Pages

29 April 2009

CINTA SEJAM, SEMINIT, SEHARI & SEUMUR HIDUP

Kata-kata ini aku ambil dari Majalah Remaja, Bil. 545 keluaran 1 Mei 2009

Bayangkan kamu mencintai seseorang, tetapi si dia tidak mencintai kamu, tentu menyakitkan,bukan? Pun begitu, kamu akan lebih kecewa apabila kamu mencintai seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang kamu rasakan. Percaya atau tidak, kamu memerlukan seminit untuk tertarik kpd seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari utk mencintai seseorang, tetapi mengambil masa seumur hidup utk melupakan seseorang yang kamu cintai...
Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dgn orang yg tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu. Cinta itu adalah ketika kamu dibuai perasaan, kesabaran & romantis dlm suatu hubungan serta mengetahui bahawa kamu amat mengambil berat mengenai si dia.
Hal yg menyedihkan dlm hidup adalah ketika bertemu seseorg yg sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan ia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yg lain terbuka. Tetapi kadang kala kita menatap terlalu lama pd pintu yg tertutup, ia akan membuatkan kita tidak melihat pintu lain yg terbuka utk kita.
Teman terbaik adalah individu yg sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama & si dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong kamu drpd belakang. Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai kamu. Jgn mengharapkan cinta sbg balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dlm hatimu.
Ada hal yg sgt ingin kamu dengar, tetapi tidak akan pernah kamu dengar drpd seseorg yg kamu sukai. Tetapi jgn sampai kamu menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya. Jgn pernah mengucapkan "Selamat Tinggal" jika kamu masih ingin mencuba. Jgn menyerah selama kamu berasa masih ada harapan. Jgn pernah berkata kamu tidak mencintainya lagi, walhal kamu tidak sanggup membiarkan dia pergi.

1 comment:

Jai CeMara said...

benar ape yg d khabarkan..semoga mnjadi renungan berguna utk semua..

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik