Pages

19 October 2010

. Sesejuk Maaf Di Kalbu .

...Assalamualaikum WBT...
Lebih kurang jam 8.00 malam~
"Tiba masa untukku pergi, melangkah pergi dari sini"
Handphone Nokia X3 aku berbunyi, menandakan ada satu mesej baru masuk.
Laju aku bangun meninggalkan game facebook, untuk ambil handphone aku yang berada dalam bilik.
Nama penghantar mesej tertera. *sangat terkejut*
Dalam hati bertanya, apa dia mahu agaknya.
Memang dah rasa sangat tak sedap hati dari petang tu lagi.
Tapi aku abaikan je, sebab tak mahu ikutkan perasaan sangat~
Lalu mesej aku baca.
Rasa macam mahu menangis.
Menangis bukan kerana terharu.
Tapi kerana hati yang sakit~
Aku tak tergamak nak kongsikan isi mesej itu dengan korang semua.
Cukuplah.
Aku tak mahu satu dunia tahu apa jadi pada aku.
Biarlah blog ini menjadi tempat aku luahkan rasa aku.
Ya, ini blog aku.
Biarlah ia digelar blog jiwang. blog sedih ke.
Biarlah. Asalkan rasa hati ini puas~
Berbalik pada mesej yang aku terima itu.
Ya, orang yang hantar mesej itu memang cukup rapat dengan aku satu masa dulu.
Cukup rapat sehingga dia pernah menjadi sebahagian dari hidup aku.
Aku fikir, semuanya dah selesai.
Tapi masih juga rasa yang dia simpan dalam hati.
Rasa tak puas hati~
Mesej kau. Menyalahkan aku.
Mesej kau. Mengata aku.
Mesej kau. Menghina aku.
Ya. menghina!
Kau kata aku *^*&%&^$^& . Kau cakap aku &^$%^^%^#^*.
Yang semuanya adalah rancangan aku. Huh!
Gila ke?
Ketika itu dalam hati aku cuma mampu berkata.
"Ya, pilihan aku adalah tepat!"
Sekarang aku amat yakin.
Mesej kau aku biarkan, kerana.
Aku masih tahu hormatkan orang yang aku pernah sayang.
-tamat kisah semalam-
Tup. tup.
Lebih kurang jam 9 malam tadi.
Sekali lagi, lagu Bukan Disini nyanyian SOFAZ berbunyi.
Satu mesej baru masuk.
Aku tak peduli lagi mesej itu, kerana asyik mendengar lagu itu yang berbunyi (favourite song :D )
Aku juga mengandaikan mesej itu mungkin dari Q atau Kak Ween kerana aku ligat ber SMS dengan mereka petang tadi.
Tepat jam 10.30 malam.
Aku bangun mencapai handphone aku tue.
Sekali lagi. Nama yang membenci aku dalam hidupnya SMS aku.
Berfikir positif.
Mungkin mesej mahu minta maaf sebab mesej menghina aku semalam.
Sangkaan aku silap.
Jauh benar menyimpang pemikiran positif aku itu.
Kau benar-benar mahu menguji perasaan aku kan?
Aku pernah mengganggu hidup kau ke?
Aku ada berhutang dengan kau ke?
Aku ada mengutuk kau ke?
Rasa ingatan aku la. TIADA!
Tapi apa masalah kau ye? Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku?
Aku andaikan semua masalah yang menjadi isu antara kita dah diselesaikan keluarga kita.
Ya, dah jelas kan?
Tapi kau masih tak faham ke?
Kenapa kau masih mencari aku? menghina aku?
Sebab perempuan tu dah tinggalkan kau ke?
Ingat! Aku pernah cakap.
Sekali kau buat kat aku. Seribu kali Allah akan membalasnya.
Ingat! Doa orang teraniaya selalu dimakbulkan. InsyaAllah~
Aku tak minta banyak. Aku tak minta semuanya.
Cuma aku nak. Kau pergi jauh dari hidup aku.
Kan kau yang cakap. Kau bolehla hidup tanpa aku.
Ya, mungkin masa kau cakap tu, perempuan tu masih "setia" dengan kau. Hahaha.
Aku tak nak bergaduh. Tolonglah.
Jadi matang. bukan binatang!
Aku pun manusia biasa. Ada kelemahan aku.
Ada perasaan jugak. Kau kena ingat tu.
Aku tak minta pun semua yang kita rancangkan masa bahagia jadi macam sekarang ini.
Ini semua takdir. Yakinlah dengan Qada' dan Qadar dariNya.
Buka mata kau tu~
Aku harap ini adalah post terakhir aku, mengenai kau.
Aku harap kau tidak lagi muncul dalam hidup aku. walau dalam mimpi pun!
Maaf la teman-teman kerana terpaksa baca luahan hati aku ini~
Wassalam.



. Setiap kesedihan pasti akan ada penghujungnya. Keadaan apa pun yang dialami kini, pasti berganti dengan keadaan yang lainnya .




8 comments:

~missinglollipop~ said...

sbar jelah...
stiap bnd yg jd de hikmahnye...
jgn d lyn org mcm 2..egonye tinggi menggunung...asyik nk slhkan org lain..

but it's ok...as long as we know who we r...

~M.i.z.D.i.e.L.a~ said...

Ika,

emm. itu la.
smpai duit yg RM3500 tu pun dia ungkit. dia tak tau yg kami tak amek sesen pun duit tu.
sengal btul.

emm. nway, thanx k. terkejut tgk nick missinglollipop. ingatkan siapa tadi.huhu

Mysara Ab Rahman said...

sabar ye kak..
org ni mmg mcm2...
yg pntg akak kne kuat...:)

~M.i.z.D.i.e.L.a~ said...

mai,
thanx yunk.
emm.insyaAllah. doakan yg terbaik utk akk ye :)

~missinglollipop~ said...

bru smlm try bkk blog...b4 nie lupe password..hehe

duit 2 smua dh bg blik kat family die ek?kene byr double ke ek?

sori coz tny bnd2 cmni...i'm not really know d whole story...

~M.i.z.D.i.e.L.a~ said...

ika,
takpe. duit and suma brg2 hantaran ritu family dia ckp tak pyh pulangkan. kira burn sbb salah mereka.

masalahnya, duit tu. satu sen pun kami tak amik. sumanya kami bg mak ndak termasuk cincin. tp tak lau la apa yg dia tak puas hati sgt.

~missinglollipop~ said...

mayb sbb die tau slh die tp die ego..nk slhkan org len jgk...xnk mngaku slh sndiri...

yang dikejar x dpt, yang dikendong berciciran...

~M.i.z.D.i.e.L.a~ said...

ika,
ntahla. dah malas nak layan dia.
buat sakit hati jek

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik