Pages

14 March 2014

. SESUATU YANG PERGI .

.
Mac.

Allah.
UjianMU begitu besar untukku harungi.
Satu-satu aku diuji.
Kanan kiri.
Tanpa henti.

Berat benar untuk aku terima dan maafkan rahsia yang cuba dia sembunyikan.
Bertambah sakit bila rahsia itu aku ketahui,
saat-saat perasaan sayang tu dah mendalam.
Aku tak faham.
Kenapa aku yang dipilihnya sedangkan hati dia pada perempuan itu.
Hidup-hidup aku dipermainkan.

Aku sendiri pun tak tahu mahu bagaimana lagi.
Cincin yang dicarinya membuatkan aku buntu mencari arah tujuan perhubungan.
Memaafkan dan meneruskan seolah aku yang selalu bertakhta dihati?
Atau memaafkan dan melupakan rasa yang pernah ada?

Dalam keadaan begini.
Aku jua harus tabahkan hati.
Pura-pura seperti semuanya baik-baik saja.

Saat ayah kandung aku sedang berlawan dengan maut.
Siksanya aku melihat dia dengan wayar perubatan yang berselirat di badan, di kaki, di leher, di mulut dan di tangan.
Sungguh.
Aku tak mampu berdiri lama depan dia dengan melihat keadaan dia tak sedarkan diri.
Bercakap dengan dia seolah-olah dia sedang sihat dan boleh membalas segala kata-kata kita.

Genap seminggu dia di tahan di Wad ICU, Hospital Taiping.
Hari rabu, jam 3 petang.
Aku mendapat perkhabaran keadaan dia makin tenat.
Saat aku sedang bersiap mahu terus menuju ke sana dari USM Penang.
Aku dimaklumkan, ayah aku sudah tiada.
Aku bisu. Telefon terus aku letak tanpa berkata apa.
Aku jadi hilang sesuatu.
Sesuatu yang aku sendiri tak tahu.

Bahkan hingga hari ketiga pemergianmu abah.
Kakak masih dapat rasakan kehadiranmu.

-----------,

Puisi untuk abah.

Abah,
Melihat keadaan kau begitu.
Aku jadi sendu.
Namun siapa tahu.
Mungkin aku kelihatan seperti beku.
Dan tidak ambil peduli apa yang berlaku.

Tapi hakikatnya.
Aku simpan rasa sedih itu.
Hingga akhir. Jasadmu terbaring kaku.
Aku lepaskan semua rasa sedihku.

Maafkan aku, abah.
Aku cuba untuk tunaikan segala hajatmu.
Dan mungkin belum mampu aku lakukan semuanya.
Siapa tahu,
Menyusul selepas ini adalah aku.

Terima kasih, abah.

Dari anakmu yang kau gelarkan puteri hati,
Kakak.

-------------,

Al-fatihah untuk arwah abahku.
Damailah abah di sana.

12 Mac 2014.
.

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik