Pages

18 June 2014

. FEELHONEY: WANITA ISTIMEWA .

.
Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera semua.

Kali ni cheq nak review sikit tentang album Feelhoney Wanita Istimewa yang masih lagi panas di pasaran.
Actually, cheq mengenali ahli-ahli kumpulan ni semasa mereka masih lagi bergelar penuntut di Universiti Malaya.

Feelhoney ni dianggotai oleh Bie, Matt, Kimo, Amin dan Anip.



Penantian cheq untuk melihat album ini terhasil, adalah dalam 4-5 tahun jugak. Dan alhamdulillah. Akhirnya hari ni, cheq dapat jugak dengar lagu-lagu mereka versi penuh. Jauh jugak la perjalanan mereka dalam penghasilan album ni. Bak kata cheq, sesuatu yang berbaloi bukan mudah untuk dihasilkan. Ia memerlukan ketelitian yang penuh untuk memuaskan hati. Syukur.



Lagu-lagu yang terkandung dalam album ni, adalah :-

1. Wanita Istimewa
    "Kerna wanita berhak untuk bahagia, bukan dicipta untuk selalu derita. Sayangi dia, cintakan dia..Kerna wanita istimewa"
2. Bukan Kekasih Biasa
    "Namamu selalu ada dalam setiap doa-doaku, kaulah kekasih selalu kurindu..Kau bukanlah kekasih biasa. Dikau pernah menangis merisaukan nasib diri kami..Kau selalu berdoa untuk kami, ku salut cintamu kekasih"
3. Curang
    "MencariMU hanya bila ku rindu, mula bersujud hanya bila ku perlu. Namu bila Kau beriku cinta, panggilanMU tak pernah aku dengar"
4. Cinta Jarak Jauh
    "Wahai cinta jarak jauhku, ku harap kamu bahagia selalu. Sampaikan cinta ku juga pada papa katakan ku baik saja.. Wahai cinta jarak jauhku, ketulusanmu itu kekuatanku. Kan ku kembali buktikan oh cintaku mencapai doa dalam hatimu ... mamaku"
5. Merindukanmu
   "Jarang ku ucapkan kata cinta pada kamu ibu bapaku dan bertanyakan apa khabarmu..KU ingin kau tahu bahawa aku merindukanmu..merindukanmu..merindukanmu..merindukanmu..Sayang kamu selalu"
6. Doa Terakhir
    "Tak layakkah ku cium syurgaMU yang Kau firmankan di dalam kitabMU.. Sempatkah ku mendapat ampunMU di kamar ini ku merayu...ku merayu'
7. Sekadar Lelaki Biasa
    "Cintaku tak bererti memiliki cukup sekadar doa bahagia ku untuknya"
8. 10 Sen
    "Bila duit masuk kau jadi penderma tegar di pasaraya..Ribu ribu pun kau tak kisah, asal up to date comel bergaya..Langsung kau tidak fikir nasib orang yang susah"


Kalau hampa minta cheq beritahu lagu apa yang paling best dalam album ni, cheq nak pilih semuanya. Boleh macam tu? Aci la kan? Hehehe. Betul. Cheq habaq berbaloi kalau hampa dapatkan album ni. Sambil mendengar muzik, sambil hayati lirik.

Apa? Taktahu macam nak dapatkan album ni?

Cara Mendapatkan Album ini? Ada 2 cara!
Bagi yang ingin mendapatkan CD album ini, senang saja. Emelkan:

-NAMA,
-NO TELEFON,
-ALAMAT,
-JUMLAH TEMPAHAN dan
-BUKTI PEMBAYARAN (bank transfer, atm dll)
Ke emel:

kamifeelhoney@gmail.com

Atau PM mereka di facebook fanpage Feelhoney

HARGA ALBUM : RM 25.00 (RM1 akan disumbangkan ke Tabung Aman Palestin)

Jadi, order sekarang!

Sebelum tu, mari dengar dulu prebiu lagu-lagu dalam album ni di youtube Bie .

Atau di sini :-



Layan.

Sekian dahulu. Sambil menaip entri ni, sambil mendengar lagu-lagu dari album ini. Ulang-ulang dan ulang.

Bak kata Mei Mei dalam Upin Ipin, 'Saya suka, saya suka'

Hehehe.

Sekian.

With love,
.
     

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik