyep suma!

Sebelum aku mulakan apa-apa madah, aku harap masih tak terlewat untuk aku ucapkan "Salam Aidiladha buat semua teman-teman yang mengenali aku. Hope korang dapat ampunkan segala khilaf aku. Mana yang baik itu datang dariNya, yang lemah itu adalah dari diri aku sendiri. Semoga Aidiladha kali ini memberi kita semua seribu satu makna pengorbanan yg mendalam :)"

Okey!
Kita sambung pada tujuan asal post ini.
Korang tahu cinta dua darjat?
Aku ingatkan zaman-zaman sekarang ini, benda-benda camtu dah tak jadi masalah.
Tapi rupanya kan. Bila dah semakin maju zaman kita, maka makin sempitlah pemikiran kita.

Well,
Aku mengaku. Aku sendiri pernah berdepan dengan situasi macam ini.
Bila aku hanya bekerja di butik biasa, manakala anaknya berjaya sambung belajar d ipta yang agak terkemuka.
Soal darjat mula timbul.
Aku tidak selayaknya digandingkan dengan anak dia.
Ya. memang usia aku agak muda masa itu dan mungkin sahaja ketika itu apa yang dirasa hanyalah digelar "cinta monyet".
Kita tutup kisah aku tue.

Sekarang aku nak kisahkan tentang benda yang sama jadi pada orang sekeliling aku.
Darjat yang aku maksudkan ini. Bukan darjat berduit ke tidak ataupun berharta ke tidak.
Tapi "PEKERJAAN YANG BOLEH MENJAMIN MASA DEPAN a.k.a KERJA KERAJAAN".
Korang cuba la bagi tahu parents korang yang korang nak berkahwin ke ataupun korang dah jumpa Mr Right korang.
Mesti perkara pertama keluar dari mulut parents. "Dia kerja apa? Kerajaan ke?".
Betul tak? (ada jugak yang tak. hehe)
Aku pelik la. Kenapa? Kerja swasta tu teruk sangat ke?
Lagi-lagi bila yang belah utara ni. Banyak la yang kerja kilang kan?
Korang nak tahu tak?
Yang sebenarnya, kerja kilang ni la yang paling banyak duit aku rasa.
Tapi itu bagi yang rajin dan pandai menguruskan masa la.
Cuba korang bayangkan, kilang boleh OT.
Banyak lak tu dapat.
Memang aku rasa mereka ni lagi masyuk. hehe
Pada aku juga, orang-orang yang kerja kilang ni. Mereka lagi tahu menghargai masa dan tahu cara nak kumpul duit serta lebih berdisiplin (agaknya la. hehe).
Yelah. Kalau dorang nak duit lebih, dorang buat la OT kan.
Kalau macam kerja kerajaan, OT bukan boleh buat sesuka hati.
Contoh kat tempat aku, nak buat kerja lebih masa. Kena tunggu approval atau arahan dari bos.
Kalau tak, tak dikira OT.

Cukuplah yang tu.
Sambung balik kisah tadi.
Aku sebenarnya kesian dengan orang-orang sekeliling aku yang kena macam aku tu.
Majoriti yang pandang darjat ni kan.
Mesti asal dari keluarga bergelar pendidik.
Maaf tau! AKu bukan berniat menghina sesiapa.
Tapi apa yang aku luahkan adalah berdasarkan apa yang terjadi disekeliling aku ini.
Aku tahu dan aku akui.
Kadang-kadang pilihan orang tua kita itu sebenarnya adalah untuk kebaikan kita jugak.
Yelah, mereka fikir. Kerja Kerajaan. Gaji dah tetap tiap-tiap bulan.
Nanti dah tua, tak risau sebab duit pencen ada. Kan?
Yang Kerja Swasta pulak, mungkin sekarang mereka masyuk.
Tapi lama mana sangat bos mereka nak gajikan mereka.
Nanti lama-lama mereka akan digantikan dengan orang lain.
Saat tu. Mana nak cekau duit? Nak hutang ALONG? ekeke. Memang cari nahas la :p
Tapi kan, mana la nak tahu. Kot-kot mereka ni ada savings sendiri masa kerja swasta tu.
Boleh jugak buat permulaan bisnes kan.
Which is, aku rasa memang idea yg baik :)

Entahlah korang.
Aku cuma harapkan yang terbaik je untuk korang semua.
Korang sabar ea.
Kalau dah jodoh korang, pasti tak ke manakan?
Just think positive k :)

Ok la korang. Dah ngantuk. Letih sangat selepas g meroyan tanpa henti selama 4 hari dengan kezen-kezen dan adik-adik yang mental tu. Hahah! Nite everyone :)

Wasalam ^_^

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik