Pages

18 February 2009

Tip Cinta

===================Tip Cinta - Back to the reality===================


Kepada lelaki HENTIKAN KHAYALAN dan angan-angan untuk memiliki Siti Norhaliza ke, Maya Karin, Nasya Aziz dan sewaktu dengannya!

Kepada Wanita HENTIKAN KHAYALAN dan angan-angan untuk memiliki lelaki yang tampan, bergaya dan kaya.

HENTIKAN SAJALAH!COME BACK TO THE REALITY!
Realiti kehidupan yang sebenar-benarnya dalam bercinta dan berpasangan ini amat berbeza dan cukup kontras. Anda rasa, seperti anda sudah tahu, betul tak? Hehehe...Percayalah, saya tahu! Amboih!

Let me tell you the real thing Sahabat! Lelaki yang kaya dan bawa kereta mewah, porsche, ferarri, haaa...90% gemuk, tua, botak dan tak handsome! Tapi manis tu ada la sesetengah tu. Gadis-gadis yang lawa melangit pula selalunya sudah dimiliki dan terlalu cerewet, memilih, sombong dan tersangat 'Demand'. Boleh tahan ke bang?

... NAMUN,...tidak salah berangan-angan untuk mendapatkan yang terbaik untuk anda. Tetapi, biarlah berpijak di bumi yang nyata. Cermin diri sendiri dulu dan tanya,"
...apakah taraf aku dan penampilan aku ini boleh memiliki yang hebat-hebat?...yang bagaimanakah untuk aku sebenarnya?

"Jadi, kunci cinta anda kali ini Sahabat, Bersyukurlah dengan siapa yang anda ada itu. Sedih dia kalau dia tahu yang anda sibuk berangankan orang yang lebih pada dia huhuhu! Bayangkan kalau dia berangankan orang yang lebih pada anda, amacam? Tak panas punggung?

Hihihi...Sekiranya anda belum berpunya pula, bersyukurlah dengan jodoh yang datang itu dengan seadanya. Mungkin dialah yang akan membawa kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup kita. Mungkin juga dialah yang bakal membawa kekayaan...tiada siapa yang tahu. Tuhan telah tetapkan jodoh masing-masing. Tidak ada seorang manusia pun yang tidak mempunyai jodoh. Jodoh itu rezeki, menolak rezeki berdosa besar beb...

*Tip Cinta ini aku ambil dari seorang hamba Allah....Utk panduan kita suma....=)

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik