Pages

13 April 2012

. BICARA HATI #17 .


.
.
Anak emas.

Aku bukan 'anak emas' bos aku.

Kalau aku anak emas,
Meja aku takkan menimbun dengan kerja yang datelinenya semua sama.
Tiap masa, aku akan goyang kaki saja.
Tak payah risau jika bos nak kata apa.

Aku bukan anak emas.
Percayalah.
Aku pun kena marah jika ada kesilapan.
Aku pun kena maki bila buat kesalahan
Aku pun dibebani dengan tekanan.
Bos aku mungkin nampak macam sayang aku lebih.
Tapi korang percayalah. 
Dia layan aku sama macam dia layan korang semua.

Memang sebak.
Aku dah tak tertahan tadi.
Suatu perasaan yang aku sendiri tak jangka.
Aku tak mampu nak berkata apa.

Tersepit antara bos, rakan sekerja dan luahan rasa.
Maaf.
Aku tak mampu nak pertahankan diri sendiri.
Aku tak nak rosakkan suasana tempat aku mencari rezeki.
Sebolehnya aku cuba menjaga hubungan baik dengan semua orang.

Aku selalu cakap pada diri sendiri.
"Kau merungutlah macam mana banyak pun keja kau diela, nak tak nak kau kena buat jugak. Dia bos, kau staf. Jadi terima je dengan hati terbuka"
"Kau bukan buat kerja dengan percuma diela. Kau dibayar gaji. Duit tu nanti lah yang kau nak jawab kat akhirat nanti"
 
Benar kata Kak Dah,
Aku senang dibuli.
Tapi aku tak pernah anggap begitu.
Pada aku, saat aku dengan rasminya diletakkan ditempat aku berkhidmat sekarang.
Walaupun ianya bukan pilihan aku.
Aku kena bekerja dengan seikhlasnya.
Itu dah aku tetapkan dalam hati.

Yang banyak membentuk aku sekarang, pastinya Kak Dah.
Walau dah 2 tahun (rasanyala. ingat-ingat lupa sudah :p) dia bersara. 
Tapi tiap pesanan dia masih segar dalam ingatan ni.
"Diela, buat baik dengan orang. Diela, catit setiap apa arahan diterima. Diela, lawan skit kalau orang buli"
Ya Kak Dah, sesungguhnya setiap hari. 
Semangat bekerja Kak Dah yang buat saya masih kekal di sini. (dengan izinNYA)

Alhamdulillah. hampir 3 tahun aku berkhidmat dengan bos aku.
Marah, gembira, sedih, suka.
Semuanya dah aku lalui disini.
Terus terang, tu semua mengajara aku tentang erti.
Jangan mudah berputus asa. Tak semua orang akan suka kita.
Tapi sekurangnya kita dah cuba membahagiakan mereka.
Itu lebih bermakna.

Aku pun tak sempurna.
Tapi apa yang aku kata ni, untuk peringatan diri sendiri juga.
Sebelum kita menuding jari meletakkan kesalahan atas kepala orang lain.
Tanya hati kita. Tanya diri kita.
Apa kita dah buat untuk semua orang boleh menerima kita?

Bila ditengok, baca pulak yang aku bicarakan.
Alamak. Ok. Klik 'Publish'.
Sambung buat kerja.

Btw, salam jumaat buat semua.

Assalamualaikum.



  

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik