Pages

30 June 2011

. SESEKALI TERINGAT .

 Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera :)

Hati Si Rama-rama . . .

Kisah lalu . . .
Ketika saya keluar dengan teman baik saya (wanita).
Sahabat dari tadika sehinggalah tamat sekolah menengah katanya.
Tidak ke mana pun, cuma dia temankan saya beli barang, pegi makan dan jalan-jalan di pekan kawasan kampung saya.
Tidak terniat saya untuk bawak dia, tetapi dia cakap dah bosan duduk di rumah.
Maka, saya bawak la dia sebagai peneman borak saya.
Tidak sampai 2 jam rasanya dia keluar bersama saya. 
Saya dapat satu panggilan telefon, dan tanpa memberi salam, si pemanggil terus berkata :

"Kau bawak *xxxx* ke mana ha?! Kau balik skang, dasar kaki rayau. Kau balik skrg sblm aku hempuk kau .... !" 

Saya terus matikan talian sebab tak sanggup nak dengar ayat seterusnya. No dan orang yang sama terus menerus call sy tika itu. Air muka saya terus berubah dan kawan saya tu perasan akan perubahan itu. Dia macam tahu siapa yg call saya sebentar tadi. Mungkin. Lalu saya terus bawak dia balik sebab tak nak lihat mereka gaduh atas sebab remeh-temeh. Saya sangkakan, perkara itu berhenti setakat itu. Malangnya saya terlalu berfikir positif. Sewaktu memandu pulang, saya terima SMS berbunyi begini :

"Kau jgn nak kurang ajar sgt! Aku call, kau jawab la. Bodo ke hape? Kau jgn nak ajar buat bukan2. Karang teruk kau kena dgn aku, jalang oi"

Saya terkejut, memang diri ini terkejut sangat. Apa kawan saya tu, tak beritahu ke mana saya dan dia pergi? Atau lelaki ini sememangnya tidak mahu dengar penjelasan kawan saya ini? Terdetik jugak di hati nak membalas mesej tu. Tapi, berat jari ini nak menaip butang-butang keypad handphone saat itu. Jadi, mesej itu saya biarkan tidak berbalas.

Perkara ini tidak terhenti sampai mesej itu. Ada lagi 3-4 mesej yang berbaur ugutan dihantar pada saya. Antaranya :

"Kau memang sengaja cari pasal kan? Kau suruh *xxxx* on handphone dia sekarang!!"

"Baik kau cakap betul-betul! Kau dengan *xxxx* ke mana? Jangan sampai aku jumpa kau, siap kau aku belasah!"

"Kurang ajar kau kan? Aku doakan kau mati dalam kemalangan dahsyat!! Tengokla!!"

Saya tidak tahu, apa yang harus saya balas dengan lelaki yang saya tidak kenal ini. Salah saya ke bila saya bawak kawan baik saya keluar. Saya dapat rasa, kawan saya tidak menerangkan apa-apa pada kekasihnya itu. Jika tidak, mengapa lelaki itu menggila pada saya? Memaki hamun, menyumpah seranah. Saya memang risau. Sehingga saya forwardkan mesej yang menyumpah seranah itu pada teman-teman rapat saya, mohon doakan kesejahteraan saya. Hati mana tidak sedih? Disebabkan lelaki ini, hubungan saya dengan kawan baik saya ini renggang. Saya tak mampu memaafkan kata-kata lelaki itu yang saya kira agak tak bertamadun. Sedarlah, anda saat itu baru kekasihnya. Bukan TUNANG, SUAMI mahupun AYAH kepada kawan saya itu. Tapi sikap dan baran itu, buatkan saya tak akan boleh berhadapan dengan anda.

Sehingga kini, saya masih tak boleh melupakan perkara itu.
Malahan, saat hari pertunangan kawan baik saya ini dengan lelaki itu. Tidak saya munculkan rupa dan tiada SMS ucapan tahniah mahupun panggilan telefon untuk dia. Biarlah, biarlah kehilangan kawan baik. Asalkan dia bahagia dengan lelaki itu. Hampir setahun perkara ini berlarutan. Aku menerima perkhabaran, mereka bakal mendirikan perkahwinan tanggal 2 Julai ini. Dan kawan baik saya memesan, kehadiran saya adalah WAJIB. 
Secara jujurnya, hati ini benar-benar ingin pergi melihat dengan mata sendiri akan persandingan kawan baik saya ini. Tapi sebahagian minda ini masih mengingati kata-kata lelaki itu. Lalu, bagaimanakah? Terdetik jugak, untuk bawak seseorang temankan saya ke walimatul urus tersebut. Tapi siapakah yang sudi berpasangan dengan saya? 

Kita tunggu dan lihat sajalah bagaimana nanti. Doakan saya.

Wassalam..
 


:: Don't waste your time looking back on what you've lost. Life isn't meant to be travelled backwards ::


1 comment:

famjad89 said...

sabarlah akak.. sy xske org mcm tu.. laki @ pmpuan.. org mcm tu.. sy pngl.. BANGANG!!!

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik