Pages

09 November 2012

. ISTANBUL AKU DATANG .

.
.
Assalamualaikum WBT / Salam sejahtera,

Semalam saya berkesempatan pergi menonton ISTANBUL AKU DATANG dengan teman sepejabat.
Dua sebab saya nak sangat tengok cerita ni. First, salah seorang pelakonnya adalah hero pujaan hati saya, Beto Kusyairi. Second, sebab Lisa Surihani comel sangat! Overall, cerita ni sangat menyentuh hati dan sanubari saya. And yes, Dian (Lisa Surihani) membuat pilihan yang betul dengan memilih Harris (Beto Kusyairi) sebagai suaminya! Omg omg omg! Mereka sangat sepadan dalam cerita ni. Kecomelan Dian (Lisa Surihani) bila berlari saat terserempak dengan kucing dan ke'charming'an Harris  (Beto Kusyairi) saat mempertahankan Dian (Lisa Surihani) dari kekasih hatinya yang nampak nerd tapi 'sengal', iaitu Azad (Tomok) .

Sumpah! Macam rasa nak pergi tengok sekali lagi je cerita ni. Berbaloi sangat kot! :)

Dan kerana filem ini juga, ianya buatkan saya JATUH HATI nak tuk berjuta kali dengan BETO KUSYAIRI. Well said, dia sangat charming dan sweet kot.  Tapi jangan salah faham pulak, dia dah berkahwin ye! Hihihi. So, pilihan hati saya masih lagi kepada FIZO OMAR.

Oh ya, Istanbul sangat-sangat-sangat cantik! InsyaAllah ada rezeki nak kumpul duit dan terbang ke sana! Mana tahu ada rezeki bertemu 'HARRIS' saya di sana. Hihihi. Who knows right? :)

Pendek kata, korang yang belum tengok cerita ni dan tercari-cari cerita apa yang mantap untuk ditonton, tanpa ragu-ragu ISTANBUL AKU DATANG lah yang terbaik! :)

Nota Hati Si Rama-rama :-
Saya nak gelarkan seseorang tu 'Mr Neo'. Semalam selepas habis menonton wayang, saya bercerita pada dia tentang kecantikan Istanbul dalam cerita Istanbul ni. Dia cakap cantik macam mana, macam saya ke? (Wah bangga kejap kau :p). Saya kata la, for sure la Istanbul lagi cantik kan. Then dia reply tak kisah la. Saya tanya, apa yang tak kisah. Saya ke Istanbul. Guess what 'Mr Neo' cakap. Dia cakap dia tak kisah pasal Istanbul, tapi tentang saya dia kisah. Omg omg omg! Apakah maknanya?
.


  

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik