Pages

19 January 2012

. MASIH TAK MILIKI .


Tiada yang dapat ku ungkapkan derita ini
Sedalam-dalamnya cinta ku padanya
Ku rasa tak mungkin dia ku miliki
Tanpa hembusan ku bernafas
Dengan bayangku merantaiku
Ku paksakan sebuah khayalan
Biar ku lelah..Biar ku lepas
Dia kan selalu ada
Mesti ku puja dalam kesedihan

:: Masih Tak Miliki ::


Untuk dia,
Walau saya tak pernah luah apa yang saya rasa terhadap awak.
Tapi saya anggap awak sepatutnya lebih tahu. lebih memahami. lebih mengetahui.
Namun, tidak sama sekali.
Bukan saya yang malang. Tapi awak yang tidak bertuah.
Saya berbuat apa pun, saya menjaga macam mana pun.
Tapi awak tetap tak nampak.
Ya, memang saya sedih. Amat sedih. 
Bertambah sedih sejak kebelakangan ini.
Kenapa? Sebabnya adalah awak. Sebab bila semakin saya cuba untuk mengelakkan perasaan saya ini.
Semakin mendalam saya rasakan.
Awak takkan pernah tahu semua itu. Awak takkan pernah mengerti semua itu.
Saya tahu laluan untuk melupakan awak itu bukan mudah.
Tapi sekurang-kurangnya saya sedang mencuba. Masih mencuba dan akan terus mencuba.
Terjatuh. Gagal. Saya bangun kembali.
Saya cuba kuatkan semangat saya, untuk halau awak pergi jauh-jauh dari terus menghuni hati.
Pergilah. pergilah. Jangan datang lagi.
Kerana saya sedang cuba belajar hidup bersendiri.

Nota ini adalah untuk dia yang saya sentiasa memberi sokongan tanpa henti, terus mahu berada disisi walau ke mana jua dia pergi. Tapi itu dulu, sesuatu yang saya nak buang pergi. Mungkin ada yang tahu, mungkin juga ada yang tidak tahu dan mungkin ramai yang tidak mahu ambil tahu . Biarlah, biarlah dia mencari kebahagiaan dia sendiri. Sementara aku mencuba ...... :(( - Cerita Dia -





 

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik