Pages

04 March 2013

. LIHATLAH AKU .

.
Hati sudah melepas tangan
nyawa sudah tak mau lagi berpegangan
rasa ini sudah tidak mahu kutahankan

tak tertahan kerana kamu sayang
tak tertahan kerna kamu cinta

pernahkah kau rasakan bila satu hari kau begitu menyukai seseorang itu
tapi dia tak rasa apa yang kau rasa
tak memberi apa yang kau minta
tak ada yang kamu mahukan
tak mahu apa yang kamu mahukan

ku rasa dunia kita berbeza
ku rasa dunia kita jauh berbeda

pernahkah kau rasakan kau dah melutut kat tangga tu tapi orang tetap tak nampak kau
pernahkah kau ada dekat pintu tapi dia jalan terus melimpas engkau
pernah tak kau jalan lepas tu orang tak perasan
dan kau jerit

hey lihatlah aku di sini
lihat aku menari
lihat aku tertawa

mungkin –
mungkin satu hari kau akan gila
kerana kau tak tahu aku siapa

pernahkah kau betul-betul mahukan seseorang itu
tetapi dia cuma tidak tahu
pernahkah kau rasakan getaran yang aku rasa
rasa yang aku minta
rasa mau yang aku mau
rasa gila yang aku rasa

oh –
lihatah aku di sini, menari-nari
ku lebih cantik dari awek yang kau pegang
ku lagi menarik dari awek yang kau sedang pandang
ku cuma kau tak nampak
ku cuma kau mengelak

lihatkan saja aku
lihat saja aku di sini sayang

ku beri sekali saja peluang ini
aku akan berdiri di pintu itu
dan lihatkan aku di situ
dan jika di waktu itu kau tak nampak siapa aku
kau dungu

hey lihatlah aku di pintu itu mengharap kau memandang dan melihatkan aku
lihatlah aku

di situ

di tangga pintu itu
di tangga hati kamu
mahu ku mahu kamu
.

  

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik