Assalamualaikum WBT...
Pernah tak korang memendam sesuatu?
Yg korang rasa, apa yg dipendamkan itu demi kebaikan semua.
Tapi sebenarnya apa yang korang pendamkan itu adalah perkara yg amat penting sekali.
Namun korang tetap kena diamkan perkara itu.
Itu la apa yg aku lalui sekarang.
Bukan tiada seorang pun yg aku luahkan perkara ini.
Ada, cuma 2-3 orang ja.
Bukan bermakna aku sengaja, tapi aku terpaksa.
Kini, aku amat terasa beban.
Beban bila semua seolah-olah menyalahkan aku.
Mungkin, mungkin sebab mereka tidak mengetahui perkara sebenar.
Tapi janganlah letakkan kesalahan itu atas bahu aku bila perkara sebenar tidak aku luahkan.
Aku ada sebab aku.
Dah jelas bila antara aku dan dia dah tak sehaluan.
Kelemahan aku, kesalahan aku. Aku terima.
Tapi janganlah persoalkan bilamana antara kami dah tiada apa-apa.
Tanya dia.
Dimana dia saat aku d tahan d wad pada malam walimatul urus abg aku.
Dimana dia saat aku sesak nafas krn kepenatan.
Dimana dia saat aku demam panas.
Dimana dia saat aku benar-benar perlukan perhatian dia?
Soal dia.
Apa yg aku dah beritahu dari awal lagi perkenalan kami.
Apa yg aku dah luahkan sebelum ikatan pertunangan kami.
Apa yg aku dah cakap semasa hari pertunangan kami.
Apa yg dah berkali-kali aku ingatkan.
Jangan tanya aku.
Kenapa aku tak kisah tentang dia lagi.
Kenapa aku tak fikir tentang perasaan dia lagi.
Kenapa aku tak kasihan pada dia lagi.
Kenapa aku minta semua ini d akhirkan.
Berkali-kali aku katakan.
Aku tak mahu dibelakangkan bila status persahabatan dah bertukar.
Aku tak mahu pembohongan bila cincin itu dah disarungkan.
Aku tak mahu kesibukan menjadi jurang perhubungan.
Aku tak mahu diri ini ditipu lagi.
Nyatanya kan.
Semakin aku tak kisah.
Semakin jauh pula kau membiarkan.
Nyatanya juga.
Semakin aku membiarkan.
Semakin berat segala ujian.
Dan semakin nyatanya bila.
Satu demi satu kebenaran jelas dilafazkan.
Tahu tak, memang hebat cara aku dipersendakan.
Malam itu, hanya aku, kak jaja dan tunangnya sahaja apa yg dah kau katakan pada aku.
Cukup. Tak kira macam mana pun.
Bila kejujuran itu terasa dipersiakan.
Hanya Allah SWT dan kita sahaja tahu apa yg dah kau katakan pada aku.
Sungguh, aku takkan lupakan bila mana perkara-perkara yang dah aku beritahu dari awal persahabatan kita lagi. Tiada langsung kau tepati.
Biarpun begitu. Kau tetap aku maafkan.
Mungkin juga satu lagi peluang.
Tapi.
Kau ingat walimatul urus abang aku?
Satu-satunya abang aku. Apa yg kau janji dengan aku?
Cuti seminggu? TAPI apa?
2 hari sahaja. Dan apa yang kau buat semasa kenduri tersebut berlangsung?
Tak perlu la aku luahkan disini. Biarlah hanya yg mengetahui, terus mengetahuinya.
Tak tahu lah kau masih ingat tak.
Semasa kenduri tersebut berlangsung juga. Kesihatan aku kurang memuaskan.
Bila mana aku selsema + demam + batuk.
Sungguh! Aku cuba bertahan.
Aku juga ada ajak kau temankan aku ke klinik, bila pelawaan dari kau langsung aku tak dengari.
Namun hampa. Jawapan kau, benar-benar hampa.
Lalu, sakit itu ku tahan juga. Tidak mahu ku lihatkan air mata ini d hadapan kau yg tak tahu menghargai.
Tapi malam kepulangan kau ke tempat kau.
Sakit itu, semakin tak dapat d tahan. Bertambah pula dengan sesak nafas yg aku rasakan.
Yg bersusah payah malam itu.
Kau tahu siapa. Mak aku. Abg aku.
Yg temankan aku ke hospital tengah-tengah malam itu siapa. Abg aku.
Yg menemani aku semasa aku d tahan d wad itu siapa. Abg aku.
Kau? Jgn katakan teman aku, mesej pun tiada. Call apatah lagi.
Ya! Aku lupa. Aku memang tak penting pada kau.
Sejak itu.
Kau dan aku. Memang dingin, namun entah kenapa.
Kau seolah-olah menyalahkan aku, itu. salah aku. ini. salah aku.
Sekali dua. Aku terima.
Bila dah berkali-kali, aku pun dah naik muak.
Sebulan, dua bulan. Berlarutan hingga hampir setahun.
Kau menghilang, aku pun mendiam.
Perjanjian itu pun terus berlalu.
Kini.
Bila masanya dah tiba.
Aku dah mampu menerima kenyataan.
Antara kita memang dah tiada apa-apa.
Aku cuba anggap kau kawan. Tapi kau.
Benarlah kata orang.
Masa kita d depan mata, tak nak d hargai.
Bila dah hilang, baru kita tercari-cari.
Aku tak salahkan kau. Aku rasa cukuplah.
Mungkin kita terlalu terburu-buru.
Aku harap apa yg dah terjadi dan ditakdirkan itu, kita anggaplah ia sebagai satu ujian dan tauladan antara kita.
Andai satu hari, kita ditakdirkan bertemu kembali, aku redha.
Sementara itu, aku harap kau redhailah segalanya.
Izinkan aku pergi dengan rasa tenang d hati. Aku pun bersedih juga.
Jangan kerana kau tak melihat air mata aku jatuh, aku gembira.
Sebenarnya aku dah letih menangis dan rasa kecewa. Aku dah tak mahu melayan rasa itu.
Aku tak mahu terus hanyut dibuai rasa kecewa itu.
Kepada yang tertanya-tanya, aku harap apa yang dah aku luahkan ini. Mampu meleraikan segala pertanyaan yg berada d minda korang semua. Aku juga harap, janganlah soalan kenapa itu d tujukan kepada aku lagi. Aku tak akan mampu menahan diri aku untuk menangis bila terpaksa berpisah dengan seseorang pernah bergelar insan penting dalam hidup aku. Harap korang faham.
2 comments:
diela...tabah k...aainaa sentiasa doakan diela...^_^
dila...sabar byk2 frh hrp dila tabah menjalani rintangan hidup ....igt dila ada ramai lagi yg syg dekat dila :-)
Post a Comment