Pages

Showing posts with label Life and SOFAZR.. Show all posts
Showing posts with label Life and SOFAZR.. Show all posts

10 December 2012

. KEBENARAN .

.
Sedih.
Semenjak-dua menjak ni. Banyak cerita buruk aku dengar tentang mereka.
Ya. Hakikatnya perkara negatif tu memang dah lama sampai ke telinga aku.
Cuma aku taknak masuk campur life mereka.
Aku minat mereka. Aku suka muzik mereka. Aku sayang band mereka.
Sebab itu aku abaikan cerita-cerita buruk itu pergi dibawa angin.

Tapi sejak aku terkena.
Dan sejak akhir-akhir ini.
Sumpah aku menyampah dengan mereka.
Makin aku tahu mengenai hal mereka. Makin benci dirasa.

Sorang-sorang tunjukkan rashia tersembunyi tanpa diketahui.
Bukan kecil. Tapi besar.
Aku diam.
Diam sambil berfikir. Apa yang patut aku lakukan.
Aku taknak terlibat dengan mereka lagi.

Terutama dengan dia lagi.
Sedang hati belajar menjauhi. Aku harap mereka akan berubah nanti.
Berhenti.
Jauh, sentiasa aku akan mendoakan mereka.
Pasti.
.
   

25 January 2011

. ERTI KAMU .


Kamu,
maafkan saya kerana terpaksa memendam rasa ini.
Kamu tahu,
ianya bukanlah sesuatu yang mudah.
Tapi saya harus tegarkan hati untuk terus melalui semua ini.

Kamu,
kadang-kadang saya rasa tak kuat sangat untuk terus berpura-pura.
Kamu tahu,
ianya amat sukar untuk tersenyum seolah-olah saya redha dengan semuanya.
Tetapi saya harus terus melawan rasa yang ada dihati ini.

Saya bukan yang sempurna.
Saya juga bukan yang menjadi pilihan utama.
Tapi kamu, saya akan sentiasa ada untuk memastikan kamu bahagia.
Biarpun kehadiran serta kewujudan saya tidak nampak di mata kamu.
Tapi saya senang andai kamu bisa terus tersenyum.

Kamu,
saya tidak suka melihat kerutan di dahi kamu.
Serius, ianya tidak sesuai untuk kamu.
Saya akan runsing bila kamu jadi begitu.
Seandainya saya bisa memberikan senyuman saya di wajah kamu.

Kamu,
saya harap saya dapat menemui seseorang yang akan buatkan saya lupa tentang kamu.
Kerana kamu juga dah ada pengganti dia.
Saya senang bila kamu boleh kembali tersenyum,
biarpun yang menjadi punca senyuman kamu adalah seseorang yang lain.
Saya faham dan memahami kenapa kamu memilih dia.
Kerana kehadiran dia lebih bermakna pada kamu.
Seperti kamu menyayangi dia, seperti saya menyayangi kamu.
Bezanya, dia juga menyayangi kamu.
Tapi saya, hanya saya, diri saya, dunia saya.
Yang menyayangi kamu.
Tidak di dunia kamu.

Saya sedih sangat kamu.
Tapi saya tak boleh turutkan hati saya untuk terus bersedih.
Saya kena faham.
Dan saya kena teruskan melangkah agar saya tak terus memikirkan bahawa di dunia ini, lelaki cuma hanya ada kamu seorang sahaja.
Saya kena bukakan mata saya ini untuk orang lain.
Paling penting saya perlukan untuk ruang dihati saya untuk seseorang yang lain jugak.
Saya kena belajar menghargai.

Kata teman saya,
saya perlu lupakan orang itu sekiranya dia tidak tahu menghargai saya.
Saya tahu. Kamu bukan tidak menghargai saya.
Cuma kamu tiada apa-apa perasaan pada saya,
sebab itu kamu tidak ambil kisah tentang kewujudan saya.

Kamu,
maafkan saya sekiranya suatu hari nanti saya tidak mampu teruskan memendam rasa ini untuk kamu.
Saya tak nak terus berharap kerana saya bimbang saya akan terus kecewa.
Tapi sebelum saya jadi begitu.
Saya harap kamu akan mengetahui, betapa pentingnya kamu dalam hidup saya.
Cuma saya harap saya masih bisa untuk terus mendengar nyanyian kamu kerana dengan cara itu sahaja ia dapat mengubati rasa rindu ini.

Kamu. Kamu dan kamu.
Semoga kamu menemui kebahagiaan kamu.
Semoga sahaja saya juga terus tabah dan menemui kebahagiaan saya itu.
Saya pasti mendoakan kamu dan dia :)




-Catatan hati saya pada 27 Januari 2011 jam 10.30 malam-


21 January 2011

.PERGI SAAT INDAH.

2007

'Yeye! Nak jumpa dia!! Hehe. Selagi tak dapat jumpa dia, tak nak balik'

Aku kira itulah impian aku. Tak sangka, secara kebetulan 1st Friendship Day untuk aku dan kawan-kawan aku yang bakal dibuat di Times Square (TS) itu telah menemukan aku dan dia serta mereka.

Hari itu.
Sampai-sampai di TS. Aku dan kawan-kawan aku pergi mengisi perut di KFC dahulu. Selesai makan-makan sementara menanti seorang lagi kawan aku datang, aku dan kawan-kawan pergi cuci gambar guna mesin automatik (betul ke ni nama mesin tu ye? Maaf kalau salah! :D ). Tengah giliran aku 'bluetooth' kan gambar-gambar yang mahu dicuci tu, aku secara tiba-tiba tergerak nak pusing ke belakang. Aaaaaggghhh!! (tergamam). Mereka menaiki tangga eskalator, memintas dibelakang aku dan kawan-kawan aku. Sungguh! Aku memang tak sedar ketika itu. Terpegun?! Tak jugak sebab, apa yang aku buat ketika itu. Aku mengejar mereka. Gila kan? Aku tinggalkan kwan-kawan aku, aku lupakan mesin automatik itu. Semata-mata nak jumpa dan bergambar dengan mereka.

Apa yang aku ingatkan. Aku kejar dia sambil memanggil nama dia dan seorang teman aku mengikut belakang aku. Barangkali suara aku kurang jelas ketika memanggil dia. Lalu teman aku yang seorang ini dengan jelas memanggil dia. Dia berpaling. Gosh! Jantung aku berdegup laju kot masa dia pusing itu. Aku memang tak terkata apa-apa. Teman aku inilah yang tolong cakapkan segala isi hati aku.

1st : Aku dan dia bergambar sekali. Berdua wey!! Perghhh!! :)
2nd : Aku nak snap pic dia sorang2. Apa yang lucunya, pic yang aku snap tu blur sbb tangan aku yg menggeletar tahap kritikal masa itu. Hahahaha!!
3rd : Dia, aku dan kawan-kawan aku bergambar secara ramai-ramai. Serious! Masa bergambar ramai-ramai tu kan, aku dah tahap nervous, teruja, happy dan semuanya la. Sampaikan seorang teman yang memegang tangan aku masa tu tegur. 'Hg ketar ka?' . Lucu sangat semua tu :)

Selesai bergambar itu, dia pun minta diri untuk pergi makan dengan kawan-kawan dia yang lain. Aku? Aku pun kembali ke mesin automatik tu untuk sambung cuci gambar dan gambar yang masih panas itu pun terus aku cuci. Siap simpan dalam album sampai sekarang. Oh! Indahnya!! Hehehe.

Akan bersambung...

p/s : Dia ini adalah dia yang banyak mengganggu hidup aku. Dia inilah yang banyak muncul dalam mimpi aku. Dia inilah yang tidak mengetahui perasaan aku. Dia inilah yang aku hanya 'menginspirasikan' dalam diam. Tapi cukuplah dengan dia mengetahui kewujudan aku :)

20 May 2009

oH nO...i'M gEtTiNg oLd..!!!

Assalamualaikum wbt......

Korg...Aku dh semakin tua la...huhu

Btw..Hepi birthday to me..
Hepi birthday to me...Hepi birthday to MizDiela..Hepi birthday to me...huhu

Fyi, Aku dh genap 21 thn la korg..Cam tak caya je..Kunci kebebasan kini di tgn ku..hehe

Tp, birthday aku thn ni tak meriah la..No cake, no party, no frenz, no nescafe...huhu.. Dh la kna keja...Bosan...

Just aku dpt wish dr kwn2 yg rapat dgn aku je..Thanx utk syg, My mum, Along, Angah, Alang, Syirah, Alia, Cu'e, Mail, Wan, Yana, Jue n Adik kesayangan aku yg plg degil...Thanx sbb korg still ingt birthday aku..

Rindu giler dgn kwn2 aku...Mmber AP417..Kelas 1D...Wahhhhh...sedey la...Cepat btul masa berlalu..Hampir stahun kteorg berpisah..=(.. Along,rindu nk p jogging dgn along...Angah, rndu nk teman angah g toilet(maklum la angah ni penakut skit..Alang, rndu tgk alang breakfast tnpa g gosok gigi...hehe

Buat Q, Ili, Ilun, Ita n Ti'ah..W'pn korg x wish birthday aku..Tp korg tetap kwn aku..hehe..Rndu la saat2 kte g smbut Friendship Day di Taman Tasik Titiwangsa tu..Korg ingt x lg dgn 2 org badut yg kte buli tu..huhu..Almaklumla..Msg2 dh perangai cam bdk2..Jd tiap2 org kna la dpt belon..hikhik...Apa dh jd la agknya dgn badut tu kn..hehe.. Pastu time kte dok rehat2 kn..Angah call aku sbb nmpk kumpulan pujaan aku tu..SOFAZ,...hehe.. Apa lg, tnpa berlengah lg aku pn g r cari dorg...Korg msti perasan kn reaksi aku yg hepi sgt tu..Malah sdikit nervous..Apatah lg aku dpt bergambar dgn penyanyi kumpulan tu..Lg la aku jd x tntu hala..huhu.. Pe2 pn, suma tu kn dh jd knangan..knangan yg manis bersama korg n Ameer SOFAZ (prasan je)..hehe..

Arrggghhh...rndunya saat2 tu..

Kn best klu dpt ulang balik saat tu...

Kwn2..korg camne la agknya skng ni kn...Along dh nk bertunang bln 7 ni...Angah lak dh mengandung baby sulung...Alang still dgn Napie, kekasih hati dia tu...Q lak baru blek dr London n akn further study kat London plak...Ili lak dgr citer makin memekar cinta bersama Ejan,bagus la...Ti'ah pn dh jd cikgu tadika skng n single lg katanya..hehe..Ita lak dh jd kerani...Ilun jgk la yg masih menganggur..huhu

Pe2 pn, aku doakn yg terbaik utk kwn2 aku sekalian eh...Moga korg sntiasa bahagia..Xmau sedey2...hehe..Korg pn kna la doa kn aku jgk eh..hehe

K la, MizDiela..sempena usia aku dh genap 21 thn..Moga ko bertambah matang n fikir panjang dlm melakukan sesuatu..InsyaAllah..

Wassalam..
 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik