Pages

07 December 2010

. BICARA AIDILA .

Aku bicara kata sayang.
Namun apa yang kau faham, hanya songsang.
Aku bicara kata rindu.
Tapi apa yang kau faham, hanya beku.
Aku bicara kata cinta.
Jawapannya masih hampa, hanya yang biasa.
Aku ingin memahami.
Cara sayang darimu untukku.
Aku ingin melihat.
Luahan rindumu untukku.
Aku ingin selami.
Rasa cinta dari hatimu, pada aku.
Namun apa yang ku ketemu.
Semuanya BUNTU.
Lalu aku cuma rasa LESU.
Bila kau semakin memBISU.
Aku takkan lelah.
Biar aku nampak seperti mengalah.
Aku takkan kecewa.
Biar aku kelihatan seperti merana.
Aku cuba.
Cuba menghadapi semuanya dalam senyuman yg terukir d rupa.
Kerana aku pasti, setiap kisah itu.
Adalah ketentuan dariNya.
Dan aku pasti. DIA hanya mahu yang terbaik untuk hambaNya.
Aku menyayanginya.
Tapi aku tahu aku bukan yg terbaik untuk dia.
Dan aku mengetahui akan kenyataan itu~
Hak Rasmi : Nur Aidila Mohd Lokman ;)

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik