Pages

26 May 2014

. SHORT TRIP TO HATYAI .

.
Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera.

Akhirnya.
Setelah beberapa kali merancang untuk ke Hatyai. Akhirnya tercapai juga hajat nak ke sana.

Mula-mula risau jugak nak ke sana dengan kes pengeboman tu kan.
Pastu dengar pulak Wisma Putra dah keluarkan surat, kalau takde apa urusan penting better tangguhkan bagi sesiapa yang ke Thailand sebab negara dah diambil alih oleh Tentera (Martial Law).
Mak aku pun dah risau. Entah berapa kali dia tanya 'Betui ka nak p? Jadi ka p?' kat aku dan tunang aku pun taktau la. Last-last kami tanyakan kawan kami yang ada di sana tentang keadaan kat sana. Dan jawapannya :-

'Tempat sini selamat ja. Yg masalah kat Bangkok. Bukan teruk mana. Berita ja buat teruk'

Dan kami tetap dengan perancangan asal.
Kami pergi. Tapi maybe melihat pada keadaan di Dannok dulu, kalau selamat terus lajak sampai Hatyai la.
Kalau dak, patah balik. :)

Hari Kejadian.
23.05.2014 (Jumaat)

Jam 7 pagi aku dah keluar rumah, pegi amek adik aku.
Pastu dari Penang (dalam pulau), berjanji nak jumpa dengan kawan adik aku di Masjid Seberang Jaya. Kemudian terus ke rumah sewa tunang aku untuk parking kereta kawan adik aku di situ.

Dalam pukul 8 pagi kami bertolak dari Kubang Semang ke Bukit Kayu Hitam. Semasa perjalanan, kami singgah sarapan di RnR Gurun (ada satu cafe ni menjuai nasi goreng yg dah basi, dan kebetulan adik aku beli nasi goreng tu, tp nasib baik dia makan 2-3 suap ja pastu tak lalu sbb rasanya pelik).

Pastu dalam pukul 9 lebih kami sambung perjalanan ke Bukit Kayu Hitam. Kami sampai sana lebih kurang jam 10 lebih la. Sampai ja, kami parking kereta dekat parking Kompleks Bebas Cukai dan berjalan kaki nak ke sempadan Thailand. (Nota: utk pengetahuan korg, dekat parking situ ada la yg buat Van/Teksi sewa utk ke Hatyai dan harganya dlm RM70 satu van. Dia akan bawak korang sampai pekan Hatyai. Kalau korang pergi secara berkumpulan 8-10 org, berbaloi la ambik van di situ. Mcm kita org ni 4 org ja. Rugiiii. hehe. So kita org jalan kaki je la masuk ke Pekan Dannok).

Sebelum masuk Pekan Dannok, korang kena cop dulu passport/Border pass (bg yg tiada passport dan anak negeri Kedah dan Perak, boleh la menggunakan border pass yg dibuat di imigresen dgn harga RM10 shj dan valid selama 6 bulan). Bagi yg menggunakan passport, jgn lupa ambik borang dalam pejabat dorang dulu, isi dan selitkan dlm passport korang. Dan, dan, dan, masa nak minta imigresen cop Border Pass/Passport korang, jgn lupa selit RM1 ye sbb duit proses kate nyeerrrr. Hehehe. Pastu dah habis cop, jangan lupa simpan Border Pass/Passport korang dgn sebaik nya ya.Kang naya ja kena tembak free masuk negara orang takde pengenalan diri yg sah. Selesai.

Apa lagi kan. Berjalan la kaki masuk ke Dannok yang langkahnya dalam 20-30 meter ja dari tempat kita amek cop tu. Masuk-masuk je Pekan Dannok, terus nampak semua tulisan papan tanda dan sebagainya dalam perkataan Thailand. Tu dia. Amek hang. Terus rasa, ish betui ka aku p negara orang ni. hehe. First sekali, haruslah cari money changer dulu (pd yg belum tukar duit, better korang tukar duit di Pekan Dannok sbb nilainya tinggi skit dari di Pekan Hatyai (Danok RM1 = 9.88, Hatyai RM1 = 9.80)). Kami tukar duit dekat kedai emas (lupa nak amek gambar dan tgk nama kedai). hehe. Selesai menukar duit, kami menapak ke depan sikit dan ternampak la macam satu port menunggu bagi perkhidmatan van. Tunang aku ni dengan yakin berpusing dan ajak p situ, last-last suruh aku yg cakap sbb dia tak faham. Dan serius, takde la susah sebenarnya nak berinteraksi dgn warga Thailand ni. Kami amek van sewa (RM7 = 57 baht satu kepala) untuk ke Hatyai yg jaraknya dalam 30-40 minit perjalanan la jugak. Nanti korang kena gtau kat tempat kaunter bayaq duit tu, korang nak p mana (tempat shopping ka, tesco ka, hotel ka). Sbb bila dah masuk dlm van sewa tu, nak bercakap dgn pemandu van takut pening ja. Well, masa dalam perjalanan ke Hatyai, serius rasa asing sangat sbb aku taktau van ni menuju ke mana sebenarnya. Yg nampak papan tanda semua dalam tulisan Thailand. So, pasrah je dengan harapan kami sampai ke destinasi yang betui. Dan alhamdulillah. Memang kami di hantar di tempat yang betui. Dia turunkan kami di Central Mall, tp sebelum tu kami tanyakan juga macam mana nak balik ke Dannok nanti. Lebih kurang camni la perbualannya :-

Aku        : How we want go back to Dannok?
Pemandu : Dia diam sambil tengok aku.
Aku        : Dannok? (sambil buat bahasa isyarat dgn bahu bagai)
Pemandu : Dannok. Tuktuk.
Aku        : Buat macam faham dan turun. haha

Bersambung ke SHORT TRIP TO HATYAI II .
.

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik