Pages

27 October 2011

. BICARA HATI 4 .


Assalamualaikum WBT dan selamat malam semua :)

Saya cuba, tapi langkah ni terlalu berat untuk meneruskan.
Sungguh. Saya macam keliru.
Kenapa susah sangat saya nak lepaskan dia?
Saya cemburu. saya sedih. saya marah.
Sebab saya tak dipedulikan. sebab dia tak kisah dipedulikan.

Entah. entah dan entah.
Jangan tanya kenapa.
Kenapa saya boleh terSUKA atau lebih tepat terSAYANG pada dia.
Dia yang saya kenal secara tiba-tiba.
Entah macam mana hati ini boleh terpaut sayang pulak.
Pelik kan? Sebab selama ini, saya dah anggap dia macam kawan.
Bergurau dengan dia pun, macam saya bergurau dengan kawan-kawan lain. Aish.
Sabor je la.

Sehingga sekarang. 
Saya tak tahu kenapa dan saya pun takde jawapan untuk itu.
Lalu, saya biarkan sahaja rasa yang ada ni.
Dia datang secara tiba-tiba dan mungkin jugak ia akan pergi dengan tiba-tiba.
Soal jodoh, hati dan perasaan.
Semuanya saya serahkan pada DIA.
DIA LEBIH MENGETAHUI akan rasa ini.


"Ya ALLAH, KAU kuatkanlah hatiku. Berikanlah aku ketabahan untuk terus mengharungi segala aturanMU. Jangan KAU lemahkan hatiku hanya kerana cinta. Aku redha dengan tiap ketentuanMU. Jangan KAU jadikan cinta dihatiku untuk seorang lelaki melebihi cintaku terhadapMU. Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU Yang Maha Agung dihatiku"

Ameen.

......................................

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

OST Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira.
(Filem Ombak Rindu ini diadaptasi dari Novel Popular "Ombak Rindu" yang bakal keluar di pawagam pada 1 Disember 2011 nanti)

p/s : Fuzah, kalau terbaca entri ini. Nasihatkanlah teman hang ni skit ye :((


    

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik