Pages

27 April 2011

. BUANG BAYI vs KAKI PUKUL .

Assalamualaikum WBT  dan Salam Sejahtera,

Membaca surat khabar Utusan hari ni, bertarikh 27/04/2011.
Untuk sisipan kecil, muka depannya membuatkan saya tergamam.
"MUDAHNYA MENGGUGURKAN BAYI"

Kenapa?

Mengapa?

Bagaimana?

Saya tak tahu di mana rasa perikemanusiaan mereka..
Saya tak tahu di mana naluri bergelar seorang IBU buat mereka.

Saya tahu manusia tak lepas dari melakukan kesilapan.
Tapi janganlah jadikan kesilapan lepas sebagai pakej untuk kita terus mengulangi kesalahan yang sama.

4 kali melakukan pengguguran bayi.
Seorang ibu membayar bakal ibu, untuk melakukan pengguguran bayi.

Astaghfirullah alazim. Astaghfirullah alazim. Astaghfirullah alazim.

Seorang suami, membelasah isteri yang sedang hamil.
Seorang bapa mendera anak.
Seorang kekasih, memukul  cinta hatinya.

Tahukah kamu, kaum Adam.
Bahawasanya, kaum Adam dicipta untuk melindungi Hawa.
Tetapi segelintir kaum Adam menunjukkan kegagahannya dengan memukul kaum Hawa.
Segelintir kaum Adam jugak menunjukkan rasa cintanya pada Hawa dengan membelasah dia.

Tapi masih cintakah Hawa pada Adam, jika tamparan, sepak terajang yang menjadi tanda cinta mereka?
Masih sayangkah Hawa pada Adam, jika lebam dan luka yang menjadi tanda cinta mereka?

Sedarlah Adam dan Hawa,
Lelaki yang pukul wanita tu tak macho, tapi ego!
Lelaki yang beriman pasti tahu, memukul wanita itu adalah satu dosa!


"Bila anda mengharapkan cinta, kasih sayang, pujian, kejayaan, kegembiraan dan pengiktirafan daripada insan lain, anda akan putus asa. Satu-satunya cara untuk anda menikmati hidup yang tenang dan penuh makna ialah dengan meletakkan harapan semata-mata kepada Allah. Di dalam Al-Quran Allah berfirman: 'Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.' Surah Ar-Ra'd: 28.'"




YaAllah, mohon jauhkan sesuatu yang tidak baik untuk aku, keluarga aku, teman2 rapat aku dan mereka yang aku kenali.
YaAllah, berikanlah hidayah kepada mereka masih mencari.
YaAllah, sentiasa indahkan sabar dihatiku ini dalam menhadapi tiap2 ujianMu.
YaAllah, permudahkanlah tiap langkahku.
Hanya KAU lebih memahami dan mengetahui keadaanku.
Tiap-tiap aturanMu, pastilah yang terbaik untukku.
InsyaAllah. InsyaAllah. InsyaAllah.
Ameen.


p/s : jangan lah ditanya mengapa saya tersenyum , biarkan saya tersenyum selagi saya mampu melontarkan senyuman .. senyuman yang dilontarkan sekadar mengubati kedukaan di hati ♥


             

1 comment:

picairin said...

dunia akhir zaman...

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik