Pages

20 April 2011

. ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG .

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Beberapa hari sementara menanti detik itu, hanya DIA sahaja yang tahu betapa gementarnya hati saya.
Malu, takut, segan, gementar, suka.
Macam-macamlah yang saya rasa.

Mengimbas kembali perkhidmatan saya di *** selama hampir 3 tahun.

Saya tak pernah berangan dan meminta untuk berkhidmat di sini.
Tapi ternyata, pintu rezeki saya ada di sini.
Tempat yang saya tak duga.
DIA lebih mengetahui apa yang terbaik utk saya :)

Selama hampir 3 tahun saya berada di sini.
Saya tak minta dihargai, cuma cukuplah sekadar hasil kerja saya memuaskan hati semua.
Tipulah jika saya tak pernah menangis selama di sini.
Air mata yang menitis, 3 kali.
Air mata yang hampir menitis, tak terkira dek jari.
Begitu juga dgn hati yang terguris.
Namun alhamdulillah.
Kehadiran dan kewujudan teman-teman yang memahami.
Sering menasihati tanpa henti.
Terus memberikan ilmu tanpa berkira.
Membuatkan saya kadang-kadang terlupa dgn sikap sesetengah insan yang tak memahami.

Seseorang yang takkan saya lupa sepanjang saya berkhidmat ini. InsyaAllah.
Seseorang yang banyak membantu saya,
banyak mendidik saya, banyak mengajar saya.
Dia jugak la yang banyak mengingatkan saya, memarahi saya, menasihati saya.
Segala tunjuk ajar dari dia, insyaAllah saya takkan lupakan.
Semua tu saya cuba semaikan dalam hati.
Cuma sekarang saya terasa bebanannya, dia yang sering menasihati saya dah bersara.
Banyak yang masih belum saya pelajari.
Susah sangat.
Tapi saya cuba kuatkan semangat saya utk saya terus bertahan.
Bila mengingatkan nasihat-nasihat kakak itu.
Saya memang kena kuatkan semangat saya.
Terima kasih Kak Zubaidah, yang banyak melatih saya menjadi saya yg sekarang.

Biarlah orang nak kata saya bendul ke, penakut ke, selalu kena buli ke.
Saya percaya, DIA tu Maha Mengetahui dan Maha Adil.
Buktinya, APC ini.
Sejujurnya, saya rasa saya masih belum layak utk ini.
Tp alhamdulillah, bos saya menghargai saya.
Terima kasih Bos! :)

Senang hati sebab dah dapat APC ini?
Tidak jugak.
Bila dah dapat APC ni.
Saya kena double triple kan semangat bekerja saya.
Saya tak nak la ada yang berkata belakang pulak kan :)
So, saya harap saya masih punya semangat untuk terus berkhidmat di sini.
Saya juga berharap, walau Kak Zubaidah dah bersara, masih ada yang sudi melatih dan mengajar saya jika saya ada buat salah dan silap.
Kerana pada saya, tinggi mana pun saya pergi.
Sesi pembelajaran itu tetap juga perlu.
Manusia tak sempurna.
Ikut mana pun, pasti ada kesilapan yang akan dilakukan.
Hatta, kesilapan itu sebesar kuman pun.

-TAMATLAH SUDAH :)-

p/s : i did lose something that used to make me smile, pls give it to me if ur guys found it :(





(: wajah APC :)

 
 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik