Pages

17 October 2011

. PERCUTIAN last minute dengan FAMILY .

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera semua :)

Halu! Sebenarnya kan saya sepatutnya update tentang jalan-jalan convo di UM last week.
Tapi entah nape, entri yang ditaip, sukar nak dipublish. 
Takpe la. Lagipun Kak Yana dah update ttg cerita konvo my dearie Maslina 8 Okt 2011 di UM hari tu.
So, kira ok la :)

Ini sy nak update tentang holiday last minute bersama dengan my lovely family di Pulau Pangkor :)
Percutian yg singkat sbb 2 hari 1 malam aje.
Penat. Tapi berbaloi sbb rasa macam nak pegi aje lagi :)

Kita orang bertolak pada 15/10/11 (Sabtu) jam 8.30 pagi.
Sepatutnya nak kuar awal lagi, sebab nak kejarkan feri di Jeti Lumut ke Pulau Pangkor yg pukul 11 pagi.
Tapi biasa la kan. Masing-masing baru nak kemas baju pagi tu. Hehe.

Tapi alhamdulillah la.
Kita orang sampai kat Lumut Waterfront dalam pukul 10.45 pagi camtu. 
Kira sempat la naik feri dalam pukul 11.15 pagi. 
Tiket feri ke Pulau Pangkor berharga RM10 sorang pegi dan balik.
Kira kita kena simpan keratan tiket tu utk masa balik nanti la.
Nak pergi ke Pulau Pangkor tu dengan menaiki feri takde la selama nak ke Langkawi.
Kira macam 20 - 30 minit aje dalam feri.

Sampai je kat Jeti Pulau Pangkor, kita orang masing-masing dah lapar.
Terus g isi perut. 
Habis isi perut baru la amek teksi sewa (van, tapi disana dipanggil teksi) ke Teluk Nipah.
Tambang ke Teluk Nipah adalah RM15 utk satu teksi.
Perjalanan ke Teluk Nipah dari Jeti tu dalam 10 - 15 minit camtu la.

Di Teluk Nipah tu, kita orang menginap di Hornbill Resort.
Chalet ni best sbb tepi laut  aje, cuma bilik dia aje mcm 'kureng' skit.
Harga bilik pulak, RM150/per night utk standard room(2org) dan RM 180/per night utk deluxe room (3 org).

Habis check in dalam pukul 2 camtu kot, kita orang rehat-rehat dulu.
Then pukul 3 lebih camtu baru kita orang turun jalan-jalan tepi laut sambil survey tempat utk snorkeling.
Kalu nak g snorkeling atau jalan-jalan kat pulau, 
kat tepi laut tu memang banyak perkhidmatan camtu, cuma kena survey dulu sbb ada yg harga mahal, ada yg murah. Bergantung la kot. 
Sy dan family sy amik yg harga RM15 sorang utk pegi snorkeling + keliling 2 pulau.
Mula-mula nak naik bot tu, memang sangat menakutkan sebab mcm nak terbalik ja. Haha.
Lepas je Abg Lan (org bot) hantar kita orang berlima ke tempat snorkeling tu, dia tinggalkan kita orang.
Dia pesan, bila habis snorkeling baru call dia. Ok la kan, sbb tak kisah berapa jam pun. Hehe
Sy dengan mak sy memang tak snorkeling pun. 
So, adik, mil dan along je yg snorkeling. Kita orang jadi tukang tangkap gambar je. huhu
Sy memang tak nak snorkeling di situ sbb dah pernah, lagipun batu-batunya tajam-tajam.
Dulu snorkeling kat situ, sampai kaki saya berparut sbb terkena batu yg tajam tu :(

Lepas rasa mcm dah bosan snorkeling. Kitaorang nak gerak terus je balik.
Tp Abg Lan tu bawak kita orang g snorkeling kat pulau lagi satu yg orang takde (cuma ada 2orang pelancong perempuan je kat situ) huhu.
Kat tempat tu, baru sy snorkeling sbb takde batu. Hihi. 
Itu pn, tepi2 aje. Tak berani nak pegi jauh-jauh.
Abg Lan siap pegi menyelam dan amek timun laut dan gamat utk kita orang tengok.
Memang terbaik la. Hehe.
Habis snorkeling, Abg Lan tu bawak pulak kita orang g tengok batu-batu yg menyerupai Buaya, Penyu dan Ikan Paus.
Huhu. Selesai buat semua tu, baru kita orang balik semula.
Tp kita orang tak balik bilik lagi. Haha.
Masing-masing tak puas kena air laut lagi.
So, mandi manda la dulu kan.
Agak-agak dah penat, dalam kul 5 baru kita orang balik bilik dulu.
Sy sempat jugak la merehatkan mata. Tapi kejap aje :(
Sebab c Mil da kejut-kejut ajak pegi jalan-jalan tepi laut.

Dalam pukul 6 camtu, kita orang pegi la jalan-jalan saja sambil tengok matahari terbenam
Ingat nak terus pegi makan malam. 
Tp susahnya la nak cari gerai makan.
Ada satu tu, tengok mcm lambat aje, satu lagi tu lak, mahal yg teramat tgk menu.
Pusing punya pusing, tak jugak makan :(
Terus la balik bilik, buat apa yg patut.
Alih-alih, mak dan mil terlelap. Haha. Penat sangat la tu.
Sy aje yg tak boleh nak tido, so layan la citer Charlie's Angel.
So, yg kuar makan malam tu, adik dan along je. 
Sy pun order je kat dorang, malas dah nak turun. 
Sy, mak dan mil makan malam tu dlm pukul 10 malam.
Pas makan, layan cerekaram kat TV3 sampai tertido. Tak tahu pun ending dia camne.
Sedar-sedar je dah pagi.

Celik je bijik mata. Apa lagi. Mandi laut la kan. Haha :D
Mandi laut pagi-pagi ni best sbb air sejuk, tak panas kan.
Habis mandi dalam kul 10 lebih tu, naik bilik. 
Rehat-rehat, kemas-kemas baju. Then g makan. Pastu baru check out.
Kita orang check out, terus aje gerak ke Jeti Pangkor. 
Masa balik ni, kita orang amek teksi sewa jugak.
Tp harganya RM15 utk 4 orang, lebihnya kena tambah RM2 satu kepala.
Masing-masing dah pelik. Tp takpe la. Bio aje la.
Kita orang naik feri dalam pukul 12 lebih camtu, then sampai kat Jeti Lumut Waterfront dekat pukul 1 ptg.
Sempat lagi kita orang shopping-shopping kat Jeti Lumut Waterfront tu.
Dalam pukul 2 lebih camtu, baru la kita orang gerak balik tg piandang.
Sampai je umah, masing-masing dah keletihan.
Tapi apa-apa pun, pengalaman kat Pualu Pangkor sangat best :)
Rasa macam nak pergi sana lagi.
Ok lah korang, dah masuk lunch hour. masa utk tido. Hehehe.
Tata. Titi. Tutu.

Eh jap! Sebelum tu meh layan gambar-gambar kita orang di Pulau Pangkor. hehe :D




Ini sebelum bertolak ke Jeti Lumut Waterfront :)
Dari kiri : Along, Adik, Sy & Mil .


Ini sebelum bertolak ke Jeti Lumut Waterfront :)
Dari kiri : Along, Adik, Sy & Emak .



Gambar saya semasa snorkeling di pulau yg kedua. Air dia sangat jernih :)



Gambar saya lagi semasa snorkeling di pulau yg kedua. :)



Masa nak breakfast, pemandangan dari depan gerai depan chalet yg kita orang stay :)



Main buai-buai selepas penat mandi :D

 Wassalam :)


p/s : I'm not ignoring you, I'm just waiting for you to talk to me first.


  

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik