Pages

28 April 2011

. PERTEMUAN & PERPISAHAN .

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera :)

Terima kasih sahabat.
Terima kasih teman.
Terima kasih kawan.

Kerana sentiasa ada dengan saya saat saya memerlukan kamu disisi.
Kerana tak pernah mengenal erti jemu berkongsi cerita kamu dengan saya.
Kerana sering menasihati dan membimbing saya tanpa lelah dihati.
Kerana hadir menemani tanpa mengenal masa.

Perjalanan yang masih jauh.
Langkah yang masih panjang.
Akan terasa sukarnya kini.

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahannya.
Setiap aturan DIA, pasti punya hikmah disebaliknya.
Aku bersyukur, mengenali kamu.

Maaf teman, andai pertemuan terakhir tadi tidak seperti yang dijangka.
Saya tak mampu memeluk kamu.
Kerana saya pasti akan kalah dengan air mata ini nanti.
Tapi percayalah, sayu dihati saat melihat lambaian tangan kamu tetap dirasai.

Saya sering memikirkan.
Dengan siapalah saya nak bersarapan selepas ini.
Dengan siapalah saya nak berjalan ke Anjung Budi selepas ini.
Dengan siapalah saya nak menumpang jika perlu kerja lebih masa selepas ini.
Dengan siapalah saya nak minta nasihat tentang kerja selepas ini.
Dan.
Dengan siapalah saya nak mengadu duka lara lagi, selepas ini.

Namun, saya perlu redha.
Kamu punya jalan kamu sendiri.
Jalan yang dah diatur olehNya.
Saya sepatutnya masih gembira.
Walaupun, kita dah berpisah. Namun kita masih boleh berjumpa. Biarpun tidak selalu.
Aku berdoa teman.
Berdoa dan mengharapkan yang terbaik untukmu.
Terima kasih kerana telah menjadi seorang teman yang baik pada saya.
Dan semoga sahaja ukhwah kita masih berkekalan.
InsyaAllah.



*THANKS MAHFUZAH* 

P/S : Tidaklah kita dapat mengenal orang lain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.



           

2 comments:

FuzAma said...

sewaktu kau bercita2 utk pergi,jujurnya aku sangat keberatan. tapi melihat sinar kesungguhan & bahagia di matamu, aku redha dgn segala ketentuan akan sebuah perpisahan.

Namun, Allah Maha Pengasih yg mahukan aku pergi dulu sebelummu. percayalah teman. ini kehendak DIA. yg pasti tersembunyi sejuta hikmah. kerna perpisahan kita hanya pada jasad dan jarak. bukan pada hati dan kenangan.

Teman,Aku yakin Allah pasti ada ganti untukmu. jika tidak cukup saja DIA utkmu. dan ketahuilah kau bahwa antara salah satu drpd 7 golongan yg akan mendapat naungan Allah sms hari akhirat kelak adalah dua saudara yg saling mengasihi dan mencintai kerna Allah..bertemu kerna Allah...berpisah kerna Allah...

maka, tenang dan bahagialah sahabatku kerna kita sedang diberikan kesempatan utk berada antara golongan tersebut.aminnn...

InsyaAllah... :)

~M.i.z.D.i.e.L.a~ said...

InsyaAllah teman.
Terima kasih utk segalanya.
Halalkan segala makan dan minum serta segala perbuatan diri ini.
T_T

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik