Pages

Showing posts with label MyKarya. Show all posts
Showing posts with label MyKarya. Show all posts

06 October 2012

. WORDLESS SATURDAY #9 .


. BICARA HATI #42 .

.
.
Aku sedih.
Kau menjauh.

Aku dah lelah
Mencintaimu bukan mudah.

Tapi aku tak pernah mengalah.
.
.

05 October 2012

. JANGAN KEMBALI .

.
.
Dan bila aku cuba bangun kembali.
Setelah rebah.

Jangan kau cuba menjengah.
Hatta, bayangmu pun sila jangan singgah.
.
:: Nur Aidila, 4 Oktober 2012 ::
.
.

    

07 September 2012

. BICARA HATI #37 .

.
.
Terkadang puas menasihati diri.
Tapi masih degil, tak mahu mengerti.

Mahu juga, terus dibiarkan di sakiti.
Sedangkan pilihan atas kehendak sendiri.

.
.

. BICARA HATI #36 .

.
.

Allah,

Beri aku kekuatan.
Andai benar aku menjauhi.
Maka tetapkan hati aku. Permudahkan langkah ku nanti.
Biar betapa susah yang akan aku hadapi.

Ku mohon,
jangan biar aku berpaling.

Terlalu lama. Aku berharap pada dia.
Sampai masa aku nampak, dia tak menghargai semuanya.

Allah,

Jangan biar aku terus menanti.
Sesuatu yang belum pasti akan aku miliki.
Sesungguhnya, cintaMU segala-galanya bagiku.

Ku mohon,
jangan biar sayang ini membuatkan aku mengabaikan diri sendiri.

Sesuatu yang ada dihatiku. Terlalu membeku.

Buntu.



29 August 2012

. BICARA HATI #33 .

.
.
Diam yang aku tuturkan.
Agar kau faham.
Tapi sayang..Kau tak perasan.

 
Bicara mata kesedihan aku tunjukkan.
Agar kau rasa.
Tetap serupa..Kau masih abaikan.

 
Aku bukan gadis kecil yang minta,
seribu perhatian..atau dimanjakan.
Aku cuma mahu nyatakan.
Aku gadis biasa yang bimbang dikecewakan.




Itupun kau susah nak jangka?

Bila nanti kita nak berjumpa.
Aku harap kau mengerti semuanya.
Supaya tak perlu aku berkata.
Kau sengaja.
Kecewakan hati mereka..dan aku juga.
Mohon buka mata seluasnya.
Aku sayang kau saja.

NOKTAH.

#bicarahati

::NUR AIDILA . 28082012::

.


   
 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik