Pages

31 December 2015

. NUR DHIA AMANI .

Assalamualaikum WBT..

Hai semua.
Amboi. Lama benar tak menulis di sini. Jadi janggal pulak nak bercerita.

Hahaha.

Ayat poyo kan?

Saja nak kongsi, aku dah pun selamat bersalin bulan 9 hari tu.
Alhamdulillah. Baby baik-baik sahaja.

Seronok rupanya bila dah bergelar ibu ni.
Memanglah mula-mula meletihkan sebab nak sesuaikan diri dengan keadaan.
Tapi lama-lama, ianya memang berbaloi.

9 bulan mengusung perut yang memboyot.
Alah mengandung, sakit kaki, sakit pinggang, letih, penat jangan dicerita lagi.
Kemudian ulang masuk wad lagi.
Dekat-dekat nak bersalin, aku masuk wad dari 19 September sebab ada kontraksi dan darah turun.
Menahan sakit dekat seminggu.

Akhirnya 25 September 2015 aku selamat melahirkan seorang puteri.
Walaupun bersalin secara pembedahan, alhamdulillah kami berdua selamat.

Sekarang ni aku dah masuk kerja setelah bercuti 3 bulan.

Aku doakan agar anak aku dapat membesar dengan sihat dan sempurna.
Dan semoga aku dapat menyusukan dia sehingga dia membesar dengan baik.

Oh ya, lupa nak beritahu.
Nama yang aku beri pada anak aku adalah NUR DHIA AMANI.

Oklah. bila berkesempatan aku akan bercerita lagi nanti.

Daaaaa :)


03 July 2015

. 2 MONTHS LEFT .

Alhamdullah.

Kandungan aku dah mencecah usia 7 bulan.
Baby pun kian membesar.
Perut kian membulat.
Pipi kian menggebu.

Dan syukur sebab alahan dah menghilang.
Selera makan dah bertambah-tambah.

Tinggal lebih kurang 2 bulan lagi untuk anak sulung aku lahir ke dunia. InsyaAllah.
Jantina bayi pun aku dah tahu.
Paling teruja, suami aku lah.
Sebab dia memang nak jantina bayi itu.

Aku?
Tak kisah pun.
Janji anak ini sihat walafiat dan sempurna sifatnya. Alhamdulillah dah.

Sekarang ni pun target aku cuma nak siapkan simpanan untuk anak, in case apa-apa terjadi pada aku nanti. Sekurangnya masa depan dia terjamin sikit.

Oklah. Setakat ini je la yang aku nak update dulu. InsyaAllah nanti ada masa, akan aku try update lagi.

Btw, selamat berpuasa ya semua. ☺

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik