Pages

01 November 2011

. SUDAH JATUH MENIMPA TANGGA .

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera semua :)
1.11.11.
Tarikh yang cantik kan?
Tapi tarikh ni, saya takkan lupa. InsyaALLAH.

Hari ni dalam sejarah. Sesuatu yang saya kira 'tidak bertuah' terjadi pada saya T__T
Nak tahu apakah?
Hari ni, sepatutnya tempat kerja saya ada handle satu program melibatkan wakil-wakil dari Pusat Pengajian di USM. 
Program ni bermula dengan pendaftaran jam 8.30 pagi.
Saya ni dengan semangat la bangun pagi awal, siap berjubah PINK lagi kan.
Yelah, favourite colour saya kan? Hehehe
Pukul 8.15 pagi saya dah terpacak kat dewan program. 
Dekat pukul 8.30 pagi, saya ternampaklah beberapa orang lagi rakan sy melambai sy sambil minta tolong untuk angkat barang program.
Saya pun dengan tidak 'mengontrol' ayu, lambai la balik pada dorang sambil berjalan nak menuruni anak tangga.
Dan entah macam mana, dengan tidak ku sangka serta tidak ku duga.
Macam nangka busuk saya terjatuh! MALU!!! :(.
Nasib saya kira baik, kerana tangan kiri saya masih berpaut pada palang besi tangga kerna jika tidak, pastinya saya akan meluncur jatuh ke bawah terus.
YaALLAH korang. Masa saya jatuh tu kan.Saya tak fikir sakit dah.
Saya cuma risau kalau kain saya ada terkoyak di mana-mana. Tapi alhamdulillah. Nasib takde.
Tapi kan korang, memang malu la masa tu. Nasib masa tu awal pagi dan orang pun tak ramai lagi.
Dan nasib baik jugak, kebiasaannya. Bila saya pakai jubah, saya akan turut pakai seluar a.k.a legging di dalam sebab kadang2 kita tak selesa nak selak kain masa lalu becak ke, ternampak la betis kita ni. kan? Sebab itu la saya pakai legging di dalam.
Kira masa kain jubah saya terselak masa saya jatuh tangga, alhamdulillah legging saya melindung kaki saya dari luka teruk dan dari pandangan seorang pensyarah yang kebetulan lalu di sebelah saya masa tu.
Seharian hari ni, saya tahan je sakit kaki saya. 
Jalan terjengkit-jengkit. Lutut lebam. Bawah lutut membengkak.
Alhamdulillah, DIA bagi saya kekuatan untuk terus bertahan sehingga program ni selesai.
Syukur sangat-sangat :)

Oklah korang.
Dah masuk bulan November ni. Sekejap je saya rasa masa berlalu. 
Dah nak masuk usia 24 tahun dan calon masih tiada. *sabor je lah*
InsyaALLAH, DIA dah jadikan setiap hambaNYA berpasangan, cuma cepat atau lambat aje untuk kita jumpa pasangan kita tu. Doa aje lah semoga diberikan yang terbaik. Kan?
Tetiba kan korang, saya ter-PLAY lagu ni di youtube.
Lagu yang mengingatkan saya pada seseorang. 

:: SAMSONS - KENANGAN TERINDAH ::


 
"Melupakan seseorang yang tidak mahu dilupakan memang payah. Memang benar masa itu penyembuh. Tetapi bukan pada masa yang singkat"

p/s : Liriknya korang google sendiri la ea? Hehe :)
Papai!! :)




No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik