Pages

29 September 2011

. BUKAN MUDAH, NAK MELANGKAH :) .

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera :)

Alkisahnya, dah lama kan saya nak menulis? Sampai ada yang bertanya, kenapa dah lama tak menulis kat blog? Kenapa asyik letak gambar utk post baru je? Hehe.

Maaflah, bukan tak nak menulis. Nak sangat-sangat, tapi ke'terbatasan' waktu yang ada amatlah membuatkan saya ni tak seRAJIN seperti selalu :) . Lagipun, tidak tahulah apa yang mahu berkongsi, kerana rutin harian seakan semuanya sama seperti sebelum-sebelum ini.

Cuma mungkin agak tertekan tentang kerja, membuatkan saya jarang bercerita di sini. Mungkinlah. Sejak kakak yang selalu menasihati saya bersara, bebanan kerja semakin saya terasa. Bukan tiada pengganti bersama untuk tugasan harian, tapi pastinya keadaan berbeza bila kita dah biasa buat tugasan dengan orang yang lebih memahami dan pakar dari saya :)

Sesungguhnya, saya tahu dan saya pasti bos saya bukanlah seorang yang 'ditakuti', cuma terkadang dia tak memahami. Tangan dan kudrat yang ada ni, dah berhempas pulas sampai dah tak bersisa tenaga. Ada sahaja tugasan yang dia mahu diselesaikan segera. Dan saya juga tahu, nama saya terkadang bersih kerana selalu ada sahaja yang berkata saya ni kesayangan bos. Lucu, kerana siapa yang pernah bekerja bersama dia, pasti tahu kenapa. Maaflah, saya bukan jenis kaki bodek dan jauh sekali mengampu. Pada saya, kerja apa yang diberi sekalipun walau kadang-kadang 'tension' tetap akan saya selesaikan sehingga seperti yang dia mahukan. Senang cerita, buat selagi boleh. Sampai ada yang kata, saya senang dibuli. Hahaha. Begitukah?

Tak apalah, katalah apa sahaja. Saya tak kisah. Janji saya siapkan kerja saya. Janji saya tak kacau kerja orang. Janji saya yang rasa semuanya :). Kadang-kadang rasa macam tak sabar nak keluar dari sini, tapi difikirkan balik. Ada hikmahnya mengapa saya masih kekal disini. DIA nak saya belajar tentang cabaran hidup. Takkan semuanya mudah untuk kita gapai. Kadang-kadang sebelum kita boleh ketawa suka hati, kita perlu menangis dahulu. Ya, saya sedang belajar semua tu dan saya akan ingat semua pesanan kakak yang dah bersara itu.

Terima kasih ^__^

Wassalam.
 
 

^_____________^


        

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik