Pages

07 April 2011

.KISAH ITU.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera semua :)

Diam tak diam dah masuk bulan April kan?
Kejap je masa berlalu.
Ada 2 berita baik yang ingin saya kongsikan dengan anda semua.

 (: PERTAMA :) 
Tanggal 31 Mac 2011 yang lalu.
Kakak ipar saya selamat melahirkan anak sulung beliau.
Secara tak langsungnya baby tersebut adalah anak saudara sulung keluarga saya dan cucu pertama ibu saya.
ADAM AZZAQUAN BIN NOOR KHAMARUL RIEZA
Bakal menjadi penyeri keluarga saya.
Sukanya saya, kerana sekurang-kurangnya dengan kehadiran Adam, pastinya ia akan buatkan saya lebih bahagia (i really love kids!).
Kalau tak kerana beban tugas yang menggunung, mahunya saya ambil cuti dalam seminggu-dua semata-mata untuk menjaga Adam.
Sabar ye Adam, nanti mak ngah pergi jumpa kamu!
Tak sabar nak peluk cium kamu!!

p/s : Nanti saya upload pic Adam ye :)

(: KEDUA :)
Alhamdulillah!!
Bos saya menunaikan janjinya!
Surat dan Kad Jemputan Majlis Penyampaian APC 2010 telah saya terima pada 4 April 2011 yang lalu.
*Terdiam* 
*Terharu*
*Tergamam*
Serius!
Buka2 je envelope surat tu, air mata kesyukuran terus mengalir.
Terima kasih atas rezeki pemberianMu ya Allah.
Terima kasih pada ibu saya yg memilih jalan ini utk saya.
Terima kasih buat Kak Dah yang banyak membentuk saya menjadi seperti sekarang.
Terima kasih buat semua teman-teman :)
* Syukur *

.Sekian.
-WASSALAM-







No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik