Alhamdullah.
Kandungan aku dah mencecah usia 7 bulan.
Baby pun kian membesar.
Perut kian membulat.
Pipi kian menggebu.
Dan syukur sebab alahan dah menghilang.
Selera makan dah bertambah-tambah.
Tinggal lebih kurang 2 bulan lagi untuk anak sulung aku lahir ke dunia. InsyaAllah.
Jantina bayi pun aku dah tahu.
Paling teruja, suami aku lah.
Sebab dia memang nak jantina bayi itu.
Aku?
Tak kisah pun.
Janji anak ini sihat walafiat dan sempurna sifatnya. Alhamdulillah dah.
Sekarang ni pun target aku cuma nak siapkan simpanan untuk anak, in case apa-apa terjadi pada aku nanti. Sekurangnya masa depan dia terjamin sikit.
Oklah. Setakat ini je la yang aku nak update dulu. InsyaAllah nanti ada masa, akan aku try update lagi.
Btw, selamat berpuasa ya semua. ☺
No comments:
Post a Comment