Pages

17 March 2016

. Hati Ibu .

Yaya.

Kalau ibu punya pilihan.
Ibu nak duduk dirumah menjaga awak sepenuh masa. Tetapi ibu tak mampu sayang. Ibu tak mahu kita terbeban dengan masalah kewangan nanti.

Ibu minta maaf sayang.
Kadang ibu hantar awak pada pengasuh awal pagi, ambil pulang lewat senja. Ibu tau masa kita bersama berkurang, masa pengasuh untuk keluarganya pula terhad.

Ibu sebolehnya nak tukar tempat kerja supaya jarak kita lagi dekat. Tapi apa daya ibu. Ibu terikat dengan komitmen kerja ibu. Ibu terikat dengan peraturan dalaman.

Akhirnya sekarang hati ibu terjerat.

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik