Pages

21 January 2011

.PERGI SAAT INDAH.

2007

'Yeye! Nak jumpa dia!! Hehe. Selagi tak dapat jumpa dia, tak nak balik'

Aku kira itulah impian aku. Tak sangka, secara kebetulan 1st Friendship Day untuk aku dan kawan-kawan aku yang bakal dibuat di Times Square (TS) itu telah menemukan aku dan dia serta mereka.

Hari itu.
Sampai-sampai di TS. Aku dan kawan-kawan aku pergi mengisi perut di KFC dahulu. Selesai makan-makan sementara menanti seorang lagi kawan aku datang, aku dan kawan-kawan pergi cuci gambar guna mesin automatik (betul ke ni nama mesin tu ye? Maaf kalau salah! :D ). Tengah giliran aku 'bluetooth' kan gambar-gambar yang mahu dicuci tu, aku secara tiba-tiba tergerak nak pusing ke belakang. Aaaaaggghhh!! (tergamam). Mereka menaiki tangga eskalator, memintas dibelakang aku dan kawan-kawan aku. Sungguh! Aku memang tak sedar ketika itu. Terpegun?! Tak jugak sebab, apa yang aku buat ketika itu. Aku mengejar mereka. Gila kan? Aku tinggalkan kwan-kawan aku, aku lupakan mesin automatik itu. Semata-mata nak jumpa dan bergambar dengan mereka.

Apa yang aku ingatkan. Aku kejar dia sambil memanggil nama dia dan seorang teman aku mengikut belakang aku. Barangkali suara aku kurang jelas ketika memanggil dia. Lalu teman aku yang seorang ini dengan jelas memanggil dia. Dia berpaling. Gosh! Jantung aku berdegup laju kot masa dia pusing itu. Aku memang tak terkata apa-apa. Teman aku inilah yang tolong cakapkan segala isi hati aku.

1st : Aku dan dia bergambar sekali. Berdua wey!! Perghhh!! :)
2nd : Aku nak snap pic dia sorang2. Apa yang lucunya, pic yang aku snap tu blur sbb tangan aku yg menggeletar tahap kritikal masa itu. Hahahaha!!
3rd : Dia, aku dan kawan-kawan aku bergambar secara ramai-ramai. Serious! Masa bergambar ramai-ramai tu kan, aku dah tahap nervous, teruja, happy dan semuanya la. Sampaikan seorang teman yang memegang tangan aku masa tu tegur. 'Hg ketar ka?' . Lucu sangat semua tu :)

Selesai bergambar itu, dia pun minta diri untuk pergi makan dengan kawan-kawan dia yang lain. Aku? Aku pun kembali ke mesin automatik tu untuk sambung cuci gambar dan gambar yang masih panas itu pun terus aku cuci. Siap simpan dalam album sampai sekarang. Oh! Indahnya!! Hehehe.

Akan bersambung...

p/s : Dia ini adalah dia yang banyak mengganggu hidup aku. Dia inilah yang banyak muncul dalam mimpi aku. Dia inilah yang tidak mengetahui perasaan aku. Dia inilah yang aku hanya 'menginspirasikan' dalam diam. Tapi cukuplah dengan dia mengetahui kewujudan aku :)

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik