Pages

23 February 2012

. GADIS 'BISU' dan JEJAKA 'BUTA' .




Gadis bisu..
Hatinya mencintai dia..Tanpa pernah jemu..
Hati dia sentiasa mendambakan kehadirannya..
Cinta itu tak pernah di sangka akan membuatkan dirinya sakit sekali.
Selalu menangis sendiri.
Jangan.  Jangan sangka dia ini adalah hamba cinta.
Kerna dia sendiri  tidak berdaya membuang rasa yang bercambah dihati.
Sungguh.  Kesakitan membuang rasa cinta itu amat sekali.
Maka. Biarkan. Biarkanlah gadis bisu menyayangi dia dari dalam hati.
Mencintai dia seikhlas hati.

Jejaka buta..
Tidakkah kau tahu. Hati dia menyayangi kau..
Hati dia mencintai kau. Hatinya berharap memiliki kau..
Melihat kau bersilih ganti pasangan..Membuatkan hati dia tergores dengan dalam sekali..
Bagai dirinya tak bermakna disisi kau.
Kerna apa? Kerna dia tidak menjadi pilihan kau..
Sedih melihat kau, tidak menyedari kewujudan dia. .
Kenapa kau sanggup.. Sanggup biarkan dia terus melukakan hati dia dengan menanti kau..
Tidakkah kau mengerti, walau sekali?

Hakikatnya..
Gadis bisu tidak mampu meluahkan apa yang dirasakannya..
Kerna dia tidak sanggup untuk ditolak dengan jelas sekali..
Maka, dia hanya mampu menjadi seseorang yang mencintai hanya didalam hati..
Mengharapkan nanti yang dicintai akan mengerti…

Hakikatnya juga..
Jejaka buta tidak pernah nampak  apa isi hati gadis yang mencintainya..
Atau mungkin juga dia sengaja tidak mahu mengerti..
Maka, dia lebih memilih gadis-gadis lain dari bersama-sama dengan gadis yang selalu menemaninya..
Mungkin dia bimbang akan mengecewakan gadis itu nanti..


    

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik