- Kamu mengetahui yang kamu merindui seseorang apabila jantung berdegup pantas ketika teringatkan dia. Walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang. Ulasannya : - Kamu mungkin menaruh hati kepadanya, cuma tidak menyedari ataupun kamu tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.
- Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu "sweet", saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya. Ulasannya :- Seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.
- Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi di atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Ulasannya : - Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali.
- Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu, jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu. Ulasannya : - Hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.
- Ada dua titis air mata mengalir disebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya...kamu pula?" Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja." Ulasannya :- Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang berlalu begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkan atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita, kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.
- Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yang bakal kita sayangi, tetapi jauh disudut hati, kita tahu orang yang kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!). Ulasannya : - Kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.
*Artikel ini dipetik daripada Mag Dara.com keluaran Feb 2010 edisi 92 dalam ruangan Tip Cinta.
2 comments:
wah...bayaknyer tips...;)
Mai,
tak salah berkongsi kan?
hehe
Post a Comment