Pages

04 February 2009

Sesuatu Yang Indah

Assalamualaikum....
Aku dpt kisah ni dari sorg kenalan...
Mula2 aku cam rasa poyo je citer ni...
Tp bila aku baca smpai abes...
Rasa cam romantik la plak...
hehe...
So, tu yg aku nk kongsi dgn korg suma..
Buat seseorang tu...
Aku syg sgt pada dia...
Biarpun aku byk songeh...
Tp aku tetap syg pada dia...


“Aku nak tukar profession kerja lah” kata Wanita A
“kau nak kerja apa lak?” Tanya lelaki B, layankan je member die ni.
“Aku nak jadi cikgu lah” jawab wanita A
“larat ke kau? Cukup cekal ke? Murid-murid sekarang hebat, kau yang kene buli balik nanti. Dahlah tak garang..congek lak tu.” Kata Lelaki B kepada Wanita A
“ A’ah kan…iskh..tak sanggup aku!” kata Wanita A.

“Aku nak jadi penulis novel cinta lah…amacam?” Wanita A
“Emmm…aku tau kau ada tulis 1, 2 cerita…tapi tak pernah habis pun cerita-cerita kau. Macamana nak jadi penulis novel?” Lelaki B
“Habis nak buat macam mana. Semua cinta ku putus ditengah jalan, tiada ending nya, jadi semua ceretaku pun tergantung lah!” jawab Wanita A dengan sedih.
“Pulak? Macam tu ea?” makin pening si Lelaki B ni.


“Ok, penulis novel cinta tak boleh, macam tu aku nak jadi pelakon lah!” semangat Wanita A berkata-kata.
“Pelakon? Ape kriteria yang ada pada kau?”persoal Lelaki B.
“Emm..sebab aku selalu berlakon depan doktor yang aku ni sakit sangat sebab aku nak MC. Lagipun bos aku selalu cakap aku nie macam Neng Yatimah, pelakon air mata zaman dulu-dulu tu…” Wanita A
“Alah…dah memang doktor yang kau jumpa tu bukan bg MC kat kau je. Die bagi pada semua yang datang minta MC, asalkan bayar. Yang pasal Neng Yatimah tu dah memang kau tu congek, suka menangis kat tempat kerja. Kene tengking sikit, mulalah air mata tu menangis.” Balas Lelaki B
“Janganlah cakap macam tu. Sedih aku mendengarnya.” Wanita A berkata lagi.
“Tengok tu, dah mula lah nak nangis tu. Janganlah macam tu, aku gurau je. Ok apa lagi yang kau nak jadi?” pujuk Lelaki B


“Emmm…aku nak jadi juru alih bahasa lah untuk kartun jepun.” Wanita A
“Boleh ker?” Lelaki B
“Mestilah. Satu, sebab aku memang minat giler dengan kartun & komik jepun. Kedua sebab banyak orang kata suara aku macam kartun & ada juga yang kata muka aku nie macam kartun..mmm!!” Wanita A
“Siapa lak yang cakap tu? Pelik-pelik benar profession impian kau ni” Cakap lelaki B
“Kau lah yang selalu cakap macam tu kat aku. Mentang-mentang aku ni suka layan komik & anime jepun. Dahtu semua pun aku tak layak nak buat, apa lagi yang aku boleh jadi?” Wanita A

Sambil menarik nafas panjang..Lelaki B berkata…
“Wahai Wanita, kau boleh menjadi isteri ku. Jadi kau boleh menjadi cikgu kepada anak-anak kita yang bakal lahir nanti. Kemudian kau boleh menyambung menulis novel cinta mengenai kisah kita yang berakhir dengan kebahagian. Kau juga tak perlu lagi nak berlakon sakit depan doktor, sebaliknya depanku..kerana aku akan merawat sakit mu dengan kasih sayangku. Dan andainya dikau bersedih, aku akan sentiasa berada disisimu berkongsi rasa sedih, suka duka bersama. Aku selalu berkata suaramu dan mukamu ibarat watak kartun jepun kerana sememangnya bagiku wajah & suaramu sangat comel ibarat kartun jepun yang selalu kau baca dan tengok. Oleh itu, wanita merangkap temanku…sudikah kau menjadi ratu hidupku a.k.a …teman hidupku seumur hidup?”

Kenyataan yang keluar dari lelaki B. Kenyataan yang amat tidak disangka oleh Wanita A hingga menyebabkan mulutnya terlopong sekejap dan akhirnya kembali senyum. Wanita A akhirnya mengangguk tanda YA dan saat itulah bermula kisah mereka.

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik