Pages

22 November 2010

. BUAT ADIK, SEPUPU DAN TEMAN .

Assalamualaikum WBT . . .

Hai kepada semua pembaca blog aku.
Kali ini apa yang aku nak cakap, luah atau ceritakan semuanya tentang perkara yang terjadi disekeliling aku.
Pada yang tak suka apa yang aku luahkan tu, terpulang pada korang. Korang boleh klik pada button X sebelah hujung kanan tu. Aku tak kisah!

Buat adik aku yang bongsu.
Jangan ambil keputusan terburu-buru. Fikir dahulu sedalam-dalamnya
Jangan sampai menyesal dengan tindakan itu.
Sekali kau melangkah, untuk berpatah arah. Amat sukar.
Jadikan kisah kakak kau ini satu pengajaran.

Buat semua sepupu-sepupu aku.
It was a greatest things to have all of you as my cousins.
Putus cinta, bercinta, bahagia, sedih, marah. Lumrah semua tu.
Dah la korang. Jangan sedih-sedih ye.
Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.
Aku dah rasa semua tu. At least, korang takde la sampai tahap macam aku kan?
Korang kira beruntung la sebab benda tu terjadi awal.
Tapi aku? Malu tau.
Tapi nak buat camne kan. DIA dah aturkan semuanya dgn baik sekali.
So, aku pasrah dan redha je. Life must go on no matter how hard it is :)
Chill k?!

Teman yang aku sentiasa aku ingati.
Baguskan sikap kau. Kau datang cari aku bila kau ada masalah je.
Kononnya aku la kawan kau kan?
Bila kau dah ada 'dia', kau lupakan aku kan? Ya, memang terbaik la kau ni.
Kau gaduh dengan 'dia', kau cari aku. Kau baik dgn 'dia', kau tak ingat aku.
Kelakar pulak! Aku sayang sangat kat kau. Sayang sangat-sangat.
Aku tak sampai hati nak biar kau menangis sorang-sorang bila 'dia' sakitkan hati kau.
Aku borak dengan kau, aku bergurau dengan kau, aku pujuk kau.
And now? Apa yang aku dapat?! Sengal la kau ni!
Camni kau kata aku kawan kau? Cmon la, aku benci dengan kau!!
Dan aku benci dengan diri sendiri jugak sebab aku tak mampu nak biar kau sedih!!
Kenapa kau perlu wujud dalam hidup aku? Aku sakit hati sangat dengan cara kau "TEMAN".

Korang, aku tak sempurna.
Aku tahu. Aku tak layak untuk menasihati sesiapa.
Aku manusia biasa jugak. Ada hati. Ada perasaan. Paling penting.
Aku ada rasa MARAH. SUKA. SEDIH. SAYANG~
Jangan bila korang semua asyik lihat aku ketawa tanda aku tiada masalah.
Sebenarnya, saat paling banyak aku ketawa. Saat itu masalah yg sarat aku sedang tanggung.

Aku teringat dengan soalan yg ditanya oleh salah seorang teman aku.
Dia pernah soal, kenapa aku macam mengelak bila dia mula borak tentang 'cinta', 'pasangan', 'couple' atau yang seangkatan dengannya. Maaf teman, soalan kau tu aku hanya mampu balas dengan ketawa sahaja. Aku tak mampu nak cakap. Hati aku sakit kerana lelaki. Laluan hidup aku banyak menemukan aku dengan lelaki yang hanya tahu mengsengsarakan hidup perempuan. Walau tidak semuanya, tapi kebanyakannya begitulah. Aku cuba, cuba buang rasa benci itu. Tapi aku belum jumpa seorang lelaki yang mampu membuatkan aku berfikir "Oh! Dia memang terbaik". Aku bukan mencari kesempurnaan, aku cuma harap dapat menjumpai seseorang yang boleh membuatkan aku ini sempurna.

Sudahlah korang.
Korang doakanlah yg terbaik utk jalan aku, adik aku, sepupu aku, teman aku dan semua yg berada disekeliling aku ye. Semoga aku terus istiqamah dijalanNya.
Cukuplah dengan hanya cintaNya dihati aku~

Wassalam . . .

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik