Pages

Showing posts with label Friendship. Show all posts
Showing posts with label Friendship. Show all posts

20 July 2012

. UNTUK MEREKA .

.
.
Kurasa biarlah semua berakhir.

Walau nanti ada yang kan terluka.

Kurendahkan diriku di depanmu.
 
Namun lama-lama akupun muak.
.
.


    

13 April 2012

. BUAT SAHABAT DARI SAHABAT .


.
.
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…
Dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..
tetapi kita sering terlupa.


Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..


RENUNGILAH...


           

28 February 2012

. BICARA HATI 11 .


There are moments in life..

When you miss someone so much
That you just want to pick them up from your mind..

And hug them.

I miss 'giler' both of you.
My dear BFF.
Lina and Q.
Hope your girls doing well, there. Take care!

T____T







       

03 February 2012

. SAHABAT 2 .

Sahabat.
Aku tak sangka. Dan aku pun tak ku duga.
Aku kenal dia baru dalam setahun dua ni.
Tapi 'relationship' aku dengan dia. Ngam giler.
Macam ada 'kimia' pulak.
Dulu masa mula-mula kenal dia melalui laman sosial, FB.
Just borak-borak macam tu je.
Say hi, then papai.

Sehingga satu masa.
Atas aturan DIA.
Kami jadi rapat. Sangat rapat.

Banyak kisah. Banyak cerita.
Banyak perkara. Banyak hal-hal diluar jangkaan.
Yang kami lakukan dan kongsi sama-sama.
Tak sangka kan?

Orang yang aku sangka sombong pada mulanya boleh menjadi sebahagian cerita terpenting dalam laluan hidup aku.
Tapi orang yang ramah dengan aku pada mulanya, kini menjadi musuh pula. Malas la aku nak peduli.

Apa yang aku boleh doakan.
Semoga dia terus menjadi sebahagian sahabat terbaik pernah aku miliki.
Walau mana jua dia berada nanti. Dia tetap bergelar sahabat aku.

Dan aku rasa bangga untuk menyatakan, dia dan Que adalah sahabat yang banyak memahami aku.

Yes, dia lah. Dia adalah Maslina Arifin :)

Entri ini untuk "mak cik yang suka membebel"

Hehehe :)


    

05 November 2011

. ENTRI KHAS UNTUK MASLINA ARIFIN .


Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera semua :)

Siapa Maslina Arifin ni? Popular sangat ke?
Sampai saya sanggup bangun awal pagi untuk menghadap laptop, memastikan entri tentang dia dapat disiapkan.
Dia bukan lelaki, dan dah pastinya dia jugak bukan pakwe saya :p
Aish. Ada lagi yang musykil. Masih tertanya-tanya siapakah Masilina Arifin ni.
Jangan risau, Maslina Arifin juga bukanlah mak cik yang jual nasi lemak bawah rumah sewa tu.
Hahaha. Ok. Stop merepek!

Maslina Arifin ini sebenarnya adalah salah seorang teman saya yang bakal menambah satu angka lagi untuk usianya.
Perkenalan yang cukup singkat, namun dengan izinNYA kami menjadi rapat :)
Tak sangka jugak.
Oklah. Saya tak nak bercerita panjang kerana nanti ibu saya pulak yang bercakap panjang sebab bangun-bangun pagi dah menghadap laptop ni. Mandi pun belum. Huhu

Buat Maslina Arifin,
I dengan ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI TUA. eh silap! 
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN yang ke ????
Itu biarlah rahsia :p
Dikejauhan ini, I mendoakan semoga yang indah-indah mengiringi u dengan izinNYA. 
Semoga kita terus tabah dan kuat melalui tiap aturanNYA.
*aja-aja fighting!! O-genki-desuka*
Maaf sebab tiada kek, tiada kehadiran diri ini ke KL, tiada hadiah :((.
Mungkin belum rezeki, insyaALLAH ada kesempatan nanti kita sama-sama ke Secret Recipe ye :)
So, terimalah apa yang semampunya i buat ini.



*Q.LINA.DILA*



*HAPPY BIRTHDAY*




*Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan dengan izinNYA*

Ikhlas dari hati,
I dan Q
^____________________^

p/s : rindu nak lepak sama-sama :((


          

05 July 2011

. SAHABAT .

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera .

Hati si rama-rama :)

Dimudahkan cerita.
Sahabat mencari kita hanya bila dia terasa keseorangan.
Antara sahabat dan pasangan (hubungan SUAMI -ISTER terkecuali), andai terpaksa membuat pilihan. Mana satu keutamaan anda?

Saya pun pernah ada kekasih, bergelar tunang lagi.
Tapi tidaklah sehingga saya abaikan hubungan persahabatan saya dengan lain-lain.
Saya masih keluar melepak dengan mereka sekali-sekala.
Tapi kadang saya tak faham dengan sesetengah orang ni, bila mereka dah ada pasangan sebagai peneman.
Kenapa mesti mereka lupakan teman-teman?
Terutama sekali teman-teman yang sentiasa korbankan masa mereka untuk anda.

Sebelum COUPLE, anda masih SINGLE.
Dengan siapa anda meluah rasa? Dengan siapa anda ajak teman shopping? Dengan siapa anda minta pendapat tentang itu-ini?
Saya berani kata, pastinya sahabat yang anda gelarkan BFF. Dengan dialah semuanya anda bercerita.
Si sahabat pun setialah menemani anda.

Tapi katakanlah, satu hari tu.
Anda terjumpa seseorang yang anda gelarkan pasangan hidup anda atau bahasa mudahnya PAKWE/MAKWE.
Masa anda pastinya selalu untuk dia. Nak menjaga hati pasangan katanya.
Si sahabat bersabar dan mendiamkan diri saja. Nak bersuara, bimbang dikatakan tak boleh tengok kawan bahagia.
Tapi pandai pula anda cari dia bila anda bergaduh dengan pasangan anda. Anda mengadu itu-ini dengan dia. Si sahabat sentiasa menasihati. Anda menangis sebab pasangan anda tak peduli tentang anda. Si sahabat ni cuba menceriakan anda.
Kemudian anda diam. Si sahabat ni risau. Rupanya-rupanya anda dah berbaik dengan pasangan anda. Gaduh-gaduh manja katanya.

"Patutlah...."

Anda bergaduh, anda cari sahabat anda.
Anda bahagia, anda cari pasangan anda.
Begitulah situasinya berulang.

Sampai satu tahap. Bila si sahabat ini rindu sangat dengan saat-saat dulu. Di ajaknya la anda untuk keluar seperti dulu. Shopping, melepak. Tapi jawapan yang ada...

"Nak kena minta izin dia dulu"
"Dia tak bagi la"
"Lain kali kita jumpa ye"

Sehingga kini, tiada lain kali yang anda katakan itu.

Ketahuilah sahabat, saya rindu sangat saat-saat dulu.
Mungkin anda tak terasa seperti apa yang saya rasa, tapi sekurang-kurangnya selamilah apa yang saya rasa.

Wassalam.




"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang, janganlah pula anda menambah dukanya"


30 June 2011

. SESEKALI TERINGAT .

 Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera :)

Hati Si Rama-rama . . .

Kisah lalu . . .
Ketika saya keluar dengan teman baik saya (wanita).
Sahabat dari tadika sehinggalah tamat sekolah menengah katanya.
Tidak ke mana pun, cuma dia temankan saya beli barang, pegi makan dan jalan-jalan di pekan kawasan kampung saya.
Tidak terniat saya untuk bawak dia, tetapi dia cakap dah bosan duduk di rumah.
Maka, saya bawak la dia sebagai peneman borak saya.
Tidak sampai 2 jam rasanya dia keluar bersama saya. 
Saya dapat satu panggilan telefon, dan tanpa memberi salam, si pemanggil terus berkata :

"Kau bawak *xxxx* ke mana ha?! Kau balik skang, dasar kaki rayau. Kau balik skrg sblm aku hempuk kau .... !" 

Saya terus matikan talian sebab tak sanggup nak dengar ayat seterusnya. No dan orang yang sama terus menerus call sy tika itu. Air muka saya terus berubah dan kawan saya tu perasan akan perubahan itu. Dia macam tahu siapa yg call saya sebentar tadi. Mungkin. Lalu saya terus bawak dia balik sebab tak nak lihat mereka gaduh atas sebab remeh-temeh. Saya sangkakan, perkara itu berhenti setakat itu. Malangnya saya terlalu berfikir positif. Sewaktu memandu pulang, saya terima SMS berbunyi begini :

"Kau jgn nak kurang ajar sgt! Aku call, kau jawab la. Bodo ke hape? Kau jgn nak ajar buat bukan2. Karang teruk kau kena dgn aku, jalang oi"

Saya terkejut, memang diri ini terkejut sangat. Apa kawan saya tu, tak beritahu ke mana saya dan dia pergi? Atau lelaki ini sememangnya tidak mahu dengar penjelasan kawan saya ini? Terdetik jugak di hati nak membalas mesej tu. Tapi, berat jari ini nak menaip butang-butang keypad handphone saat itu. Jadi, mesej itu saya biarkan tidak berbalas.

Perkara ini tidak terhenti sampai mesej itu. Ada lagi 3-4 mesej yang berbaur ugutan dihantar pada saya. Antaranya :

"Kau memang sengaja cari pasal kan? Kau suruh *xxxx* on handphone dia sekarang!!"

"Baik kau cakap betul-betul! Kau dengan *xxxx* ke mana? Jangan sampai aku jumpa kau, siap kau aku belasah!"

"Kurang ajar kau kan? Aku doakan kau mati dalam kemalangan dahsyat!! Tengokla!!"

Saya tidak tahu, apa yang harus saya balas dengan lelaki yang saya tidak kenal ini. Salah saya ke bila saya bawak kawan baik saya keluar. Saya dapat rasa, kawan saya tidak menerangkan apa-apa pada kekasihnya itu. Jika tidak, mengapa lelaki itu menggila pada saya? Memaki hamun, menyumpah seranah. Saya memang risau. Sehingga saya forwardkan mesej yang menyumpah seranah itu pada teman-teman rapat saya, mohon doakan kesejahteraan saya. Hati mana tidak sedih? Disebabkan lelaki ini, hubungan saya dengan kawan baik saya ini renggang. Saya tak mampu memaafkan kata-kata lelaki itu yang saya kira agak tak bertamadun. Sedarlah, anda saat itu baru kekasihnya. Bukan TUNANG, SUAMI mahupun AYAH kepada kawan saya itu. Tapi sikap dan baran itu, buatkan saya tak akan boleh berhadapan dengan anda.

Sehingga kini, saya masih tak boleh melupakan perkara itu.
Malahan, saat hari pertunangan kawan baik saya ini dengan lelaki itu. Tidak saya munculkan rupa dan tiada SMS ucapan tahniah mahupun panggilan telefon untuk dia. Biarlah, biarlah kehilangan kawan baik. Asalkan dia bahagia dengan lelaki itu. Hampir setahun perkara ini berlarutan. Aku menerima perkhabaran, mereka bakal mendirikan perkahwinan tanggal 2 Julai ini. Dan kawan baik saya memesan, kehadiran saya adalah WAJIB. 
Secara jujurnya, hati ini benar-benar ingin pergi melihat dengan mata sendiri akan persandingan kawan baik saya ini. Tapi sebahagian minda ini masih mengingati kata-kata lelaki itu. Lalu, bagaimanakah? Terdetik jugak, untuk bawak seseorang temankan saya ke walimatul urus tersebut. Tapi siapakah yang sudi berpasangan dengan saya? 

Kita tunggu dan lihat sajalah bagaimana nanti. Doakan saya.

Wassalam..
 


:: Don't waste your time looking back on what you've lost. Life isn't meant to be travelled backwards ::


28 April 2011

. PERTEMUAN & PERPISAHAN .

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera :)

Terima kasih sahabat.
Terima kasih teman.
Terima kasih kawan.

Kerana sentiasa ada dengan saya saat saya memerlukan kamu disisi.
Kerana tak pernah mengenal erti jemu berkongsi cerita kamu dengan saya.
Kerana sering menasihati dan membimbing saya tanpa lelah dihati.
Kerana hadir menemani tanpa mengenal masa.

Perjalanan yang masih jauh.
Langkah yang masih panjang.
Akan terasa sukarnya kini.

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahannya.
Setiap aturan DIA, pasti punya hikmah disebaliknya.
Aku bersyukur, mengenali kamu.

Maaf teman, andai pertemuan terakhir tadi tidak seperti yang dijangka.
Saya tak mampu memeluk kamu.
Kerana saya pasti akan kalah dengan air mata ini nanti.
Tapi percayalah, sayu dihati saat melihat lambaian tangan kamu tetap dirasai.

Saya sering memikirkan.
Dengan siapalah saya nak bersarapan selepas ini.
Dengan siapalah saya nak berjalan ke Anjung Budi selepas ini.
Dengan siapalah saya nak menumpang jika perlu kerja lebih masa selepas ini.
Dengan siapalah saya nak minta nasihat tentang kerja selepas ini.
Dan.
Dengan siapalah saya nak mengadu duka lara lagi, selepas ini.

Namun, saya perlu redha.
Kamu punya jalan kamu sendiri.
Jalan yang dah diatur olehNya.
Saya sepatutnya masih gembira.
Walaupun, kita dah berpisah. Namun kita masih boleh berjumpa. Biarpun tidak selalu.
Aku berdoa teman.
Berdoa dan mengharapkan yang terbaik untukmu.
Terima kasih kerana telah menjadi seorang teman yang baik pada saya.
Dan semoga sahaja ukhwah kita masih berkekalan.
InsyaAllah.



*THANKS MAHFUZAH* 

P/S : Tidaklah kita dapat mengenal orang lain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.



           

14 April 2011

. KISAH NENEK GEMBENG .

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera :)

Bosan! Hari nie mood saya entah lari ke mana. 
Sangat sedih selepas di 'sound' secara tiba-tiba tanpa saya tahu apa salah saya.
Abaikan aje la. 
Saya malas mahu fikir dan malas nak amik tahu.

Ok.
Saya kan, sebenarnya tak tahu nak menaip apa.
Tapi atas permintaan seorang 'nenek cengeng' ni kan.
Saya buat jugak la entri tentang dia kan. Hihi

Entri ini saya tujukan khas buat 'nenek cengeng' a.k.a Along blur :p
Taraaaaa!!


Ini lah orangnya. hehe
Tak comel pun.
(Ampun along!!)

Terima kasih along sebab layan kerenah ucu hari ini.
Thanks sebab kasi nasihat terbaik punya.
Macam tak percaya je along yang berkata-kata.
Tetibe je Along jadi pandai menasihati orang pulak.
Hihihi..
Kita borak dari la kisah Along, 
sambung ke kisah Ucu.
Then kisah kita semua.
Rindu nak buli along sesangat.

Bila agaknya kita dapat jumpa ye?
Dah lama tangan ucu ni gatal-gatal nak sepak along.
(Balas dendam! hahaha)
Along yang sengal, blur, cengeng.
Kuat menangis! hihi.
Along banyak habiskan masa bersukan dengan ucu.
Jogging, futsal, badminton.
Best sangat!
Rindu nak jogging dengan along.
Walaupun ucu hanya akan buat 2 round je, then tunggu kat tepi.
It was the best moments that we had together!

And ucu ingat lagi time birthday ucu.
Ucu baru je lepas mandi and nak makan malam.
Tiba-tiba along jirus air nescafe pada ucu.
Sengal la.
Nak marah pun ada time tu.
Ucu baru lepas mandi kot! Then free2 dapat mandian dari nescafe 3 in 1 lak.
Takpe. takpe.

Tapi tu tak boleh tandingi apa yang ucu selalu buat kat along.
Hahaha. 
Suka giler dapat buli along.
Ucu dan alang suka sangat along.
Ada sekali tu, ucu tak terniat nak sakat along pun.
Ucu nak balik bilik, then nak call la along.
Takut along tade kat bilik.
Masa tu ucu dah betul2 dekat dgn pintu bilik kita.
Ucu nak buka pintu, then along pun buka pintu terus ter 'tampo' ucu.
Nasib perlahan. Kalau kuat.
Memang sengaja la tangan along tu nak 'usap-usap' pipi ucu yang gebu ni. hahaha

Apa-apa pun tu semua kenangan.
Kenangan yang nak sangat ucu ulang.
Mengingatkan semua tu buat ucu ketawa sorang-sorang.
Memang betul-betul zaman jahiliyyah kita la time tu.

Semua tu dah berlalu la along oi.
Angah dan Alang tu dah jadi mak orang pun.
Kita ni?
Belum tentu arah lagi. Dok terkapai-kapai.
Takpe la, kita minta angah dan alang carikan jodoh untuk kita la. haha.

02 December 2008

All About Our Friendship

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..


RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA
 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik