Pages

20 March 2010

..::EMPTY::..

Assalamualaikum WBT..



Hyep korang..

CINTA..?? Aku sebenarnya dah letih bila berbicara tentang ini.. Dengan cinta aku ketawa, dengan cinta juga aku menangis.. Aku ni naif sangat ke bila berhadapan dengan cinta? Apa yang aku tahu, cinta yang aku lalui semuanya mengecewakan.. Silap aku kah? Atau mereka sendiri yang merasa ruginya kerana meninggalkan aku? Entahlah...

IBU.. Dialah segalanya bagiku.. Sayangnya aku pada dia, tak dapat aku gambarkan.. Tanpa dia, aku tak tahu bagaimana harus aku teruskan hidup ini.. Terlalu banyak yang dia dah berkorban untuk aku serta adik beradik aku yang lain.. Membesarkan kami adik beradik dengan gelaran ibu tunggal, aku tahu..Ianya pasti sukar.. Sebolehnya, aku tak mahu melukai hatinya.. Hanya Allah SWT yang tahu isi hati aku saat dia dilukai oleh insan-insan yang pernah memandang sinis padanya.. Malah aku akui, aku sendiri meluahkan kata-kata yang melukai hatinya, Maafkan diri ini mak.. Sesungguhnya aku kini lebih memahami dirimu.. Mak, jasamu terlalu besar..

ABAH.. Sesungguhnya perpisahan antara kita, telah menjarakkan hubungan yang telah sedia ada.. Aku telah terbiasa hidup tanpamu, abah.. Aku terima kehadiranmu sebagai orang yang telah memberi ku peluang lahir di muka bumi ini.. Namun aku masih belum bisa, lupakan segalanya...Maafkan aku,,

PAK CIK RAHMAT.. Kehadiranmu ku harapkan dapat merawat hati ibuku serta membahagiakannya..

ABG, KAK INA SERTA ADIK-ADIKKU.. Sesungguhnya aku sedar betapa banyak kekurangan serta kelemahan diri ini.. Tidak mampu terkira oleh jari, sudah berapa kali sikap serta kata-kata ku melukai kalian.. Maafkan aku, sesungguhnya semua itu terjadi diluar pemikiranku.. Disudut hatiku ini, aku sendiri terluka dengan tindakan aku.. Apa yang aku pasti, aku bahagia menjadi ahli keluarga kalian..

AHLI KELUARGA YG LAIN (sepupu2, mak & ayah saudara semua dsb. ) Semoga silaturrahim antara kita semua sentiasa terpelihara..InsyaAllah..

SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN.. Persahabatan yang telah terjalin antara kita semua amat aku hargai..Bermula dari insan yang mengenali aku semasa aku Tadika Kemas Tg. Piandang (Tahun 1994), SK Tg. Piandang ( Tahun 1995 - 1999), SK. Seri Iskandar (2000), SMK Raja Lope Nor Rashid (Tahun 2001 - 2004), SMK Jawi (2005) dan Institut Profesional Baitulmal (Tahunn 2007 - 2008) serta yang mengenali aku di mana jua..Kenangan bersama kau orang akan sentiasa mekar di memori ini, menjadi sesuatu yang amat harga untuk aku hargai..Semoga ianya berkekalan hingga akhir nafas ini..InsyaAllah..

INSAN-INSAN YANG PERNAH BERTAKHTA DI HATI.. Biarpun kehadiran kau orang bersilih ganti..Namun aku kau orang tetap aku ingati..

INSAN YANG AKAN HADIR DALAM HIDUPKU.. Ku mendoakan ini yang terakhir..InsyaAllah..

*Psstttt..Kenapa aku tetiba bicara ttg suma ini? Sbb hati aku sakit sgt!!!!!


2 comments:

Nur Aainaa Khairunnisa said...

diela...tabah kan hati k...=)

~M.i.z.D.i.e.L.a~ said...

Aainaa,
insyaAllah..thanx (;

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik