Pages

16 April 2010

..::NEW BOYZ, Q-FACE DAN BOBOY::..

Assalamualaikum WBT..


Hehehe..mesti korang tertanya-tanya ttg apakah entri aku ni..
New Boyz, Q-Face & Boboy.. Fenomena yg pernah hadir dalam industri muzik malaysia..
Kehadiran mereka ibarat membawa warna baru dalam industri muzik..
Biar d uji, d keji & d puji..Hakikatnya mereka terus diminati sehingga kini..
Ya, malah aku..Ketiga-tiga kumpulan ini memberi pengaruh besar dalam hidup aku..
Pada remaja-remaja pada masa itu, ketiga-tiga kumpulan ini lah idola mereka..
Pada anak-anak gadis remaja ketika itu, semuanya berebut-rebut mahu memiliki mereka.. Jatuh hati dgn mereka..Jatuh cinta dgn mereka..Tergoda dgn senyuman mereka...
Aku pn salah seorang dari anak gadis remaja masa itu.. ;p
Remaja-remaja lelaki pula, semuanya mahu tiru gaya mereka..Pada yg dah ada makwe, semuanya risau ttg betapa "angau" nya makwe dia pd kumpulan-kumpulan ini...
Lihatlah...betapa kumpulan ini meninggalkan kesan dihati mereka..
dihati aku juga,..
Mari aku huraikan serba sedikit tentang siapakah kumpulan-kumpulan ini :


NEW BOYZ
Ahli asal kumpulan New Boyz semasa d awal kemunculannya.
Kumpulan New Boyz merupakan kumpulan penyanyi yang terdiri daripada 5 orang ahli yang kesemuanya lelaki. Senarai anggotanya adalah :-

1.(Syuk) Mohd Syukri bin Mohd Shanushi. Pemain bass.
2.(Jay) Shahrizan bin Mat Saleh. Pemain gitar utama.
3.(Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.Penyanyi.
4.(Lan) Mazlan bin Ismail. Pemain gitar utama.
5.(Along) Mat Shah bin Mat Salleh. Pemain drum.

Apabila Syuk keluar daripada Kumpulan New Boyz, dia telah digantikan dengan Zack.

1.(Zack) Radin Irwan Dzulkarnain bin Isagani. Pemain bass.
3.(Jay) Shahrizan bin Mat Saleh. Pemain gitar utama.
4.(Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.Penyanyi.
5.(Lan) Mazlan bin Ismail. Pemain gitar utama.
6.(Along) Mat Shah bin Mat Salleh. Pemain drum.

Apabila Jay, Lan dan Along mengundurkan diri daripada Kumpulan New Boyz pada tahun 2004, mereka telah digantikan oleh dengan Rizz dan Ristoe.

1.(Zack) Radin Irwan Dzulkarnain bin Isagani. Pemain bass.
2.(Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.Penyanyi.
3.(Rizz) Ridza Faitullah. Pemain gitar utama.
4.(Ristoe) Wan Muzaffar. Pemain drum.

Pada tahun 2007 sekali lagi New Boyz bertukar anggota di mana kali ini pemain gitar Rizz diganti oleh Afiez. Afiez mempunyai pengalaman dalam bidang muzik sebelum ini pernah menjadi pemuzik kelab di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Sentuhan gitar Afiez disumbang dalam album ke-6 New Boyz kali ini iaitu Semula Padaku.

1.(Zack) Radin Irwan Dzulkarnain bin Isagani. Pemain bass.
2.(Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.Penyanyi.
3.(Afiez) Hafeez As'ad Azam. Pemain gitar utama.
4.(Ristoe) Wan Muzaffar. Pemain drum.
Namun pada aku, sepanjang pertukaran anggotanya. New Boyz bersama ahli asalnya paling meninggalkan kesan dihati peminatnya. Jelas sekali selepas Syuk keluar, terdapat kekurangannya di dalam New Boyz (pada pendapat aku la..huhu).. Aku ingat lagi, New Boyz yang d tubuhkan pada tahun 1999 (betul ke eh?? huhu) Masa tu aku masih lagi berada dalam darjah 5 dan album pertama mereka iaitu "New Boyz Sejarah Mungkin Berulang" telah dikeluarkan, masa tu memang lagu Sejarah Mungkin Berulang la yg paling meletup..Malah lagu itu juga diminatiku sehingga kini.. Begitu besar sekali pengaruhnya pada aku..Biarpun orang kata lagu lagu leleh..lagu jiwang..lagu sengau..Biarlah,..pada aku lagu itu punya maknanya sendiri..Ada aku kisah korg pk lagu tu lagu apa...hehehe
Malah kawan-kawan aku juga turut menggilai New Boyz, berebut-rebutla mereka memilih mana satu calon yg sesuai utk d jadikan pkwe..ahahaha (termasuk la aku pn..;p ).. Yg paling tak tahan ada yg kecewa tika mendapat tahu Syuk telah punya kekasih hatinya (krn pd aku Syuk la yg plg byk peminat wanita..huhu)..Sabo je la melayan kwn2 aku saat2 tu..macam2 ada...huhu..
Hmm...yg paling terkini aku dengar, New Boyz kini lebih dikenali sebagai NB..masih kekal dgn ahli yg terakhir..Biarpun mereka masing2 dah punya komitmen lain..Apa yg dikata NB masih wujud..Kesahihannya, wallahuallam..

Antara album yang telah dihasilakn:- New Boyz (Sejarah Mungkin Berulang) Akur Wirama Inspirasi Bermulanya Satu Evolusi The Best of Newboyz Semula Padaku.
..Selesai..
Q-Face

Fairuz, Angah, Qimie, Noh & Azan


Album Izinkanlah
Aku paling fanatik dengan kumpulan ini..ehehe..Suka samapai rasa nak melompat la ;p ..Lagu mereka ada lah jiwa aku.. Kehadiran mereka d katakan persaingan kuat New Boyz..Tak, muzik new boyz pun tak sekuat itu mempengaruhi hidup aku..Kenapa? Aku tergoda dgn wajah mereka ke? (Almaklumla, masa tu single lagi kn..ehehe.. ;p ) Atau lagu-lagu mereka sememangnya kena pada jiwa aku..Aku lebih senang begitu..Pertama kali dapat tahu ttg mereka adalah melalui majalah Mangga yg ada d siarkn sekali dgn lirik lagu "Terlena DiManis Bicara"..Masa tu aku tak dgr lagi lagu mereka ni..Just tgk lirik je..tp aku dah suka pd bait-bait liriknya..ehehe

"Kenangan mengusik dijiwa
Ku tahu itu dugaan
Biarkanlah ia berlalu kisah kita dulu
Yang masih terpahat di hati ini "
Malah aku nyanyikan sendiri lirik itu mengikut rentak suka hati aku..ehehe ;p
Akhirnya, pertama kali aku dengar lagu mereka adalah melalu Radio MuzikFM..hehe
Wah...sungguh! Suara itu..Lagu itu..Memang memukau hati aku!
Tekad aku masa itu..
Ya! Album mereka harus dibeli..
Bersungguh-sungguh aku,..Duit belanja sekolah yg diberi ibuku sebanyak RM2..
Aku jimatkan...
Hehehe..semata-mata nak sangat miliki album mereka ini..
Ya, akhirnya..Setelah sebulan mengumpul duit..
Kaset Izinkanlah akhirnya berada d tangan aku..
Yiehaaa!!! Terima kasih Allah!!
Hampir saban hari sebelum tidur, lagu-lagu mereka menjadi dodoian utk tidur lenaku..hehe
Malah adik aku juga sampai terpengaruh dgn mereka juga..ehehe
Begitu sekali kan?
Ahahaha..
Namun bahagia aku tu tak lama..
Bila album tu secara tak sengaja d hilangkan oleh seseorang..
Sedih sangat..
-_-
Pada masa itu juga aku dengar bahawa..
Q-Face mahu senyap seketika memandangkan masing2 mahu tumpukan pada pelajaran..
Namun aku hampa..
senyap mereka bkn seketika..
Tp sehingga kini...
Hmmm..apa yg aku dengar skrg..
Salah seorang ahli group Q-Face iaitu Angah, telah kembali ke rahmatullah (alfatihah utk beliau)..
Noh, Azan & Qimie pula sepi tanpa khabar..
Manakala vokalisnya kini sedang berkhidmat sbg PTD di agensi kerajaan sambil giat memperjuangkan minatnya dalam bidang seni..
Aku masih menanti penyatuan semula mereka...
..Selesai..
BOBOY

Kumpulan Boboy terdiri daripada 5 orang anggota yang kesemuanya lelaki.
Senarai anggotanya ialah :-

Muhammad Muzaffar (Muz)
Mohd Addinan bin Azmi (Didi)
Aris Fahmi Zulkifli (Achik)
Shah Azrizal bin Kamarulzaman (Shah)
Wan Naqiuddin bin Wan Najib (Naqiu) - penyanyi
Tak banyak yg aku nak huraikan mengenai mereka..Kerana kemunculan mereka ini seiring dgn Q-Face..Aku lebih fokuskan kepada Q-Face pada masa itu..ehehe..
Namun harus aku akui, ada juga antara lagu mereka yang sering menjadi siulan aku d bilik air..ehehe..
Kwn2 ku memanggilnya lagu putus cinta..
ehehe..
Aku pasti korg msti tahu...
Lagu tu bertajuk "Episod Cinta"..
Hmm..aku juga punya kisah lucu berkaitan Boboy..
Zaman sekolah menengah kn..biasa la..msti ada cinta monyet kn..
Tp bkn aku k..
hehehe..salah seorang teman rapat aku..
jatuh hati pada seorang lelaki yg sekelas dgn abg aku hnya kerana mukanya seiras ahli kumpulan Boboy ini iaitu Muz..
hehe...
Maka bermula la episod cinta mereka yg menggunakan aku sbg org tgh..ehehe..
Kelakar..
Namun hubungan mereka hnya mampu bertahan seketika..
Yelah, dah jatuh hati pn krn rupa kn,,,huhu
Hmmm...kumpulan ini pun hanya mampu bertahan sekerat jalan jgk...
..Selesai..
Akhirnya kan, berjaya juga aku siapkan entry ini atas ajakan seorang teman..ehehe..
Ya, aku harapkan mereka buat "come back"..
Terutamanya Q-Face..
Aku pasti, biarpun mereka suma sudah berpecah..
Namun lagu-lagu mereka masih terpahat d hati anak remaja masa tu..
Percayalah, pengaruh mereka masih kuat..
Biarpun muzik masa kini lebih tertumpu pada aliran "indie"..
Namun lagu-lagu "leleh" kumpulan-kumpulan ini tetap terbaek!
..Semua ini pada pendapat aku je la..
Wassalam



9 comments:

Nur Aainaa Khairunnisa said...

komen yang sangat mantap...ahahhaha...;p

~M.i.z.D.i.e.L.a~ said...

Aina,
yeay! ehehe

Zaini da Driver said...
This comment has been removed by the author.
Zaini da Driver said...

kipas-susah-mati q-face la ni..hehe..

em..info for q-face..impossible kot for q-face kembali reunite coz seperti kita tahu arwah angah sudah tiada dan semua ahli q-face pun sudah mempunyai kerjaya masing2..azan sekarang bekerja di Maybank kat KL,fairuz pula dapat tawaran menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik, noh dan kimi pula menjalankan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan...insya Allah, if diizinkan-NYA, q-face akan muncul dengan ahli2 bru..tp bukan skrg..ntah bila..

if anda di Batu Pahat,n would like to visit arwah angah,n nk jumpa bdk2 q-face ni,jz email wiramaru@gmail.com..

Zaini da Driver said...
This comment has been removed by the author.
bayu aji said...

hai saya dari indonesia saya peminat muzik muzik malaysia sekali..
saya sepakat apa yang tertulis d entry diatas..muzik muzik macam tu sedap sedapnyer.. pengingat masa lalu sekali..

Sha-na.Szied said...

hahah teringat gila 3 band ni mmg meletupp tp cepat jek da tenggelam..
mane diorang ni..?? naiklah balik.. artiz skng ni x de best nye..

Lantaro said...

Lu wa bro same... Hehehehe... Byk der knangan lagu2 dorgni.... See yo!!!!

Lantaro said...

Lu,wa bro same hehehe... Byk knangan beb lagu dorgni...

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik